BAB 22

Fantasy Completed 3183

Naqib keluar dari perpustakaan mahu pergi ke tandas .

Dia memikirkan kembali semasa awal dia masuk ke dunia ini .

" Awalnya aku tak suka langsung duduk sini , marah marah , niat tak betul , hati tak ikhlas nak belajar disini , tetapi setelah diseksa tiga kali , aku baca buku , rasanya lain , rasa puas , rasa mahu membaca semua buku disini dan memahami setiap buku yang ada , aku pun sedar sesuatu , aku sudah tidak diseksa lagi . "

" Kenapa aku tidak diseksa lagi , apa kerana aku tidak melakukan lagi kesalahan " .

" Aku sedar , disini , dunia ini , bukan sahaja mengajar untuk kita menjadi pandai , tetapi mengajar kita berdisiplin , terima kasih . "

Naqib pun masuk ke tandas .

Tak lama lepas itu , setelah selesai , dia belajar semula .

Hamzah menghampiri cikgu nya .

" Cikgu , malam ini , saya mahu tidur dimana ? " Hamzah melepaskan persoalan yang baru sahaja muncul di otak nya , dia tidak mahu menyimpan sesuatu perkara itu lama lama , yang dia mahu simpan lama ialah ilmu .

" Wahai Hamzah , kamu mahu tidur sebilik dengan Naqib atau mahu bilik sendiri ? "

Hamzah memandang Naqib , Naqib menggangguk tanda membenarkan Hamzah tidur dibilik nya , lagipun ada beberapa perkara yang mahu dibincang .

" Cikgu , saya tidur dengan Naqib jelah , boleh ? "

" Boleh , wahai Hamzah . "

Hamzah dan Naqib pun sambung mengulangkaji .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience