Naqib sudah membuat keputusan . Dia langsung tidak pergi ke Perpustakaan hari ini kecuali waktu pagi tadi . Dan dia kembali semula pada waktu malam iaitu sekarang untuk menemui cikgu nya .
" Wahai Naqib , apakah kamu sudah membuat keputusan , apakah kamu sudah memilih pilihan yang tepat . "
Naqib sebenarnya berasa bersalah . Dia masih tidak menjumpai Hamzah , tetapi dia mengambil keputusan keluar dari tempat ini secepatnya .
" Aku memilih pilihan pertama , ambil peperiksaan yang kamu beri dan jika aku lulus , aku ada permintaan , boleh kamu menunaikannya ? "
" Aku sudah mengatakan aku memberimu kesenangan jadi jika kamu meminta permohonan , aku akan tunaikan tetapi aku tidak akan membiarkan kamu meminta banyak perkara . "
" Ok , sekarang boleh aku ambil peperiksaan ? "
" Dipersilakan . "
Tiba tiba Perpustakaan berubah bentuk ,dia seperti berada dalam dewan peperiksaan tetapi keadaannya terlalu sunyi .
Naqib meminta kepada cikgu .
" Cikgu , boleh tak bagi ada suara sikit , contohnya tambahkan kipas dan saya boleh mendengar suara kipas , sekarang terlalu sunyi sepi . "
Cikgu itu tersenyum dan membalas .
" Wahai Naqib , aku memang memberimu kesenangan dengan hanya meminta kamu untuk lulus , tetapi , aku tidak akan menerima sebarang permohonan ketika peperiksaan akan dimulai , ini ujian untuk kamu , hadapi peperiksaan , hadapi perasaan , kawal emosi , cari cara nak hilangkan rasa sepi ini , hanya kamu yang ambil peperiksaan di sini , kamu boleh buat apa sahaja dalam dewan ini , aku akan mengunci pintu dewan , kamu hanya seorang sahaja dalam ini , tiada buku yang boleh membantu kamu , kamu hadapi seorang diri . Semoga berjaya . "
Lalu kabus muncul , Naqib yang sakit mata menggosok mata nya dan apabila dia membuka mata , kertas ada di atas meja ,pintu seperti sudah terkunci , keadaan sunyi sepi .
" Mampukah aku melawan rasa sunyi ini sambil menghadapi peperiksaan , aku tidak pernah rasa sesunyi ini . "
Share this novel