Naqib selesai membaca , dia bersandar di kerusi melepaskan lelah membaca buku tebal itu .
Buku diletakkan di tempat nya dan dia keluar untuk membuat air sekali lagi .
Hamzah turut keluar dari Perpustakaan setelah selesai membuat latihan .
" Naqib , aku nak tanya kau ini , kenapa kau nak keluar tadi , kau nampak menggigil dan ragu nak melangkah , ragu nak pergi keluar dari Perpustakaan , biasanya elok saja . "
" Biasanya memang ok sebab aku dah habis baca buku , tapi tadi aku keluar selepas aku ambil buku . " Naqib menjawab dalam hati .
" Tadi , tak ada apa apa lah , aku ok je . "
" Aku pun nak buat air , boleh kan ? "
" Boleh je . "
Semasa berjalan ke dapur , Naqib bersoal dalam hati .
" Kenapa aku tak diseksa tadi , adakah kerana Hamzah ada ? Takpelah , aku lupakan dulu , sekarang aku buat air dan baca lagi satu buku sebelum makan . " Naqib membuat rencana .
Share this novel