BAB 41

Fantasy Completed 3183

Mata nya tertuju ke sebuah buku , dia sudah berniat mahu makan , tapi , hati nya seperti menyuruh nya membaca buku itu .

" Baca jelah , ini buku terakhir sebelum makan . "

" Ehh , aku form 3 , ini buku untuk pelajar IPT . Tak apa , aku baca jelah , mana tahu ada benda yang berguna dalam buku ini . "

Tips Belajar Berkesan Sampai Capai CGPA 3.8 Khusus Buat Pelajar-Pelajar IPT

Sebagai seorang pendidik, salah satu perkara yang SH akan bincangkan dengan pelajar-pelajar ialah tentang tips belajar berkesan. Sebab apa tips belajar berkesan, sebab kalau belajar jer tapi takde kesan pada result, thats it, tak guna belajar. So, SH nak kongsi tips belajar berkesan sampai capai CGPA 3.8 khusus untuk korang pelajar-pelajar IPT di Malaysia. Kenapa 3.8? Sebab tu je CGPA yang paling tinggi SH pernah dapat, tu pun during my master time :)

" Oh , penulis pun menceritakan pengalaman dia , tetapi , kenapa buku dalam Perpustakaan ini sangat berbeza , ada yang sangat ringkas , ada yang sangat tebal namun pelajaran itu masuk dalam otak aku . "

" Itu aku lupakan dulu , aku kena baca buku ini . " " Alamak , air dah habis , tidak apa , buku ini nampak nipis , aku baca je lah . "

So, SH nak kongsikan lah dengan korang semua, adik-adik pelajar tentang macam mana style SH belajar dlu. Suka SH nak ingatkan lah, sebenarnya cara belajar ni tak sama setiap orang tau. Sebab dalam dunia ni, ada orang yang jenis auditory (SH la tu), kinetik , visual, bla bla bla..Tak tau ape benda tu? Xpe abaikan dlu, yang penting SH nak share dengan korang pengalaman SH sendiri capai CGPA 3.8. Mana yang korang boleh follow, follow yer, mana yang tak sesuai tu, cuba adapt dengan korang punyer style sendiri, janji belajar ok!

Tips Belajar Berkesan

1- Baca nota sebelum kelas

Sebelum korang masuk kelas, print nota, then baca sekali lalu. Yup, sekali lalu. Even korang rasa tak paham ke, takde idea lansung ke, its ok, just baca. Ia sebenarnya nak memberikan gambaran awal tentang topic yang korang nak belajar tu. Ini untuk mengelakkan korang blur katak dalam kelas. Tau blur katak? Meloponggggg jer tak tau sepatah haram apa yang lecturer duk cakap kat depan tu. Dan dari segi kajian juga, dia membantu korang memberi input kepada minda separa sedar korang. Pasal minda separa sedar ni, kita cite lain kali lah.hihi.

2- Pasang niat

Sebelum masuk kelas, pasang niat dlu "aku gi kelas kerana nak dapat ilmu", bukan "aku gi kelas sebab nak jumpa nora". Bila korang pasang niat dlu sebelum pergi kelas, insyaAllah mengantuk ke, atau apa sahaja masalah tak akan mengganggu korang semasa dalam kelas nanti. Ilmu pun insyaAllah senang masuk.

3- Tidur awal

Tidur awal ni penting sebab memudahkan korang bangun pagi. Normal time for class biasa 8 atau 8.30 pagi. So bayangkan kalau korang tidur pukul 3,4 pagi, macam mana korang nak bangun pagi gi kelas? Kalau bangun dan pergi ke kelas pun, korang dalam keadaan separa sedar lepas tu membute dalam kelas, siap dengan dengkur lagi. Lagi satu tidur awal ni dapat bantu korang fokus keesokan harinya.

4- Fokus di dalam kelas

Whatever it is, make sure korang fokus di dalam kelas. Walaupun korang lapar, walaupun korang gaduh dengan awek, walaupun korang tak faham, tapi korang mesti fokus pada pensyarah yang mengajar di depan. Cara nak fokus ni ialah korang lupakan kejap apa yang berlaku di luar kelas, dan masuk dalam kelas dengan "cawan kosong". Jangan esok pergi kelas bawak cawan kosong pulak. Cawan kosong here means korang bersedia untuk menerima ilmu baru yang diajar oleh pensyarah korang nanti. Bayangkan kalau korang bawa cawan yang penuh, tumpah lah ilmu yang diberikan oleh pensyarah korang tu nanti kan, begitulah perumpamaannya.

5- Terlibat dalam kelas

Terlibat ni maksudnya jika pensyarah tanya soalan, korang jawab, maknanya memberi respon. Jika pensyarah suruh buat sesuatu di dalam kelas, contohnya membaca artikel atau membuat latihan, maka buat la, jangan curi tulang. Dan bertanyalah kepada pensyarah sekiranya korang tidak faham atau ada masalah dalam pelajaran.

6- Review balik pelajaran pada hari tersebut

Lepas kelas, ambik masa untuk go through balik apa yang korang belajar tadi. Kadang-kadang masa dalam kelas korang macam tak faham, tapi bila balik umah baca balik nota tadi tu, macam paham pulak kan. Kalau taknak beria-ria hafal pun, sebelum tido tu baca sepintas lalu pun dah ok.

7- Menulis kembali pelajaran

Saya galakkan korang menulis balik apa yang korang dah belajar pada hari tu. Buat nota kecil. Bila korang tulis, sebenarnya korang beri memori pada muscle tangan korang tu. Percayalah menulis balik apa yang dipelajari membantu korang untuk memahami dan mengingati topik tersebut.

8- Belajar secara berkumpulan dan bersendirian

Macam mana pulak tu, belajar kumpulan ke sendiri? Sebenarnya dua2 sekali sebab ape? First belajar berkumpulan supaya korang dapat bertukar-tukar fikiran, sebab kadang2 lain orang lain tahap pemahamannya, di sini kita boleh saling tolong menolong. Tolong menolong di dalam peperiksaan adalah DIHARAMKAN ye. Belajar bersendirian pulak perlu untuk korang melakukan proses menghafal. Karang kalau dah ramai2, cane pulak la korang nak menghafal kan. 

9- Bercerita dengan kawan

Ni bukan cerita dilwale ke starwars ok, ni adalah apa sahaja yang korang dah belajar, korang ceritakan balik pada kawan korang in your own words. Nanti si kawan ni tadi akan tengok nota dan make sure apa yang korang cerita tadi betul. After that tukar pulak, yang kawan tadi pulak cerita dan yang the other one verify betul tak explanation dia tadi. Sebab ape kena buat macam ni? Sebab kalau korang tengok gambar the Learning Pyramid di bawah ni, tengok level yang bawah sekali tu ialah Teaching Others di mana xtvt mengajar balik ni beri korang kefahaman sebanyak 90%. Maknanya bila korang cerita balik dengan kawan-kawan, umpama korang mengukuhkan balik la ingatan. 90%, banyak tu. Wajib buat ni.

10- Hafal

Menghafal ni penting ye, tapi kalau korang menghafal dengan FAHAM, lagi senang korang nak ingat. Itu sebabnya korang kena faham dulu sesuatu subjek tu, after that baru korang hafal. Sebab ape kena hafal? Sebab korang nak jawab exam...kuang kuang kuang...

11- Tampal isi penting di dinding

Lukis balik diagram, carta, flow chart, formula, definisi atau apa sahaja perkara penting yang korang rasa sukar nak ingat dan tampalkan di tempat yang korang selalu lihat. InsyaAllah bila korang selalu baca dan pandang, lama kelamaan benda-benda tu akan melekat di dalam kepala korang.

12- Menghormati pensyarah macam ibu dan bapa

Ni yang paling penting. Pendidik ni ada berkatnya. Jadi hormatilah mereka sebagai orang yang memberi ilmu kepada kamu. Kalau korang buat hati pensyarah korang sakit, mana tau kot2 dia terasa hati dengan korang hingga ilmu yang diberikan tidak ikhlas, dan korang pun susah nak jawab exam.haaa kan susah. So, buat baik dengan pensyarah, bukan ampu just buat ape yang disuruh, Siapkan homework, datang kelas, jangan datang lewat, hantar assignment on time dan ape2 sahaja lah yang seumpamanya. Untuk kebaikan korang jugak kan?

13- Jangan ponteng kelas

Ni tip paling penting. Keberadaan korang dalam kelas adalah sangat penting. Pastikan korang datang kelas tepat pada waktu tak kira atas apa alasan sekali pun. Unless korang ada hal2 yang sangat penting hingga melibatkan hidup dan mati, tu cerita lain. Bila tak datang kelas mcm2 yg korang akan missed ; kelas, tips peperiksaan, dan mcm2 lagi. Andai kata korang terpaksa missed satu kelas, make sure jumpa pensyarah untuk dapatkan balik apa yang korang tertinggal. Kalau korang nak tau kelas yang paling penting adalah kelas yang KORANG TAK DATANG!

Kesimpulan

Rasanya itu dulu yang dapat SH ingat dan kongsikan pada korang semua. Jika tak dapat buat semua tips di atas, janganlah pulak korang tinggal semua yer. Amalkan lah mana yg mampu, mudah2 an memberi manfaat kepada korang. Nanti dah dapat CGPA 3.8 jangan lupa belanja SH yer, hehehe. Selamat berjaya :)

Selepas habis baca , dia terus terlena kerana sangat kepenatan .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience