BAB 48

Fantasy Completed 3185

" Cikgu tak bagi aku lulus dengan mudah , ini satu cabaran , aku akan lawan . "

" Cara aku nak hilangkan rasa sunyi ini ialah aku kena menyanyi , tetapi , kalau aku nyanyi , soalan tak dapat dibacalah . "

" Ahh ! bagaimana ini . "

Naqib mencuba menjawab juga , dia perlu lulus .

***

Setelah 3 Jam ;

Naqib berjaya menghabiskan kertas itu . Kertas itu mengandungi semua mata pelajaran , jadi ambil masa sedikit untuk menjawabnya tetapi Naqib berjaya menyelesaikan nya .

" Wahai Naqib , masa menjawab sudah tamat . "

Kabus tiba tiba muncul dan kabus itu menyebabkan dia pening dan tertidur .

***

Kali ini dia berada pada satu dunia yang lain .

Dia berada di tengah , dia berada diatas rumput .

Dia melihat ke kanan , lantai nya berwarna putih dan seperti ada jalan keluar disitu .

Dia melihat ke kiri , lantai berwarna hitam dan seperti tadi , di situ juga seperti ada jalan keluar .

Dan dia terdengar suara Cikgu .

" Wahai Naqib , kamu berjaya lulus menjawab Peperiksaan sebentar tadi , kamu pilih kanan , kamu akan dapat kembali ke dunia asal kamu , jika kamu ke kiri , kamu akan kembali ke dunia aku . Pilihan terserah kepada kamu . Kamu pilih kiri , kamu dapat belajar lagi dan akan kembali 1 October malam , kamu pilih kanan , kamu akan dapat jumpa semula keluarga kamu , kawan kawan kamu dan orang orang lain , kamu pilihlah . Akhir sekali , aku ucapkan tahniah kepada kamu , wahai Naqib kerana berjaya mengharungi cabaran tadi , berjaya menjawab Peperiksaan dalam keadaan sunyi sepi . "

" Tunggu dulu cikgu , saya ada permohonan , seperti apa yang kita bincangkan tadi , saya boleh meminta permohonan , permohonan saya mudah , boleh saya tahu apa yang terjadi sebenarnya didunia ini , semua misteri ini , boleh Cikgu terangkan . "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience