BAB 37

Fantasy Completed 3183

Petua 4

Petua yang keempat untuk skor A ialah gandakan ‘latih tubi’. Latih tubi adalah aktiviti membuat latihan bagi setiap subjek terutamanya latihan bagi soalan-soalan yang biasa disoal dalam peperiksaan.

Saya kerap mendapat soalan mengenai situasi begini “saya sudah belajar semua topik dan sudah hafal semua maklumat penting dalam setiap topik. Tetapi, saya masih gagal jawab dengan baik dalam peperiksaan. Akibatnya, saya hanya dapat gred yang sederhana baik.”

Tahu dan hafal semua maklumat tidak menjamin kita mendapat A. Gred A ialah untuk pelajar yang boleh jawab soalan mengikut skema jawapan yang telah diberikan. Maksudnya, jika kita mahu dapat gred A, kita kena tahu bagaimanakah bentuk soalan yang bakal ditanya dan kita perlu tahu bagaimana mahu menjawabnya. Ini akan dapat dicapai dengan melakukan latih tubi.

Saya fikirkan tentang petua ini apabila saya terkenang satu subjek yang dianggap sangat sukar ketika saya mengambil A-Level pada tahun 1996 dulu. Subjek itu ialah Economics. Subjek ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu 50 soalan objektif dan lebih kurang 4 soalan subjektif. Entah kenapa saya boleh jawab soalan subjektif tetapi soalan objektif begitu sukar buat saya. Walaupun saya tahu banyak perkara dan sudah hafal banyak maklumat penting, saya masih gagal mendapat 30 jawapan betul daripada 50 soalan. Paling tinggi markah yang saya dapat pun mungkin 25 ke 29 markah.

Lebih kurang sebulan sahaja lagi sebelum peperiksaan sebenar, saya mula mengumpul semua soalan sebenar daripada 10 tahun lepas (past year questions). Terdapat 20 set kertas soalan semuanya (setahun ada dua peperiksaan begini dijalankan jadi ada 20 set kertas soalan untuk 10 tahun). Apa yang saya lakukan ialah saya betul-betul habiskan masa membuat semua soalan ini dengan niat untuk menghabiskannya sebelum peperiksaan sebenar. Alhamdulilah, saya selesaikan semua soalan itu dalam masa seminggu.

Setelah selesai semua soalan, saya sedar satu perkara. Ada satu corak yang boleh dikenalpasti dalam soalan-soalan tersebut. Malah, ada soalan yang lebih kurang sama cuma diubah cara penyampaiannya. Ini membuat saya sangat yakin bahawa saya pasti boleh menjawabnya dengan baik. Pada hari peperiksaan sebenar, keyakinan dan latih tubi saya itu benar-benar membuahkan hasil. Setelah pensyarah saya periksa jawapan saya yang saya tanda di atas kertas soalan (kertas jawapan sebenar dihantar ke UK untuk diperiksa), saya berjaya mendapat 50 markah per 50. Markah penuh! Saya juga dapat jawab dengan baik dalam soalan subjektif (esei) yang akhirnya memberikan saya gred keseluruhan A untuk subjek Economics. Saya percaya itulah salah satu kehebatan petua keempat ini.

Saya mahu cadangkan satu cara belajar untuk dapat gred A. Katakan kita sedang belajar subjek Sejarah. Selalunya pelajar akan baca dulu satu topik kemudian membuat latihan yang disediakan di bahagian akhir topik tersebut. Apa kata kita mulakan dengan membuat soalan-soalan itu semua dahulu. Hmmm….pasti ada yang yang rasa pelik. Macam mana nak buat latihan kalau belum baca? Begini.

Apabila kita baca soalan, kita akan mula berfikir tentang jawapannya. Apabila kita fikir tentang jawapan, kita mula akan jadi peka kepada maklumat yang ada di dalam topik tersebut. Dua perkara akan berlaku:

Melalui soalan itu, kita akan tahu bahawa maklumat itu adalah penting dalam topik tersebut. Sebab itulah ia disoal dalam soalan di bahagian akhir. Jadi, bila kita mahu belajar dan baca topik itu nanti, kita perlu cari maklumat-maklumat itu.Setelah kita buat soalan di bahagian akhir dan tahu apa yang akan disoal di dalam topik itu, kita akan jadi lebih peka. Apabila kita baca topik tersebut selepas buat soalan, kita akan terjumpa fakta-fakta dalam soalan tadi. Contohnya, jika tadi kita ada buat soalan “pada tahun berapakah Malaysia diisytiharkan merdeka?”, kita akan segera nampak jawapan ini apabila kita membacanya. Bukan itu sahaja, kita akan lebih ingat apa yang kita baca ini.

Jadi, kita perlu ingat, untuk skor A, kita perlu banyak buat latihan terutamanya latihan soalan-soalan lepas dan juga latihan di bahagian akhir topik yang kita pelajari. Kita akan sambung lagi bagaimana kita boleh manfaatkan petua keempat ini.

Petua 4.1

Kita masih lagi dalam petua keempat iaitu gandakan latih tubi. Hari ini saya akan terangkan tentang konsep latih sampai dapat. 

Dalam program-program SmartStudy yang biasa saya jalankan, ramai pelajar bertanya tentang masalah di mana mereka sukar hendak memahami sesuatu. Bila saya tanya mereka berapa kali mereka cuba untuk baca sesuatu atau belajar sesuatu, mereka kata hanya 1 atau 2 kali sahaja!

Hmmm…. apabila kita belajar sesuatu, adalah normal jika kita sukar memahaminya terutamanya apabila kita belajar sesuatu yang kita tidak biasa gunakan. Contohnya, jika selama ini kita tidak pernah memancing, tentu sukar dan janggal apabila kita mahu belajar mengikat mata kail dan memasang umpan. Bagaimana akhirnya kita pandai memancing? Dengan melakukan aktiviti memancing berulang-ulang kali bukan?

Sama seperti belajar. Jika kita rasa subjek Matematik, Sejarah, Sains, Geografi atau apa subjek susah, itu adalah kerana kita belum cuba membuat latihan yang mencukupi. Jadi mulai hari ini, untuk skor A tahun ini , ada 3 perkara yang perlu kita lakukan.

Pertama, lebihkan membuat latihan daripada membaca. Apabila kita membuat latihan, secara automatik kita juga perlu membaca. Namun apa yang lebih hebat, semasa kita membuat latihan, kita akan membaca dan berfikir. Aktiviti berfikir ini mungkin memeningkan pada mulanya tetapi lama-kelamaan kita akan rasa cergas dan cerdas. Kita juga akan lebih ingat apa yang telah kita pelajari.Kedua, dapatkan soalan-soalan lepas. Tidak kira kita berada di sekolah rendah atau menengah, kolej atau universiti, soalan-soalan lepas adalah gambaran tentang apa yang perlu kita tahu dalam setiap subjek. Contohnya, apabila kita banyak membuat latihan soalan lepas subjek Sejarah, kita akan tahu maklumat mana yang penting dalam setiap topik. Jadi, kita tidak perlu terlalu membuang masa belajar topik kurang penting dan maklumat yang jarang ditanya dalam peperiksaan.Ketiga, buat latih tubi ini secara berterusan. Semakin banyak latihan yang kita lakukan, kita akan nampak soalan bagaimana yang bakal keluar nanti. Saya pernah lihat seorang kawan yang begitu handal meneka apakah soalan yang bakal keluar semasa belajar di peringkat A-Level dulu. Rupa-rupanya dia banyak membuat latihan soalan lepas dan dia sudah nampak dengan jelas bentuk-bentuk soalan yang akan ditanya. Apabila ini berlaku, proses pembelajaran jadi ljauh lebih mudah.

Selamat membuat latih tubi. 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience