BAB 44

Fantasy Completed 3183

Setelah memikirkan segala kemungkinan . Naqib menunggu hari esok mahu bercakap dengan cikgu membongkar segala rahsia .

Dia sudah memikirkan beberapa kemungkinan dan ingin menyelesaikan masalah secepat mungkin .

Esok di Perpustakaan ;

Naqib mencari cikgu . Dia memandang berbagai arah tetapi langsung tak dijumpai , dia ternampak budak kecil berlari , dia mengejar budak itu dan dia tiba tiba berhenti apabila melihat cikgu sudah ada di hadapan nya .Cikgu keluar dari sebalik rak budak kecil itu lari .

" Naqib , awal kamu datang . "

Naqib dapat satu klu .

" Ya , aku ada perkara nak bincang dengan kau . "

" Oh , jom duduk berbincang . "

Klu yang Naqib dapat sebentar tadi ialah Cikgu menggunakan perkataan ' kamu ' , kalau Hamzah , dia pasti menggunakan kau .

" Cikgu , sebenarnya , mana Hamzah ? . "

" Akulah Hamzah . "

" Mungkin nama kau Hamzah tetapi yang aku tanya ialah Hamzah yang bersama sama aku sebelum ini . "

Cikgu kelihatan terkejut . Tetapi dia tersenyum . Dengan senyuman cikgu membalas .

" Naqib , aku tak percaya kamu dapat menyelesaikan masalah ini tetapi jika aku bukan Hamzah sepatutnya kau hormat aku . "

Naqib terkejut , betul juga .

" Maaf cikgu . "

" Aku baru nak seksa , kamu sudah minta maaf , kamu sudah banyak belajar di sini , bukan sahaja pelajaran tetapi kamu juga belajar adab . Tahniah . "

" Ok , aku nak memberitahu kamu perkara yang sebenarnya , aku memang bukan Hamzah . "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience