Sebaik sahaja kaki mereka melangkah masuk , dia terlihat seorang budak kecil sedang berlari .
Tetapi mereka tidak nampak siapa budak kecil itu . Dia menangis sambil berlari menutupi muka dengan tangan nya .
Naqib dan Hamzah terkejut melihat perkara itu . Hamzah mengatakan budak itu mungkin adalah orang yang dilihat nya di dunia sebenar sebagai budak yang tiba tiba menjadi orang tua .
Budak itu menghilang di sebalik rak . Saat Naqib dan Hamzah ingin menghampiri rak itu . Cikgu nya itu keluar dari sebalik rak itu .
Cikgu itu berkata ,
" Wahai Naqib , wahai Hamzah , kamu berdua sudah diberi masa berkenalan dengan agak lama , kini aku mahu kamu berdua belajar bersama " .
" Mmm , ok cikgu . " Naqib menjawab .
Hamzah pun mengikut Naqib ke rak buku matematik .
Tips Skor A Kertas Matematik (PT3)
1. Cekap guna kalkulator saintifik .
2. Mahir sifir .
3. Mahir basic pengiraan - addition, substraction, multiplication, division .
4. Pandai analisis soalan .
5. Rancang masa yang diperuntukkan untuk satu soalan .
6. Sentiasa tengok jam/ masa .
7. Soalan susah? Tinggalkan .
8. Jawab soalan berdasarkan markah diberi .
9. Tulis je apa-apa pengiraan berkaitan walau sekecil-kecil atau sesenang-senang pengiraan .
10. Double check jawapan .
Naqib membaca buku itu dengan rasa seronok . Mungkin ini bagus untuk aku jawab PT3 nanti . Fikir Naqib .
Manakala Hamzah mengambil buku yang mengandungi latihan lalu membuat nya .
Cikgu itu melihat mereka . Hamzah dan Naqib .
Sebelum memasukkan Hamzah ke dunia ini . Dia mengenal pasti sifat antara Hamzah dan Naqib .
Naqib suka mencari motivasi dan cara skor .
Hamzah pula suka mencari perkara yang boleh dibuat latihan .
Jika Naqib mencari cara skor matematik . Hamzah pula mencari cara menjawab soalan dengan melakukan latihan .
Cikgu itu tersenyum .
Walaupun Hamzah dan Naqib tidak membuat latihan bersama , tetapi kedua dua nya berjaya untuk belajar .
Share this novel