BAB 43

Fantasy Completed 3183

" Hamzah ? " Naqib pelik .

" Adakah cikgu adalah Hamzah , betul ke , tetapi aku rasa Hamzah dan Cikgu adalah orang berbeza . " Naqib menyoal dirinya .

Dia masih buntu .

" Betul ke ni kau , Hamzah ? "

" Naqib , aku lah Hamzah . "

" Habis ke mana cikgu pergi , cikgu yang bawa aku ke sini ? "

" Akulah yang membawa kau ke sini . "

" Kau jadi cikgu dan kau juga jadi Hamzah , mana boleh ? "

" Naqib , aku yang mengawal dunia ini . "

Naqib terus berlari masuk bilik mengunci pintu . Dia bukan mengada nak masuk bilik layak nya budak kecil lari sambil menangis habis dimarahi keluarga tetapi dia mahu mententeramkan jiwa mengalami perkara yang memelikkan ini .

Hati nya masih ada tanda tanya . Perbualan dengan Hamzah menerjah fikiran Naqib .

" Kalau macam itu , kenapa Hamzah memulakan perbualan tentang kepelikkan cikgu yang merubah dari budak jadi orang tua , adakah itu sebuah klu . Kenapa dia mengejar budak kecil itu jika itu adalah diri nya sendiri , adakah tidak mahu dicurigai , tetapi , kenapa dia memberitahu aku dia adalah cikgu dan dia juga adalah Hamzah , adakah kerana sudah malas menunggu aku pecahkan misteri itu . Adakah budak kecil itu juga adalah Orang yang sama . "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience