Naqib masuk ke dalam tandas .
" Mungkin aku perlu tetap berada di sini , tetapi bagaimana dengan game aku , tak dapat daily bonus lah ! "
Dia membasuh muka nya .
" Apa aku memang perlu membaca buku di dunia ini " ?
" Ah ! Apa susah , aku tidur je lah di sini , tak perlu belajar " .
Tiba tiba bunyi libasan tali pada dinding dan lampu terpadam . Lalu dia diikat .
" Sekali lagi , tidak ! "
Dia dilibas sekali .
" Aaaaah ! , sakit ! "
Dia rasa dia dilibas dengan menggunakan sesuatu yang agak nipis tapi tajam .
Dua kali .
" Tolong aku tidak tahan lagi ! "
Tiga kali .
" Arrgh , sakiiiiittt ! "
Orang tua iaitu cikgu dia bersuara .
" Wahai Naqib , kamu perlu ingat , jika kamu tidak belajar di sini , kamu akan menerima beberapa hukuman iaitu ...
1 . Kamu akan diseksa .
2 .Kamu akan mati di dunia asal kamu .
Dan lain lain kamu mungkin akan tahu nanti . Tetapi aku tidak mahu kamu tahu .
" Wahai Naqib , janganlah berniat sesuatu perkara yang buruk di sini , jika tidak , kamu akan terus diseksa " .
" Maaf , aku janji aku tidak akan berfikir untuk bermalasan di sini lagi " .
Lampu terjaga . Dia tersedar . Dia berada di rumah di dunia pelik ini lagi .
Dia sedar . Selepas diseksa , dia terus akan terjaga di rumah di dunia ini .
Dia sedar . Dia memang kena seksa . Bukan mimpi .
Share this novel