BAB 49

Fantasy Completed 3185

" Wahai Naqib , selepas kamu mendapat semua jawapan ini , kamu akan terus kembali ke dunia asal kamu . "

" Kenapa aku jadi kecil , wahai Naqib , aku memang sudah mati , aku ada kisah yang aku tidak mahu aku kongsikan tetapi akan aku ceritakan juga , mungkin dengan cerita itu , segala persoalan mungkin akan terjawab . "

Kisah nya begini ...

***

" Hamzah , mana kau nak lari ! aku suruh kau dapat straight A , kenapa kau kurang satu A . "

Ujar mak Hamzah . Hamzah terus melarikan diri apabila dia dirotan mak nya .

Hamzah berlari sambil menangis .

" Kenapa ini jadi pada aku , apa salahnya aku kurang satu A , aku sudah berusaha berkali kali , aku tak nak kena rotan lagi , tolong lah . "

Tiba tiba dia terlanggar sesuatu .

Hamzah menoleh ke atas , dia melihat seorang remaja lelaki menghulurkan tangan ingin mengangkatnya . Hamzah mengambil tangan dan apabila Hamzah mahu bangun sambil tangan nya memegang tangan remaja yang baik hati itu , tiba tiba remaja itu melepaskan tangan sambil ketawa lalu pergi meninggalkan nya , lebih malang , orang lain hanya tengok .

Hamzah terus berlari menuju ke Perpustakaan kerana itu adalah tempat terdekat dengan tempat dia terjatuh tadi .

Apabila masuk Perpustakaan , dia mengelap air mata nya dengan baju lengan panjang nya dan berjalan perlahan lahan .

Dia pergi menuju ke rak dan mengambil satu buku .

Dia membaca dan satu kepuasan apabila berjaya menghabiskan buku itu , buku itu sangat best dan mampu memberi motivasi kepada nya , cerita tentang seorang manusia yang suka menulis tetapi menyembunyikan diri kerana dia bukan orang yang bernasib baik , ibu bapa nya membunuh orang dan menjual dadah . Dinding rumah diconteng dan akhir sekali lebih menyedihkan apabila insan ini kehilangan penglihatan , syukurlah dia diselamatkan seorang pakcik .

Buku itu bertajuk Hafiz Si Anonymous .

Buku nya menyentuh hati sanubari Naqib .

Dia sedar , dia masih perlu bersyukur kerana dia masih ada ibu .

Dia pulang ke rumah pada waktu petang . Apabila dia membuka pintu , mak nya sudah ada di hadapan pintu .

Mak Hamzah terus menarik Hamzah ke dalam . Dia terus dirotan mak nya .

" Kenapa kau lari , mak nya memegang erat anak nya sambil mencubit , melibas dengan rotan tanpa dia dapat melarikan diri . Selepas itu dia tarik anak nya ke kerusi dan mengikatnya lalu menampar dan menumbuk anak nya . "

Dia dibiarkan di beranda rumah sambil diikat di kerusi .

Mak nya masuk semula ke dalam .

" Kenapa ? Aku hanya kurang satu A sampai di dera sebegini teruk . "

Hamzah seorang yang bijak . Semasa dia ingin balik ke rumah dia sudah membeli pisau lipat sebagai keselamatan diri kerana dia tahu dia akan dirotan , pisau lipat hanya untuk keselamatan , tetapi tidak dia sangka sampai di dera sebegini rupa.

" Untung aku bawa pisau lipat . " Hamzah berusaha mengambil pisau lipat di poket nya dan apabila berjaya , dia memotong tali dan dia berjaya menyelamatkan diri .

Hamzah mengambil keputusan lari dari rumah dan menuju ke Perpustakaan , mak nya mendengar suara hentakan kaki dan melihat Hamzah melarikan diri , dia terus mengejar .

Hamzah terkejut melihat dia di kejar . Dia terus berlari dan sampai di depan Perpustakaan .Tetapi malang , pintu terkunci , dia cari jalan apabila melihat mak nya sudah dekat . Dan dia berjaya masuk dengan memecahkan tingkap di salah satu tingkap Perpustakaan . Dia masuk melalui tingkap tetapi kaki nya ditarik mak nya .

Dia cuba lagi dan berjaya seterusnya melarikan diri di sebalik rak .

Di dalam Perpustakaan ;

Mak Hamzah menjerit memanggil Hamzah , Hamzah membalas tetapi tidak keluar , dia tahu tidak elok buat sebegitu , tetapi dia tidak mahu dipukul lagi .

Di situ dia berniat mencari tempat tidur .

Dan dia ternampak Atap di atas yang seperti boleh menampung badan nya yang kecil .

Dia berusaha mencari cara dan setelah beberapa jam dia berjaya naik di atas atap itu , dia bertekad , inilah tempat tidur dia mulai sekarang .
Hamzah mulai tidak datang sekolah , Hamzah keluar dari Perpustakaan bila malam untuk membeli makanan dan masuk semula ke dalam Perpustakaan ketika selesai membeli makanan dan minuman .

Dia buat seperti itu sehingga remaja kerana Perpustakaan masih mengekalkan membuat atap seperti itu tanpa membaiki .

Hamzah bersyukur atas perkara itu .

***

Semasa remaja , Hamzah mula untuk keluar , selama ini dia mencuri atau meminta wang dari orang untuk membeli makanan tetapi dia tahu itu dosa dan kali ini dia berhijrah ke tempat yang jauh dan duduk di situ sehingga ke tua .

Semasa remaja , aku banyak belajar dan ketika tua aku mati , aku tidak tahu bagaimana aku boleh hidup di dunia ini , tetapi aku seperti boleh mengawal dunia dan separuh daripada buku buku di Perpustakaan adalah hasil penulisan aku dan kenapa aku cakap wahai kerana aku nak membezakan aku dengan orang lain .

Bagaimana aku boleh hidup di dunia manusia , aku memang boleh kembali tetapi hanya sebahagian manusia yang akan nampak aku dan kenapa aku jadi kecil , itu memang aku , selalunya budak kecil yang kamu jumpa adalah aku yang dulu tetapi bukan aku yang kawal , dia muncul apabila aku berada di sebalik rak dan di pergi ke rak aku dan menghilang , di saat itulah aku keluar . Tetapi adakala dia akan lari walaupun aku bukan disebalik rak , dia mungkin ingin mengingatkan aku dengan wajah aku dulu .

" Cukup aku cakap , itu sahaja , kamu boleh pergi . "

Kabus tebal menyelubungi tempat itu tanpa aku sempat memilih jalan putih atau hitam .

***

" Naqib , kamu sudah sedar . " Ujar ibu Naqib . Mata ibunya kelihatan basah seperti baru habis menangis .

" Kamu buat ibu risau , sudah lama kamu koma . "

Naqib membiarkan ibu nya bercakap , kepala nya hanya fikir satu , ada satu benda yang masih dia tak tahu , dimana Hamzah .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience