Untuk bahagian C pula , mata pelajaran nya ialah Matematik dan Sains .
Ini antara mata pelajaran yang susah .
Kita perlu banyakkan latihan , buat eksperimen dan amali .
Setelah membaca buku itu , Naqib paham sesuatu , semua itu tidak boleh dibuat sama saja , kerana berlainan kategori .
Jika dia banyak menghafal Sains , itu tidak menjamin dia skor Sains .
Akhirnya , Naqib melihat ke akrah Hamzah , mahu melihat apa yang dibuat Hamzah .
Hamzah sedang membuat latihan .
Dia pergi ke arah Hamzah untuk melihat Hamzah mengulangkaji mata pelajaran apa .
Dia sampai di belakang Hamzah .
" Hamzah , kau buat latihan apa ? "
" Hei Naqib , aku sedang fokus kau kacau , aku buat latihan matematik . "
Naqib teringat buku tadi , buku itu mengatakan bahawa Matematik dan Sains perlu banyakkan latihan bukan hafalan . Jadi betullah apa yang Hamzah buat .
" Naqib , aku nak beritahu sesuatu , untuk Matematik dan Sains , banyakkan buat latihan . "
" Uishh , serupa macam buku itu cakap . "
" Hah , buku cakap ? "
" Hamzah , maksud aku , yang kau cakap tadi serupa dengan yang buku itu tulis , banyakkan latihan untuk Sains dan Matematik . "
" Ohh , oklah , aku nak sambung buat latihan ini , jangan kacau aku , lepas inilah kita cakap ye . "
" Ok . "
Naqib pergi menuju ke bahagian rak tadi .
Share this novel