Sesampainya di Perpustakaan , dia pergi ambil satu buku . Buku itu lebih kurang sama tebal dengan buku tadi . Mungkin buku ini lebih tebal .
7 Petua Skor A
Naqib melihat sinopsis belakang .
Kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua tentang 7 petua skor A . Buku ini adalah ditujukan kepada sesiapa yang mahu belajar teknik ‘Belajar’ yang berkesan. Apabila seseorang itu memiliki kemahiran untuk belajar dengan berkesan, dia akan jadi lebih bersemangat dan ‘Motivasi‘ dirinya akan menjadi lebih tinggi. Jadi, teknik belajar boleh meningkatkan motivasi untuk belajar…..kemudian…wujudlah Buku ini .
Naqib membuka buku itu dan duduk sambil membaca . Sebelum membaca , dia menghirup air yang dibuat .
Petua 1
Mari kita mulakan dengan petua yang pertama. Petua pertama ialah, tulis di atas sekeping kertas subjek apa yang anda mahu dapat gred A itu.
Menulis apa yang anda kehendaki mengaktifkan satu bahagian dalam minda anda yang dinamakan RAS (Reticular Activating System). Apabila bahagian minda ini aktif, anda akan mula sedar dan peka kepada peluang-peluang yang boleh mendekatkan anda kepada apa yang anda hendak capai. Contohnya jika anda mahu gred A dalam subjek Bahasa Inggeris, RAS akan membuat anda sedar tentang kawan baik anda yang pandai Bahasa Inggeris. Mungkin dia boleh menolong anda. Mungkin juga anda akan sedar kelas tambahan Bahasa Inggeris yang diajar oleh seorang guru yang hebat. Selama ini anda tidak sedar kerana anda tidak pernah menulis yang anda anda mahu gred A dalam subjek ini.
Bagaimana cara menulis gred A yang anda mahukan ini? Mudah sahaja.
Cari sehelai kertas atau lebih baik lagi satu buku khas yang akan sentiasa berada bersama anda sepanjang tahun ini. Buku khas akan memastikan ia tidak mudah hilang atau rosak seperti sehelai kertas biasa. Anda perlu ingat, buku ini tidak semestinya mahal. Anda boleh beli satu buku latihan biasa yang hanya berharga sekitar RM0.70 ke RM1 sahaja. Kalau ada buku latihan lama yang sudah tidak dipakai pun boleh.
Banyak perkara anda boleh tulis tetapi saya cadangkan anda tulis 3 perkara ini.
Tulis semua subjek yang anda ambil dalam tahun ini dan tulis gred yang anda mahu untuk setiap subjek .Tulis 3 sebab mengapa anda mahu mendapat gred tersebut. (Jangan tulis “….sebab saya memang nak dapat gred A.” Anda perlu perah otak sedikit untuk menjawab soalan ini kerana soalan begini jarang difikirkan.)Tulis dalam bentuk ayat apa yang anda akan rasa kalau anda benar-benar mendapat gred tersebut.
Lakukan dahulu langkah ini dan kita akan sambung lagi penjelasan mengenai langkah ini . Selamat menulis .
Petua 1.1
Adakah anda sudah menulis langkah sebelum ini ? Kalau sudah, bagus. Kalau belum, lakukan sekarang. Walaupun langkah ini nampak terlalu mudah atau kelihatan tidak penting, saya tidak dapat gambarkan betapa hebatnya teknik ini untuk kita mencapai sebarang cita-cita.
Untuk mencapai kecemerlangan akademik, anda perlu menulis matlamat pencapaian akademik anda. Bagaimana jika anda tidak tahu dan tidak pasti apa yang anda mahu capai? Hmmm…ada beberapa kemungkinan mengapa anda tidak tahu apa yang anda mahu capai.
Anda tidak pernah fikirkan perkara ini. Anda pergi ke sekolah, kolej atau universiti hanya kerana itulah yang anda sudah biasa lakukan.Anda mungkin tidak ada rujukan. Mungkin kawan-kawan, ahli keluarga anda atau saudara mara anda tidak pernah bercerita tentang apa yang ingin dicapai dalam bidang akademik. Jadi anda pun tidak fikirkan mengenainya.Anda mungkin takut hendak memikirkan apa yang bakal anda dapat. Ini mungkin sebab utama. Disebabkan anda mungkin belum cemerlang sekarang, anda takut untuk memikirkan apa yang bakal anda perolehi.
Jangan bimbang jika anda masih belum pasti. Mulai hari ini, fikirkan setiap hari apa yang ingin anda capai. Satu cara untuk lakukannya ialah, jangan fikirkan tentang halangan atau kelemahan. Contohnya, “aku nak gred A subjek Sains, tapi selama ni aku asyik dapat gred E je. Mana boleh dapat A kalau macam ni.” Anda cuma perlu fikirkan begini, “Kalau tidak ada halangan untuk capai apa sahaja gred yang aku nak, gred apa yang aku nak pilih agaknya?”
Saya telah sediakan satu ruangan untuk anda isikan dibawah. Untuk setiap subjek, anda perlu isikan gred sekarang (gred yang biasa anda dapat dalam peperiksaan), dan gred serta markah yang anda mahu dapat dalam peperiksaan sebenar. (85 markah gred A, 100 markah juga gred A. Tetapi kalau anda mahu dapat gred A dengan 100 markah, usaha anda pasti berbeza). Ini adalah contoh sahaja. Senaraikan juga subjek anda yang tidak tersenarai di bawah.
Setelah anda isi jadual ini, kita boleh mula bincangkan tentang petua kedua . Selamat menulis.
p/s Jangan lupa tulis sebab mengapa anda mahu capai gred tersebut dan apa anda akan benar-benar rasa kalau betul dapat capai gred tersebut.
Share this novel