Naqib tersedar . Kini dia berada dalam bilik nya , dia cuba mengingat apa yang terjadi .
" Oh , tadi aku penat sampai tertidur , yang bawa aku ke bilik mesti Hamzah , air aku pula dibiar di Perpustakaan ke ? "
Naqib pandang ke tepi . Hamzah tak ada di sebelah nya .
" Hamzah , mana pula kau pergi . Pergi tandas ke ? "
Naqib keluar dari bilik menuju ke tandas , tandas tak berkunci , dia menolak pintu , tak ada orang .
" Mana dia ini . " Naqib merungut .
Naqib mengambil keputusan mahu pergi ke Perpustakaan .
Lampu Perpustakaan terbuka , " Adakah lampu memang terbuka , aku tak pernah datang Perpustakaan pagi pagi . "
Naqib masuk perlahan lahan .
Dia memusingkan kepala melihat sekeliling mahu mencari Naqib tapi tidak berjumpa .
Tiba tiba ...
Cikgu muncul di belakang Naqib dengan pandangan tajam dan menyeramkan .
Naqib menelan air liur .
" Wahai Naqib , kamu mahu belajar pada pagi pagi ini ke ? "
" Cikgu , sebenarnya saya sedang cari Hamzah . "
" Kamu tidak akan jumpa , Naqib . "
Naqib terkejut . Dia bukan sahaja terkejut apabila cikgu dia cakap dia tidak akan jumpa Hamzah , tetapi ini kali pertama cikgu memanggilnya dengan panggilan Naqib , selalunya dia akan dipanggil dengan panggilan ' Wahai Naqib ' .
Kenapa ? Naqib menyoal .
" Kerana akulah Hamzah . "
Share this novel