BAB 38

Fantasy Completed 3183

Penulis itu menyatakan pengalaman sendiri , hebat juga buku ini , rasa tak bosan baca .

Sebelum menyambung petua 5 , dia menghirup sedikit air dan bersandar sementara 3 minit sebelum memulakan bacaan yang tergendala kerana kepenatan .

Petua 5

Petua kelima ini adalah sangat penting untuk kita skor A dalam peperiksaan tahun ini. Saya ada terangkan dengan jelas dan terperinci dalam buku kedua saya ‘Menjadi remaja SmartStudy – Kemahiran Belajar’ iaitu tingkatkan kepantasan dan ketepatan.

Kebolehan kita untuk mendapat gred adalah bergantung kepada petua ini. Ada pelajar mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam dalam sesuatu subjek. Tanya apa sahaja dia boleh jawab. Jadi, pelajar ini ada ketepatan. Ketepatan bermaksud kita tahu dengan tepat apa yang diperlukan oleh soalan-soalan subjek atau soalan-soalan peperiksaan. Namun sayangnya, kadangkala pelajar begini tidak ada kepantasan. Kepantasan adalah berapa cepat anda dapat selesaikan sesuatu soalan atau berapa cepat anda jawab sesuatu soalan di dalam dewan peperiksaan.

Dalam subjek Matematik contohnya, kerapkali saya dengar rungutan ibu bapa yang mengatakan anak mereka boleh menjawab semua soalan dengan baik di rumah. Tetapi yang peliknya bila tiba waktu peperiksaan, anak mereka ini cuma mendapat keputusan sederhana sahaja, tidak cemerlang. Apabila ini berlaku, saya selalu rasa hampir pasti ia disebabkan anak ibu bapa tadi tidak mempunyai kepantasan.

Untuk membuktikannya, saya uji pelajar tersebut dengan satu atau dua soalan dan saya beri satu tempoh masa. Ternyata pelajar itu gagal menyiapkan soalan tu dalam masa yang diberikan. Jika diberi lebih masa, dia akan berjaya lakukannya. Ini jelas menunjukkan bahawa, walaupun kita tahu banyak perkara tentang sesuatu subjek, kita tidak akan dapat gred A sekiranya kita tidak mempunyai kepantasan.

Dalam masa yang sama, ada pelajar yang mempunyai kepantasan tetapi tidak mempunyai ketepatan. Pelajar ini cepat dapat selesaikan soalan-soalan peperiksaan tetapi mereka terlalu lalai hingga boleh salah soalan yang paling senang sekalipun. Kepantasan tanpa ketepatan akan menyebabkan kita lalai dan sukar mendapat markah yang baik.Ketepatan tanpa kepantasan pula menghalang kita daripada menjawab soalan dalam masa yang ditetapkan dan akibatnya kita akan gagal juga mendapat gred yang kita mahukan.

Kita akan bincangkan lagi bagaimana kita boleh tingkatkan kepantasan dan ketepatan kita sekaligus. 

Petua 5.1

Saya telah terangkan tentang peranan kepantasan dan ketepatan dalam posting saya semalam. Kini saya akan terangkan bagaimana kita boleh tingkatkan tahap ketepatan kita dalam usaha skor A .

Untuk meningkatkan tahap ketepatan, kita memerlukan 3 kemahiran belajar. Kemahiran belajar itu ialah

Kemahiran untuk fokus semasa belajar , Kemahiran menghafal , Kemahiran menulis nota kreatif

Kemahiran fokus semasa belajar – ialah kemahiran untuk kita tumpukan sepenuh perhatian kepada apa yang sedang diajarkan. Ini adalah langkah pertama terpenting dalam skor A. Walau kita hebat bagaimana pun, tanpa fokus, kita tidak akan mampu memahami apa yang sedang diajarkan.

Saya selalu lihat cara pelajar cemerlang belajar semasa saya di zaman persekolahan dan semasa saya menjadi guru. Jelas kelihatan bahawa pelajar cemerlang sangat fokus semasa belajar. Bagaimana? Mereka lupakan semua perkara lain sewaktu belajar.

Mereka tidak peduli tentang orang yang sedang lalu-lalang di tepi kelas mereka dan mereka tidak peduli sangat tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Mereka kelihatan begitu khusyuk dalam usaha memahami apa yang sedang diajarkan. Ia seperti seorang budak yang sedang khusyuk menonton cerita kartun kegemarannya. Bolehkah anda bayangkan bagaimana rupa orang yang sedang khusyuk ini?

Jadi, untuk fokus seperti mereka, kita perlu lakukan beberapa perkara:

Pertama, apabila cikgu mula mengajar, lupakan semua perkara lain dan tumpukan sepenuh perhatian kepada apa yang guru sedang katakan.Lebih baik, ringankan mulut untuk bertanya. Apabila guru menerangkan sesuatu, fikir betul-betul apa yang guru sedang terangkan. Kemudian apabila ada soalan timbul dalam kepala, buka mulut untuk bertanya. Jangan risau jika kita kelihatan tidak pandai kerana tidak faham kerana selalunya separuh daripada murid di dalam kelas kita itu juga tidak faham sebenarnya. Cuma mereka malu hendak bertanya.Duduk seperti seorang budak yang sedang menonton cerita kartun kegemarannya. Kalau tidak pernah lihat bagaimana cara duduk begini, cuba kita fikirkan bagaimana cara kita duduk apabila kita melakukan sesuatu yang menyeronokkan. Duduk dengan cara begini semasa belajar di dalam kelas atau di mana-mana sahaja.

Petua 5.2

Cara kedua untuk meningkatkan ketepatan ialah dengan menguasai kemahiran menghafal atau teknik memori. Teknik memori ialah teknik yang boleh membuat kita lebih mudah ingat apa yang sedang dan telah kita pelajari.

Teknik ini bukanlah seperti satu ubat yang boleh dimakan agar semua masalah ‘LUPA‘ hilang. Teknik ini memerlukan latihan dan kesungguhan.

Namun apa yang bagusnya, setelah kita memahami dan menguasai teknik ini, mengingati sesuatu akan jadi lebih mudah.

Apa kaitan teknik memori dengan ketepatan? Apabila kita menjawab soalan peperiksaan, kita perlu mengetahui jawapannya dengan tepat untuk memperolehi markah yang baik. Jawapan yang tepat selalu perlu diingat dengan betul.

Contohnya, berapakah suhu takat didih air? Kalau kita tidak ingat, mungkin kita boleh jawab lebih kurang 90 hingga 110 darjah celsius. Tetapi, itu tidak tepat. Kita perlu ingat dengan tepat bahawa takat didih air ialah 100 darjah celsius.

Bagaimana caranya agar kita boleh kuasai teknik memori atau kemahiran menghafal ini?

Pertama, ikuti kursus, seminar atau bengkel kemahiran belajar yang dianjurkan di tempat kita belajar atau mana-mana tempat yang kita boleh hadiri. Selalunya sekolah atau mana-mana pusat pengajian ada menganjurkan program begini untuk pelajar. Saya juga kadangkala agak sibuk memenuhi undangan menjalankan program berbentuk kemahiran belajar dan teknik menghafal ini di sekolah-sekolah, kolej dan juga universiti. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mengikuti program sebegini.Kuasai teknik ini melalui pembacaan. Kini terdapat banyak buku yang mengajar teknik-teknik memori dan kemahiran menghafal. Ada yang ditulis dalam Bahasa Inggeris dan ada yang ditulis dalam Bahasa Melayu (contohnya buku menjadi remaja SmartStudy – Kemahiran Belajar). Saya lihat kebanyakan pelajar cemerlang pasti ada melaburkan wang mereka membeli buku-buku berfaedah begini berbanding pelajar lain yang lebih suka membeli komik, majalah hiburan dan bahan bacaan yang tidak menyumbang ke arah pembangunan diri.Latih teknik ini setiap hari hingga kita rasa selesa menggunakannya. Salah satu tanda rasa selesa ialah kita tidak perlu berfikir lagi untuk melakukannya. Contohnya, apabila kita membaca buku, dengan secara automatik kita akan praktikkan teknik memori hingga kita tidak sedar rupa-rupanya banyak maklumat yang kita telah ingat melalui pembacaan itu.

Mulakan usaha kita untuk menguasai teknik memori ini sekarang!

Petua 5.3

Teknik ketiga untuk meningkatkan ketepatan ialah dengan menguasai teknik menulis nota kreatif. Nota adalah sangat penting buat pelajar. Apa yang dipelajari dalam Januari pasti akan hilang dalam ingatan sebelum tiba bulan Mei atau Jun. Lebih buruk lagi, ada pelajar yang lupa walaupun baru sahaja beberapa minggu lepas mempelajarinya. Walaupun ini perkara biasa, sesuatu mesti dilakukan agar kita dapat ingat lebih lama apa yang telah dipelajari.

Jadi satu cara mudah untuk mengingat apa yang kita sudah pelajari (selain teknik menghafal) ialah dengan menguasai teknik menulis nota kreatif. Nota kreatif berbeza dengan nota-nota biasa. Biasanya nota pelajar hanya dipenuhi dengan tulisan dan juga warna terang daripada ‘highlighter’. Nota begini tidak banyak dapat membantu pelajar sebenarnya. Mengapa?

Pertama, minda kita berfikir secara bergambar. Minda kita sukar untuk mengingat tulisan. Jadi, nota yang hanya dipenuhi tulisan akan membuatnya sukar diingat. Kedua, nota begini selalunya panjang dan sukar difahami. Bayangkan peperiksaan akan tiba dalam masa 2 minggu dan kita perlu baca nota yang begitu tebal. Apa rasanya? 

Jadi, mulai hari ini,

Tukarkan nota ke dalam bentuk gambar . Sentiasa gambarkan nota yang telah kita tulis dalam minda kita. Cerita bergambar memang lebih mudah untuk dibayangkan.

Selamat mencuba. 

Petua 5.4

Kita sudah berada dalam tips terakhir petua kelima ini . Saya ada terangkan tentang cara meningkatkan ketepatan. Hari ini, saya akan kongsikan satu tips bagaimana kita boleh tingkatkan tahap kepantasan kita pula.

Diringkaskan cerita, cara paling mudah untuk kita meningkatkan kepantasan ialah dengan membuat latihan dalam masa yang ditetapkan. Apa maksud saya? Begini.

Katakan kita sedang membuat latihan matematik. Cuba buat satu soalan dan lihat berapa banyak masa yang kita ambil untuk menyiapkannya. Katakan masa yang diambil ialah 7 minit. Kemudian, ambil satu kertas lain, cuba buat lagi sekali soalan yang sama itu.

Bolehkah ia disiapkan dalam jangka masa kurang 7 minit? Kalau boleh, bagus. Tetapi, berapa cepat? 5 minit? 4 minit? Atau 2 minit? Latihan berterusan dengan mengejar masa begini akan membuat otak kita lebih peka, cerdas dan cekap dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Satu cara lagi, setiap kali kita buat latihan daripada buku teks atau buku latihan, catatkan masa yang kita ambil untuk menyiapkannya. Kemudian, cuba tambahkan kepantasan kita dari masa ke semasa. Satu contoh yang biasa saya lakukan semasa saya mengajar Matematik untuk pelajar UPSR, saya berikan mereka 100 soalan sifir mudah. Mereka perlu hafal sifir untuk menyiapkan latihan ini dengan pantas.

Saya cuma beri masa 4 minit untuk menyiapkan 100 soalan itu. Selalunya, buat kali pertama, jarang pelajar saya dapat selesailkan. Namun, setelah dilatih beberapa kali, mereka jadi semakin cepat.

Lama kelamaan, ada pelajar saya yang apabila lihat sahaja soalan, mereka sudah tahu jawapannya. Rekod terpantas yang dapat dicatatkan oleh pelajar saya ialah 2 minit untuk 100 soalan. Betul 100%. Alhamdulillah, pelajar ini mendapat gred A dengan mudah dalam subjek Matematik pada peperiksaan UPSR.

Jadi, mulai hari, latih kepantasan untuk skor A tahun ini. Selamat mencuba. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience