BAB 32

Fantasy Completed 3183

Tips Belajar Tambahan

1. Selain menghafal, anda perlu mengetahui/menguasai apa yang anda hafal tersebut, sehingga anda boleh menerangkannya kepada rakan-rakan yang lain.

2. Belajar dengan orang yang rajin dan pintar boleh memberikan anda semangat. Seeloknya 
jadikan mereka sebagai rakan belajar anda.

3. Berikan kekuatan untuk anda belajar dengan menonton video atau mendengar kata-kata semangat.

4. Belajar satu subjek dalam sesuatu masa. Elakkan campur aduk dengan subjek yang lain.

5. Berikan rehat dan hadiah kepada diri sendiri setelah anda berhasil mencapai sesuatu, seperti menyiapkan latihan ataupun mendapat keputusan yang cemerlang. Kadang- kadang anda pun perlu bergembira.

6. Jangan menangguhkan kerja. Belajar dan ulangkaji pelajaran pada awal wakut untuk elakkan daripada tidak sempat pada saat akhir.

7. Kebanyakan buku teks mempunyai chapter review pada permulaan topik. Jadikan ia sebgai satu panduan akan apa yang anda perlu kuasai.

8. Pastikan anda faham konsep subjek/topik yang anda sedang pelajari. Jika tidak, anda akan merasakan ianya tersangat sukar.

9. Sebelum masuk ke dewan peperiksaan, anda digalakkan untuk menyalin semula apa yang anda ingat ke atas kertas putih.

10. Jangan lupa akan keberkatan ibu bapa dan para guru. Pastikan anda meminta mereka doakan anda untuk mencapai keputusan yang baik.

Amaran

1. Jangan belajar ketika anda tertekan ataupun stress, kerana tidak akan berhasil. Usaha anda akan sia-sia. Adalah terbaik jika anda hilangkan tekanan tersebut sebelum memulakan ulangkaji/belajar.

2. Jangan belajar ataupun ulangkaji sehingga tidak menjaga kesihatan. Anda perlu mengamalkan pemakanan yang sihat dan kerapkan bersukan semasa anda menuntut ilmu.

Kesimpulan

Belajar tiada akhirnya. Belajar tiada titik noktah. Oleh itu, anda perlu memanfaat apa yang anda ada sekarang untuk belajar dengan sebaiknya, dan dapatkan keputusan yang berbaloi dengan usaha yang anda curahkan.

Saya berharap panduan yang disenaraikan di atas dapat membantu anda dalam pembelajaran anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan ataupun tambahan kepada senarai di atas, bolehlah berbuat demikian di bahagian komen di bawah.

Study Hard, Study Smart!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience