bab 20

Romance Series 3712

TERASA sebu perutnya setelah diisi dengan sepinggan nasi kukus ayam berempah itu. Sisa-sisa milo ais yang tinggal sedikit disedut sehingga habis. Setelah itu mulutnya dikesat dengan tisu.

Sambil tisu tadi dikepal-kepal, pandangan Una meliar pada hiruk-pikuk gerai kecil yang mereka kunjungi. Terdetik rasa kagum dengan kemeriahan gerai kecil ini, meski kelihatan buruk, namun tidak gagal menarik ramai pelanggan. Terangguk-angguk kepalanya, bersetuju dengan sesuatu.

"Awak terangguk-angguk kenapa tu?" Suara Danny mencelah, meracu mindanya yang ligat berfikir.

Seraya mata bundar Una singgah ke wajah jejaka kacukan di depannya. Sempat juga dia melirik pada pinggan lelaki tersebut, turut licin seperti pinggannya.

Bibirnya mengulumkan senyuman lalu menggeleng.

"Saya tengok gerai ni ramai orang. Pandai tuan kedai ni cari lokasi strategik nak berniaga."

Puji Una sambil menyandarkan badannya lalu melepaskan hembusan nafas, tatkala dia merasakan perutnya begitu padat terisi.

Danny menyedut habis teh aisnya yang berbaki separuh di dalam gelas plastik, kemudian turut menuntunkan pandangannya ke arah keramaian orang yang berkunjung.

"Saya tak setuju dengan pendapat awak." ucap Danny kemudian berpaling semula pada Una.

Tubuhnya ditegakkan lalu kedua lengannya disilang di atas meja.

" Pada pandangan saya..kedai ni pakai pelaris. sebab tu ramai..!" Lancar saja tuturan tidak bernas itu meluncur dari celah bibirnya.

Una lantas menggigit bibir bawahnya, tuduhan yang dirasakan tidak berasas oleh Danny itu sama sekali berlawanan dengan pemikirannya.

"Ha..tulah melayu. maju sikit..kata guna pelaris...maju sikit..kata kena santau. Macam mana nak maju kalau pemikiran kuno tu dipertahankan sampai ke sudah." Kata-katanya yang berbaur sindiran dilontarkan.

Danny tertawa dengan respon yang diberikan. Lantas kedua-dua tangannya diangkat. "wow..wow..relax..saya bergurau jelah. takkanlah saya nak tuduh pakai pelaris..old school sangat..!"

"Habis tu..tadi bukan awak ke yang cakap pakai pelaris?" membuntang matanya yang dihiasi bulu mata panjang dan lentik semula jadi itu.

Tergeleng-geleng kepala Danny. Sejenis tidak penyabar rupanya gadis bernama Una ini. getus hati kecilnya.

" Awak ni serius sangatlah. Dah macam singa. Relax..takkan tak boleh bezakan gurauan dengan serius? hidup kalau tak bergurau..jangan bermasyarakat."

ayat bagai belati diluahkan, terasa panas cuping telinga menadah teguran tersebut. Sungguh tajam dan pedas. Una segera menyabarkan hatinya, api tidak boleh dilawan dengan api. Pantas bibirnya mengukirkan senyuman. Sinis.

"Okaylah encik cerdik pandai. Beritahulah pendapat awak kenapa kedai ni ramai pelanggan. Saya nak dengar juga hujah awak yang sedap didengar tu."

Pantas Una berpeluk tubuh, diiringi renungan mata seperti sang rajawali. Alang-alang bara sudah ditiup, apa salahnya jika dimarakkan terus.

Danny tertawa kecil dengan sindiran yang diberikan. sedikit pun tidak menjentik emosinya. Sebaliknya semakin bersemangat jiwanya untuk beradu pendapat, barangkali dia sudah jelak meluncurkan ayat jiwang yang digunakan sekadar untuk memenangi hati wanita. Lansung tidak mencabar mindanya. Jelak!

" okay bagi saya... dalam bisnes makanan yang paling penting ialah sikap peniaga tu sendiri. Awak pernah dengar nama karipap oksigen?"

Una menggeleng.

" nama karipap oksigen ni sebab isi dalam karipap tu seciput, selebihnya udara atau oksigen. Kalau sikap peniaga yang pentingkan keuntungan jangka pendek, akan pilih cara memotong atau menyukat bahan masakan. Berbeza dengan kedai ni.awak tengok tadi. Ayam rempah dia besar tak? Serdak rempah dia bagi lebih tak? Tempe banyak tak? Nasi? Tengok awak pun dah tahu betapa pemurahnya tuan kedai ni."

Huh! Sempat lagi memerli! Gerutu Una geram.

" Maksud awak sebab kuantiti dia banyaklah?" Una mencelah.

Danny mengangguk. " kuantiti dan kualiti. Kuantiti banyak tak sedap tak guna jugak. Makanan sedap tak bersih pun tak guna juga. Jika kuantiti dan kualiti dikekalkan, peniaga akan beroleh keuntungan jangka panjang. Kalau makanan sedap dan harga murah, duduklah ceruk mana, orang akan tetap cari." Hujahnya.

" Tapi Tak guna juga kalau kuantiti atau kualiti dijaga kalau tak ada tempat strategik untuk menarik pelanggan." sanggah Una, dia masih mahu mempertahankan pandangannya. Serentak itu Danny menggeleng, menyanggah idea gadis itu.

"Zaman 80an atau 90an mungkinlah sukar kalau kedai makan terletak di tempat yang terlindung. Tapi sekarang..zaman internet. Duduk dekat pulau pun orang masih boleh cari. Apa yang tak ada zaman sekarang? Sosial media berlambak, fac, ig, twitter, blog..banyak sangat. Dari situ saja peniaga dah boleh buat markerting. Kalau dua elemen ni dikekalkan, ditambah baik dengan perkhidmatan tambahan yang lain, tak mustahil sekecil-kecil kedai boleh menjadi tumpuan."

Kelu lidah Una buat seketika. huraian yang diberikan oleh Danny, tidak boleh disangkal kebenarannya. Apa lagi strategi untuk melariskan perniagaan kalau bukan kuantiti dan kualiti? Sekadar tempat strategik namun tidak mempunyai kualiti yang bagus, pelanggan tetap tidak akan bertandang.

" Pandai awak berhujah ye. Find saya kalah." Puji Una, mengakui kekalahannya.

Danny menyandarkan tubuhnya ke kerusi plastik lalu berpeluk tubuh. Dia sekadar tersenyum tipis. Bahang mentari semakin galak menyebarkan haba,membuatkan rintik peluh terasa hebat mengalir di dahi Danny. Lantas dikesat dengan telapak tangannya.

" By the way..saya lupa nak tanya awak. Kenapa awak pilih nak jadi photographer majalah Feminin?" soal Una, membuka topik baru.

Danny menjungkit bahunya.

" Entah. saja nak tukar angin." ringkas sahaja alasan yang diberikan. " Awak pula dah berapa lama bekerja dekat situ?" Gilirannya pula bertanya.

"7 tahun." Laju saja soalan yang diajukan dijawab sambil tujuh jarinya diangkat separas dada.

Jawapan Una membuatkan mata jejaka itu bulat memandangnya.

" Lamanya? tak bosan ke?" soalan cepumas dilontarkan, tidak semena-mena Una tertawa. Kalau diikutkan bosan, memang tidak makanlah jawabnya.

" Saya kerja sebab nak hidup bukan sebab minat. Lainlah saya ni anak jutawan ke..anak raja ke...bolehlah saya kerja ikut minat saya encik Danny..."
 
"Memang kita kerja untuk hidup..tapi kadang-kadang kita patut lakukan apa yang kita seronok lakukan. Saya tahu semua orang ada cita-cita yang dilupakan disebabkan keadaan yang tak mengizinkan. betul tak?" Ada saja kata-kata Una disanggah.

Bibir Una tersenyum kelat, sudah terlambat untuknya mengejar impian yang telah lama terkubur. Yang tinggal hanya keperluan untuk meneruskan hidup.

" Dah lambat ni. jom balik ofis." Ujarnya sambil melihat tangannya, cepat-cepat dia mengalih topik, kebetulan waktu rehat sudah hampir tamat. Masih banyak kerja yang perlu diselesaikan.

Baginya biar cita-cita yang terkubur tak perlu diungkap, sudah memadai pekerjaan yang ada untuk menampung hidup. Manusia tidak akan mati andai kehilangan cita-cita namun mereka akan mati andai perut tidak diisi dan tekak tidak dibasahkan dengan air. Semakin meningkat dewasa, semakin manusia mengenali apa itu kehidupan.

"ASSALAMUALAIKUM." Laung Una dari ambang pintu sambil menanggalkan kasut yang dipakainya. Terasa sengal tubuhnya, begitu juga dengan kelopak matanya yang sudah layu menjemput lena.

"Waalaikumussalam...ha dah sampai pun bakal pengantin kita..!"

Kelopak mata yang layu sebentar tadi, segar-bugar melihat keadaan sekeliling. Pengantin? Siapa bakal pengantin? Aku? Tertanya-tanya hati kecilnya. Satu per satu wajah tersebut diperhatikan dari ambang pintu. Kelihatan ayah, along dan isya berada di ruang tamu.

" Buat apa tercegat dekat pintu tu Una..cepat masuk. dah nak maghrib ni." spontan bibirnya tersengih dengan teguran dari alongnya. Lantas dia meletakkan kasutnya pada rak sambil otaknya masih ligat berteka-teki dengan usikan sebentar tadi.

Perlahan-lahan dia masuk kemudian daun pintu ditutup cermat. Pantas dia menyalam Zariman kemudian mengambil tempat disebelah Haji Lokman yang ralit dengan rancangan di televisyen.

" bila abang long  sampai? Tak beritahu adik pun nak balik? kak ngah pun ada jugak ke?" Soalnya sambil meletakkan beg tangannya di atas lantai.

" saja buat surprise kat adik. Angah ada dekat dapur dengan kak Zulin.Tengah buat air." Ujar Zariman, memuncungkan mulut ke arah dapur.

Tumpuan Una beralih pula kepada Isya, anak sulung abang longnya yang berumur 4 tahun itu, turut ralit dengan rancangan televisyen.

" Amboi isya..tengok TV sampai lupa mak su kat sini ya." tegur Una sambil mengusap tangan mungil Isya, namun kanak-kanak itu nyata tidak menghiraukan sapaan Una. Khusyuk benar!

"Kalau isya ni tengok tv tak payah tegur. Gempa bumi pun dia buat tak tahu je. dia dengan tok dia sama ja. dua-dua tengok tv tak ingat orang kat tepi."

serentak itu tawa mereka bertamu. tidak tahan hatinya digeletek dengan sindiran abang longnya, yang selamba badak memerli Haji Lokman. Sempat dia melirik pada ayahnya disebelah, lelaki tua itu sekadar berdehem sebagai tanda dia mendengar.

Serentak itu, Zariman dan Una mengetap bibir, namun bahu mereka masih terhenjut-henjut menahan rasa geli hati.

" Ni tiba-tiba serentak balik macam hari raya kenapa pula ni? Ada apa-apa ke?"

Belum sempat Zariman membalas, terpacul Azura, Zulin, dan Puan Zanariah dari dapur. Dulang yang ditatang oleh Zulin diletak di atas meja kopi lalu satu per satu cawan diisi dengan air kopi panas. Puan Zanariah dan Azura pula terus melabuhkan punggung di atas sofa kosong.

" Kitorang balik sebab hari ni hari penting adik kan..." balas Azura dengan senyuman penuh makna.

" hari penting apa pulak ni." Keluh Una.

"Una..duduk sini sekejap. Ada sesuatu yang nak kami bincangkan."Puan Zanariah mencelah sambil menepuk ruang kosong disebelahnya.

Hatinya tidak semena-mena berdebar saat mendengar intonasi pertuturan maknya. Kedengaran lembut namun serius pada pendengarannya. Jarang sekali dia mendengar intonasi begitu keluar dari mulut maknya. Kebiasaannya, maknya lebih gemar bercakap dengan suara halilintarnya.

Dengan berat hati dia beralih tempat. Ketika ini semua yang berada diruang tamu menuntaskan pandangan kepadanya. Ah...apa pula ni. Hatinya dipagut resah.

GULP..!

"KAHWIN?"

terbuntang biji matanya sebaik sahaja diberitahu oleh maknya. Sekali lagi air liur ditelan meskipun terasa kesat mengalir di tekaknya. Resah bukan kepalang dirinya ketika ini. Dia lansung tidak terfikir, Hanafi bakal menghantar rombongan secepat ini, meski dia sudah dimaklumkan sendiri oleh jejaka itu.

"Jadi macam mana Una? Setuju tak ditunangkan dengan Hanafi?" soal Puan Zanariah. tergaru-garu kepalanya, bingung untuk memberikan jawapan.

"Tapi..ayah dan mak tak tahu lagi kan siapa Hanafi?" soal Una terkial-kial. sempat dia melirik pada semua orang.

"Ha tu alasan lah tu..!" Sampuk kak ngah tajam, sikapnya mewarisi sikap mak, gemar mengaum tidak tentu pasal. Una mendecit dan mencerlang pada Azura yang duduk disebelah maknya. Jangan menyampuk singa! Suara hatinya menjerit.

" diamlah angah. Mak nak cakap ni. Menyampuk jela budak ni." Peha Azura ditepuk kuat dengan tiba-tiba. Serta-merta muncung sedepa ditarik oleh Azura. Una tersenyum puas tatkala melihat kak ngahnya dimarahi oleh maknya.

Padan muka kau singa.

Tiba-tiba tangan kanannya diraih lalu diusap lembut oleh Puan Zanariah. Kotak kecil baldu merah digenggamannya dihulurkan kepada anak bongsunya itu.

Air muka Una berubah keruh tatkala memandang kotak kecil tersebut. Anak mata Una yang hanya disimbahi sedikit cahaya itu sekadar merenung Puan Zanariah.

" Tadi keluarga Hanafi ada datang merisik...mak dengan ayah tak adalah tanya banyak sebab kami nak tunggu Una sendiri yang cerita. Kami sebenarnya tak halang. Kami tengok Hanafi tu baik, kerjaya ada, rupa ada, agama pun ada. Keluarga pun tengok baik-baik je semua. Kami yakin kalau dia boleh jaga Una seperti mana mak dengan ayah jaga Una." Ujar Puan Zanariah.

Teragak-agak kotak kecil itu disambut, kemudian perlahan-lahan kotak baldu itu dibuka. Tertancap matanya pada cincin belah rotan dihiasi batu permata kecil ditengahnya. Ringkas dan cantik.

"Tapi..."

"Terima jelah adik...akak rasa jodoh adik dah sampai. Umur adik pun dah berapa dah. Takkan nak jadi andartu pulak?" sampuk Azura. Terjuih-juih bibir sambil mengusap perutnya yang sudah memboyot itu.

"Zura..." suara penuh autoriti Haji Lokman bergema di ruang tamu tersebut.

Pantas Azura mengetap bibirnya, menikuskan diri disisi Puan Zanariah. Haji Lokman menggeleng-gelengkan kepalanya, kesal dengan mulut celupar anak keduanya itu. Tidak padan dengan dirinya berbadan dua, mulut lansung tidak dijaga.

"Mak dengan ayah...macam mana?" Tampang Haji Lokman pula direnung. Kata-kata kak ngah yang memedihkan telinganya itu diabaikan. Tidak berbaloi untuk ditadah.

" Ayah okay. Tapi kalau adik masih ragu-ragu adik buat solat istikharah...minta petunjuk. Kalau die jodoh adik insyaallah semua akan berjalan lancar. Buat masa ni adik terima dulu cincin ni. Tapi ingat kata ayah..kalau boleh biarlah adik mempertimbangkan keputusan adik guna akal guna iman, jangan guna emosi. Boleh?"

Bibirnya tersenyum tipis dan mengangguk lalu cincin itu dipandang semula. Terngiang kata-kata hanafi pada malam itu dalam benaknya. Andai jodoh milik mereka berdua Allah akan tunjukkan padanya. Istikharah sebaik-baik cara untuk meleraikan kekeliruan yang dihadapi saat ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience