BAB 1

Fantasy Completed 3183

" Aku kat mana ni " .

Naqib sedang berada dalam sebuah bilik yang kotor .

" Wahai Naqib , sudah ku tegur kamu supaya belajar tetapi kamu meneruskan permainan kamu itu " .

" Kau siapa , cakap betul betul tak boleh ke ? "

Aku adalah makhluk yang mengawal kawasan ini , itulah yang diucapkan makhluk itu kepada Naqib .

Naqib tidak nampak siapa yang bercakap , yang penting dia mahu keluar sesegera mungkin .

" Aku akan memberi satu misi kepada kamu wahai Naqib . Satu sahaja misi itu iaitu kamu perlu lulus dalam peperiksaan di dunia yang aku kawal ini " .

" Apa ! "

" Inilah balasan yang akan diberikan kepada kamu , tetapi jangan kamu risau , aku akan menjadi cikgu kamu di sini sehingga 1 Oktober nanti " .

Lalu bilik itu diselubungi asap tebal .

Keadaan bilik itu berubah seratus peratus .

Kini di hadapan nya terbentang satu tempat yang amat luas . Mempunyai beratus rak . Bilik itu boleh dijangka sebagai perpustakaan .

Di sebelah kanan , kelihatan sebuah tempat yang amat bersih seperti rumah , ada tandas , ada dapur dan tempat tidur .

Di belakang nya kelihatan sebuah kelas yang didalam nya mempunyai berpuluh buku yang diletakkan di atas meja guru .

Dan di sebelah kiri , ada sebuah pintu yang terkunci . Naqib tidak dapat meneka bilik apakah itu .

Akhirnya muncul seorang tua berjanggut yang mengaku sebagai cikgu nya mulai sekarang dan dia juga merupakan makhluk yang mengawal dunia ini .

Naqib berfikir , ini mungkin sebuah mimpi dan apabila dia terjaga , dia akan berada dalam rumah nya semula .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience