BAB 45

Fantasy Completed 3183

" Cikgu , mana pergi nya Hamzah ? "

" Wahai Naqib , sudah lama kamu duduk di sini , sekarang di dunia sebenar , dunia realiti , sudah hampir percubaan PT3 , aku akan membebaskan kamu jika kamu berjaya menjawab beberapa soalan yang aku kemukakan . "

" Maksud cikgu , saya akan kembali ke dunia yang sebenar ? "

Naqib merasa sedih juga sebenar nya kerana buku buku di sini sangat sangat berguna untuk dipelajari dan mudah di pahami serta tidak bosan dibaca tetapi dia perlu mengambil peperiksaan percubaan PT3 .

" Aku akan cuba lihat apa hasil yang aku dapat di sini . Adakah aku akan dapat skor nanti ? Jika aku berjaya skor , jadi ini bukan mimli semata tapi dia benar benar membantu aku belajar . " Naqib memberi semangat pada diri nya untuk keluar dari dunia ini .

" Wahai Naqib , kamu akan dikembalikan ke dunia sebenar jika berjaya menjawab soalan soalan aku . "

" Apa soalan nya ? " Naqib bersedia untuk menerima soalan .

" Aku tahu apa yang kamu bincangkan dengan Hamzah , kenapa aku dari kecil menjadi tua seperti ini ? Itu soalan pertama . "

" Itu kerana cikgu sudah mati . " Balas Naqib . Itu jawapan yang dipikirkan semalam .

" Soalan kedua , kenapa budak kecil yang kamu dan Hamzah nampak selalu hilang disebalik rak ? "

" Itu kerana budak kecil itu adalah cikgu masa kecil dan cikgu sudah mati , jadi dia tak sepatutnya ada , dia sudah mati . "

" Soalan ketiga , kenapa aku bohong pada kamu mengatakan aku Hamzah ? "

" Cikgu mungkin tidak berbohong . Mungkin saja nama cikgu ialah Hamzah . "

" Hahaha , kamu pandai Naqib . "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience