BAB 46

Fantasy Completed 3183

" Hahaha , kamu pandai Naqib . "

" Tetapi semua jawapan kamu itu tidak memuaskan aku . "

" Aku akan bagi kamu kesenangan kerana aku tak sangka kamu hampir berjaya memecahkan perkara ini . "

" Kamu ada beberapa pilihan , kamu pilih dan kamu berjaya jawab , aku akan bebaskan kamu dari dunia ini . "

" Pilihan pertama adalah seperti aku cakap dahulu , kamu lulus peperiksaan dunia ini , kamu akan aku bebaskan . "

" Pilihan kedua , cari jawapan yang lebih tepat untuk soalan soalan aku sebelum ini , 3 soalan yang aku beri hampir dapat dijawab dengan betul oleh kamu , kamu hanya perlu mencari jawapan yang sebenar . "

" Pilihan ketiga , tidak perlu jawab soalan yang aku bagi , tidak perlu ambil peperiksaan dan kamu akan dikembalikan di dunia nyata ketika kamu sedang tidur waktu malam 1 Oktober . "

" Jadi , apa jawapan kamu ,wahai Naqib , aku mahu kamu memberi jawapan malam ini , kau perlu pilih salah satu . "

Naqib terdiam , dia berjalan ke bilik nya sambil berfikir tentang pilihan tadi , mana yang paling bagus untuk dipilih .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience