Bab 19
~Hurt. Some are hurt by words, some are hurt by actions and some are silent. But the most painful thing is when people who really appreciate and trust ignore us.~
Aku buka mata, benda pertama yang aku lihat adalah cahaya lampu yang berwarna putih kemudian langsir yang berwarna peach. Bau kuat pembasmi kuman memasuki rongga hidung, aku kenal bau ini malah sudah sebati denganku sejak dulu lagi.
Hospital! Aku menggerakkan mataku ke kiri dan kanan. Betul aku di hospital, mungkin aku dimasukkan ke wad berdasarkan drip air yang melekat ditanganku.
Aku mengimbas kembali kenapa aku di sini dan satu persatu perbualan antara Angah dan Kak Ngah masuk memenuhi ruangan otakku. Ingatkan itu hatiku pedih. Terluka. Mataku bergenangan, cepat-cepat aku menerkup mulut agar tangisanku tidak terlepas. Aku menggeleng, tidak percaya betapa tegarnya mereka sembunyikan hakikat penting itu dari pengetahuanku. Jauh disudut hati, aku sangat terkilan dengan tindakan mereka menyembunyikan kebenaran itu daripadaku.
'Kebenarannya... aku adalah isteri orang! Bukan sehari dua aku tertipu dengan statusku selama ini tapi hampir 5 tahun lebih!' Aku menangis lagi. Dari berbaring aku mengiring, menghamburkan tangisanku.
Bunyi tombol pintu dipulas dari luar, cepat-cepat aku sapu saki-baki air mata dan berpura-pura masih belum sedarkan diri. Sejujurnya aku belum bersedia untuk berjumpa dengan sesiapa sahaja yang mungkin ada komplot dalam 'penyembunyian' itu. Biarlah aku berpura-pura seperti mereka juga. Terasa ada seseorang mendekatiku dan melabuhkan punggungnya di birai katilku. Lenganku disentuh dan diusap lembut.
"Macam mana keadaan Malihah sekarang ni Dr.?" Suara Angah, kedengaran dia sangat merisaukan aku.
Hatiku tersentuh. Ternyata Angah sangat menyayangiku tapi kenapa Angah menyembunyikan hal sepenting itu?
"Dia okay, awak jangan risau. Saya dah cek fail dia dari Dr. Dzafri, tak ada apa-apa yang serius pun. Dia cuma terlampau stress. Mungkin dia stress sebab terlampau fikirkan sangat apa yang dia nak tahu dan mungkin juga dia ada teringatkan sesuatu dari masa lalu dia. Tapi awak jangan risau, kami dah bagi dia ubat untuk dia bertenang dan berehat. Nanti bila dia dah okay, dia akan bangun." Suara Dr. Dzharif pula kedengaran, membalas pertanyaan Angah.
'Dr. Dzharif? Emm... nampaknya aku kembali lagi ke Putra Private Medical Hospital sebagai seorang pesakit seperti 5 tahun lepas.'
Usapan di lenganku terhenti.
"Maksud Dr., Malihah dah mula ingat balik?" Angah terkejut, tidak percaya.
"Itu cuma andaian saya. Lagipun macam yang saya pernah terangkan pada Adib sebelum ini, amnesia boleh disembuhkan dan ianya bergantung kepada jenis amnesia dan tahap kecederaannya. Makin parah keadaannya, makin lama masa yang diperlukan untuk sembuh tapi itu tidak bermakna amnesia tidak boleh disembuhkan langsung."
"Tapi kenapa selepas 5 tahun? Sesenang tu dia akan ingat semula selepas dua bulan balik ke sini?" Angah bertanya lagi, musykil.
"Abid, itu semua bukan bidang kuasa kita. Doktor cuma merawat dan berusaha yang terbaik untuk cari penawar bagi sesuatu penyakit tapi bukan tugas seorang doktor untuk menyembuhkan tapi Dia Yang Maha Penyembuh. Sama juga dengan kes Malihah, kita semua dah cuba yang terbaik untuk sembuhkan dia dari PTSD. Alhamdulillah tak sampai 3 bulan, dia sembuh. Cuma kali ni saya berharap kalau dia mula ingat semua apa yang berlaku sebelum ini, saya berharap dia tak akan alami PTSD lagi."
Gangguan stress pasca trauma (PTSD) merujuk kepada satu keadaan mental di mana seseorang itu telah mengalami satu peristiwa panik yang dihasilkan dari pengalaman lalu. Kesan dari pengalaman lalu yang menakutkan dan menyakitkan seperti kemalangan jalan raya, peperangan, pengabaian dan penderaan fizikal kanak-kanak, penderaan seksual termasuklah perkosaan, serangan fizikal dan diancam senjata antara penyebab kepada terjadinya PTSD. Melalui peristiwa traumatik itu boleh jadi sangat berbahaya sekiranya tidak mendapat rawatan awal. Seseorang yang pernah mengalami peristiwa traumatik itu boleh jadi dia sentiasa berfikirkan tentang peristiwa itu sehingga membuatkan dia terasa dirinya terperangkap dalam peristiwa itu. Oleh itu sebagai langkah awal untuk mencegah PTSD dari parah, penghidap perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan atau khidmat kaunseling.
Berbalik kepada kes aku, aku turut mengalami PTSD selepas dari peristiwa kemalangan tragis yang telah meragut 3 nyawa ahli keluargaku sekaligus. Menurut cerita Dr. Dzharif dulu selepas beberapa bulan aku dirawat di PPMH, aku diterbangkan ke Ireland bersama Bella dan Kanda untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik dari sini. Di samping itu aku mula melakukan persedian untuk sambung belajar.
"Tapi... saya risau." Bunyi Angah mendesah dan Dr. Dzharif menghela nafas, menyentakkanku dari terus ingatkan hal lalu.
"Saya faham. Kita semua risaukan dia," sahut Dr. Dzharif setelah itu.
"Dengan keadaan dia sekarang ni, saya tak tahu samada dia boleh kembali teruskan kehidupan dia seperti biasa ataupun tak. Hal dia dulu tak settle lagi. Kini tambah pula dengan kes lelaki tu."
Bicara Angah itu mengelukanku. Angah sedang bicarakan tentang lelaki berhoodie yang aku jumpa di Cameron Highlands sebulan yang lalu. Lelaki yang sama juga yang pernah stalk aku sebelum kejadian aku hilang ingatan. Nampaknya Angah juga tahu mengenai kejadian yang berlaku di Cameron tempoh hari walaupun aku tidak bercerita. Mungkin Angah tahu perihal itu dari Dr. Dzharif. Lagipun kata Dr. Dzharif, lelaki itu lelaki psiko yang obses dengan aku sejak dari zaman aku sekolah lagi. Lelaki itu juga dikatakan telah dimasukkan ke hospital bahagia beberapa hari sebelum aku ke Ireland tapi apa yang lebih merisaukan mereka adalah bila lelaki itu berjaya melarikan diri dari hospital sakit mental selepas aku pulang semula ke Malaysia baru-baru ini. Inilah antara penyebab kenapa Dr. Dzharif boleh tiba-tiba muncul di Cameron Highlands hari tu. Katanya dia perlu menjauhkan aku dari lelaki gila itu sebelum apa-apa terjadi kepadaku lagi. Hish, meremang bulu romaku!
"Pasal Shiraz, saya dengan yang lain sedang cuba jejaki dia. Cuma buat masa sekarang ni, kita tak boleh biarkan Malihah bersendirian. Malihah perlu diawasi setiap masa tanpa dia syak apa-apa."
"Itu yang saya risau. Saya dengan wife kerja. Malihah seorang diri di rumah. Kadang-kadang saya risau kalau tiba-tiba lelaki tu muncul depan dia dan berlakon jadi orang baik macam di Cameron hari tu. Bonus pulak untuk Shiraz, bila Malihah tak ingat apa-apa."
"Awak jangan risau. Kami cuba alihkan perhatian lelaki tu dari tertumpu pada Malihah. Semoga Allah lindungi Malihah dari perkara buruk terjadi lagi."
Terasa birai katilku bergerak. Angah bangkit dari situ. Bunyi tapak kasutnya menapak ke satu arah, sedikit menjauh dariku.
"Saya tak tahu apa yang saya dan along perlu bagitahu dia kalau dia tanya kami apa yang jadi pada malam tu. Paling saya takut kalau dia salahkan diri dia sendiri atas apa yang jadi. Hati adik saya tu lembut, Dr... Dia sangat sayangkan ibu dan ayah kami. Dia sangat manja dengan diorang. Saya tak tahu saya akan kuat ataupun tidak untuk berdepan dengan dia bila tiba waktu tu." Agak perlahan suara Angah menyentuh telingaku menandakan dia sedikit jauh dari katilku. Bunyi tapak kasut sekali lagi kedengaran. Mungkin kali ini kasut itu milik Dr. Dzharif pula.
"Awak jangan risau Abid. Lepas apa yang jadi saya yakin Malihah yang lama dah tak ada. Malihah yang ada depan awak sekarang ni seorang perempuan yang kuat dan berani. Dia seorang yang tabah. Dia sudah cukup dewasa untuk faham apa yang berlaku. Cuma satu nasihat saya, kalau boleh jangan sembunyikan lagi status dia daripada dia. Dia berhak tahu."
Aku terkedu. Jadi, Dr. Dzharif juga tahu tentang itu? Dan dia juga sembunyikan hal itu dari aku? Arghh hatiku retak lagi.
"Malihah ada cerita, dia ada berkenalan dengan seorang lelaki di Cameron hari tu. Nama lelaki tu... Jebat Iskandar."
Jebat Iskandar! Bila Dr. Dzharif sebut saja nama itu dadaku terus berdebar. Dr. Dzharif sedang membuka rahsiaku kepada Angah! Memang aku ada berkongsi cerita tentang perkenalanku dengan Jebat di Cameron Highlands kepada Dr. Dzharif ketika dia membawa aku dengan Kasih 'lari' ke Perak tempoh hari. Tapi kenapa Dr. Dzharif beritahu Angah?!
"Untuk pengetahuan awak, bila Malihah sebut saja nama Jebat Iskandar di depan saya, wajahnya berseri. Wajahnya teruja, itu tandanya dia ceria. Tak pernah saya nampak dia seceria itu sepanjang kami bersama di Ireland. Jadi saya tahu sisa cinta dia untuk Jebat masih lagi ada malah mungkin tak pernah pudar walaupun sedikit."
Angah tidak membalas. Aku pula berdebar mendengarkan ulasan Dr. Dzharif itu.
'Aku cintakan Encik Is?'
"Saya tahu awak dengan Ariff cuba jaga Malihah dari terluka lagi tapi boleh tak awak fikir apa perasaan dia bila dia tahu dia terpisah dari suaminya untuk satu tempoh yang agak lama? Walaupun dia tak ingat siapa dia dan siapa Jebat sekarang, tapi dia berhak tahu. Dia berhak bina kehidupan dan rumahtangganya semula. Kalau ditakdirkan Allah sampai bila-bila Malihah tak akan ingat siapa dia, adakah selama itu dia akan jadi isteri yang nusyuz?" Tambah Dr. Dzharif lagi.
'Nusyuz? Adakah selama ini aku seorang isteri yang nusyuz?' Ya Allah! Bergegar tanganku di bawah selimut menahan getaran dan esakkan yang muncul semula. Aku takut dengan hukum Allah!
"Saya minta maaf kalau saya termasuk campur dalam urusan Abid sekeluarga. Saya cuma kesiankan Jebat dan Malihah. Diorang berdua berhak bahagia. Berhak ada keluarga sempurna macam orang lain. Jangan biarkan diorang derita dalam diam. Walaupun mungkin kita nampak diorang okay tapi sebenarnya diorang tengah menderita dalam diam. Kita semua tahu yang Malihah dan Jebat sama-sama sakit dengan perpisahan ini. Walaupun saya tak menafikan yang Jebat bersalah dengan apa dia lakukan tapi kita semua tahu, semuanya bukan salah dia. Dia juga dianiayai. Jadi Abid fikir-fikirkanlah. Saya minta diri dulu."
Angah masih diam tidak membalas. Dengar pintu dikatup oleh Dr. Dzharif. Aku masih melayan hiba, berusaha sekuat mungkin mengigit bibirku untuk sembunyikan senduku. Tiba-tiba terasa lenganku disentuh oleh Angah. Aku mengeraskan kembali tubuhku.
"Angah minta maaf. Bukan niat angah nak pisahkan adek dengan Jebat tapi sebab angah masih lagi terluka bila teringatkan apa yang dah jadi. Angah tahu tindakan angah dengan along ni akan membuatkan adek benci dengan kami tapi percayalah dek... Kalau angah boleh buat pilihan untuk pilih samada mahu adek ingat semula ataupun tidak, angah lebih rela pilih untuk tidak, dek. Sebabnya... angah takut nak lihat keadaan adek bila adek dah ingat semuanya. Angah minta maaf dek kalau adek rasa angah terlalu kejam dengan adek." Dahiku dikucup Angah dan Angah berlalu keluar dari bilik ku.
* * *
Awal-awal pagi lagi aku sudah menyelinap keluar dari bilik rawatanku. Sementara menanti waktu doktor datang meronda, aku keluar mendapatkan udara segar dan sedikit ketenangan untuk menjernihkan kembali fikiranku yang tengah berselirat dan berserabut sekarang ini. Aku melangut di hadapan tasik buatan yang terbentang luas di depan mata. Nasib baik hospital ini ada menyediakan laman terapi yang luas lagi damai seperti ini sekurang-kurangnya dapatlah pesakit meredakan tekanan yang dihadapi sepanjang menerima rawatan di hospital. Sebut sahaja hospital, siapa saja yang suka? Lamunanku terganggu dengan bunyi telefon pintarku. Ada panggilan dari seseorang.
'Bella.'
Aku menggesek butang hijau, menerima panggilan itu.
"Hello."
"Dek! Kau masuk hospital?" Bella menepik di hujung telingaku.
"Mana kau tahu?" soalku pula sedikit berjauh hati. Ya, aku juga terasa hati dengan Bella dan Kanda. Aku yakin keduanya juga termasuk dalam komplot ciptaan Angah dan Along.
"Angah call aku. Kenapa kau tak bagitahu aku? Sampai hati kau kan, dek?" Bella merajuk.
Dengar Bella merajuk, aku tiba-tiba tarik hujung bibirku. Sinis. Entah kenapa soalan yang Bella ajukan untuk ku dihujung ayatnya bagaikan percikkan api yang sedang menanti untuk menyambar yang lain.
"Kenapa?" tanyaku, sengaja bermain api dengan Bella.
"Kau boleh tanya aku kenapa dek? Mestilah aku nak tahu. Kau kawan aku dek. Macam mana boleh kau masuk hospital ni dek? Doktor cakap apa?" tanyanya lagi, risau.
Aku makin tarik hujung bibirku. Entah, aku rasa mahu gelak guling-guling dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh Bella. Betapa aku rasakan itu semua dusta dan palsu!
"Angah tak cakap apa-apa ke?" soalku pula. Senada. Aku menanti masa yang tepat untuk meledakkan apa yang aku rasakan sekarang ini. Aku bagaikan sang belang sedang menanti untuk menerkam mangsa.
"Ada. Angah cakap kau stress. Kenapa ni... kau fikir apa dek sampai kau stress masuk hospital ni? Kau ada masalah ke ni?"
Aku mendongak. Sedut nafas dan helanya. Hatiku tak sabar mahu meledakkan sesuatu! Menanti saat yang tepat untuk menjatuhkan boom.
"Kau tahu kenapa aku stress Bella?" soalku sedikit perlahan. Aku menanti dengan penuh sabar untuk dapatkan jawapannya.
"Kenapa dek? Bagitahu aku kenapa... Aku risau ni." Bella memujukku dengan suara lembutnya seperti selalu ketika menenangkanku.
Tapi maaf Bella, dalam keadaan aku sekarang kelembutan itu langsung tidak mampu memujukku. Terlepas tawa kecilku.
"Dek, kenapa ni?" Bergetar suara Bella ditelingaku, dia macam kepelikkan denganku. Makin kuat aku mengekek. Aku lucu dengan kepura-puraan Bella.
"Dek..." serunya.
"Aku stress... sebab aku dah mula ingat siapa aku Bella." Aku membisik antara dengar dengan tidak saja.
Senyap. Aku mahu pun Bella, diam.
"Hah? Kau... kau cakap apa ni dek? Kau ingat... apa?" Bella tergagap-gagap, membuatkan aku makin meleretkan senyumanku. Bingo! Ini yang aku mahukan. Aku mahu Bella rasa 'takut' bila dia tahu yang aku sudah mula tahu sesuatu yang disembunyikan olehnya. Aku ketawa semula dengan suara gugup Bella.
"Aku... aku dah ingat aku siapa Bell... Aku isteri kepada Jebat Iskandar. Aku isteri orang. Selama 5 tahun aku berstatus isteri orang tapi tiada seorang pun yang beritahu aku siapa aku selama ni termasuklah kawan baik aku sendiri. Kawan baik aku tu kau kan, Bella?" Aku menyindirnya dengan suara dicelah gigiku.
"Dek! Kau cakap apa ni? Kau... kau sebut nama siapa tadi?" Bella menepik. Suaranya kedengaran bergetar hebat dihujung telingaku. Ada rasa takut disebalik suaranya itu. Aku yakin kalau dia di hadapanku sekarang, pasti aku boleh melihat betapa bergetarnya mata Bella.
Aku lepas ketawa besar. Puas hati tapi hairannya kenapa mataku berair dan hatiku terasa sakit?
"Aku sebut nama siapa? Aku sebut nama suami aku, Bella. Suami aku, Jebat Iskandar. Itu nama suami aku yang kau, Kanda, Dr. Dzharif, angah, along dan semua orang cuba sorokkan dari aku selama ni, kan? Hahaha tapi kau tahu aku jumpa dia dekat mana Bella?" Aku menyoalnya dengan kuat dan cukup sinis. Rasa sakit kian mencengkam dadaku. Pipiku sudah melencun.
"Dek... kau jangan macam ni dek... sabar dik... Bawak mengucap dek..." Bella berusaha memujukku, aku deras menggeleng biarpun dia tidak melihatku.
Aku ketawa lagi. Entah kenapa aku rasa teruja dengar suara Bella bergetar hebat begitu. Pengungjung laman terapi ada yang curi-curi pandang aku, aku tidak peduli. Yang aku tengah peduli sekarang ini adalah tentang Bella dan penipuannya!
"Aku jumpa dia di Cameron Highlands! Secara tidak sengaja dan tidak dirancang oleh aku. Kau nampak tak Bella, rancangan Tuhan tu lebih hebat dari rancangan yang kau dengan yang lain aturkan? Hahaha..." Aku ketawa lagi. Aku terasa puas. Walaupun air mataku mengalir hebat aku tetap rasa puas dapat menghamburkan apa yang terbuku didadaku kepada Bella.
"Dek, kau dekat mana ni? Aku datang sekarang. Aku memang dah on the way ke PPMH sekarang ni. Kau tunggu aku ya, kita bincang." Bella mula kalut dan panik.
Tawaku meledak lagi. Semuanya sudah terlambat Bella, bisikku.
"Bincang? Ada apa yang kita perlu bincangkan Bella? Kau dengan yang lain cuba pisahkan aku dari suami aku, jadi kau rasa aku ada masa nak bincang dengan korang? Kau cuba nak tipu aku apa lagi, Bella?" soalku menyinis lagi.
"Dek, kau jangan nak mengarut macam ni. Tunggu aku ya. Kau dekat mana?"
Aku makin meleretkan senyum sinisku.
"Kalau kau kawan baik aku, jangan cari aku lagi! Aku benci lihat muka penipu macam kau! Kau lebih suka lihat aku jadi bodoh macam ni kan? Bila aku jadi bodoh macam ni, lagi mudah kerja kau dengan yang lain nak atur hidup aku macam yang kau dah buat dengan aku selama ni!" hamburku lagi.
Dadaku berombak ganas. Terasa adrenaline bergerak pantas dari biasa. Aku marah, aku mengamuk. Tak menunggu apa balasan dari Bella, telefon di tangan, aku hempas ke tanah dan aku pijak-pijak telefon itu tanpa peduli kakiku sakit tanpa alas kaki. Aku sedang membayangkan yang aku sedang memijak Bella dengan yang lain sehingga lunyai. Aku ketawa sepuas hati tanpa mempedulikan apa yang ada disekelilingku. Apa yang penting, hatiku puas!
"Mimo Sunshine!"
Tersentak dengan jeritan itu aku tergamam. Lama aku terkaku begitu sehingga tanpa sedar timbul rasa pedih-pedih dibawah telapak kakiku. Aku menekur ke kakiku. Mataku terbuntang melihat telefonku yang sudah pecah dibawah telapak kakiku. Bagaikan baru tersedar sepenuhnya dari rasukan, aku terpinga-pinga. Tertanya-tanya sendiri apa yang telah berlaku dan apa yang sudah aku lakukan? Bunyi suara berbisik membuatkan aku memanggungkan kepalaku.
Serentak itu aku terundur beberapa langkah dan mula pandang sekelilingku. Baru aku tahu rupanya banyak mata sedang tertumpu ke arahku. Dari cara pandangan mereka itu pula seolah-olah aku ini seekor raksasa yang baru sudah membuat onar. Mataku melingas bila terdengar bisikan-bisikan halus yang datang dari orang yang mengerumuniku. Tubuhku mengigil, timbul rasa takut mengusai diri.
"Kenapa dengan dia?" Entah siapa mula bertanya mengenaiku.
"Entah. Tiba-tiba saja mengamuk, macam orang tak betul saja." Suara jelek disertakan cemikan itu datang dari belakangku. Aku deras berpaling ke belakang.
"Dia sakit kut." Suara berbaur simpati pula menyahut dari hadapanku. Aku berpaling lagi ke arah datangnya suara itu.
"Itulah, sakit mental agaknya budak ni. Tiba-tiba mengamuk lepas tu tergelak-gelak. Lepas tu menangis pula. Kesian pulak dia." Lagi ada insan yang sudi merisaukanku.
"Orang gila kut ni. Kalau sihat, tak adanya buat perangai macam tu." Suara lain pula menyampuk.
Wajah-wajah itu melihatku seperti mahu menelanku saja. Aku terundur lagi, makin menikus. Aku takut. Aku resah dan aku terasa diri ini terlalu kerdil di sini.
"Itulah. Saya pun terkejut dengar dia tiba-tiba mengamuk tadi. Kesian kan... muda-muda lagi dah jadi gila." Seorang mak cik mencelah.
"Orang sekarang tak boleh nak dipercayai sangat. Nampak saja macam sihat tapi ramai yang sakit mental." Pak cik yang rambut beruban memutih pula menambah. Semua yang ada terangguk-angguk, mengiakan dakwaan itu.
Aku makin mengigil dengan cacian demi cacian yang dilemparkan. Aku segera duduk mencangkung dengan tangan memerkup telinga.
"Aku tak gila! Aku tak gila!" Aku berbisik sambil menggeleng berulang kali.
"Tak ada orang gila nak mengaku dia gila!" Lagi ada yang menyangkal kata-kataku. Aku menggeleng lagi. Satu perkataan mula bergema di telingaku.
'Gila!'
'Gila!'
'Gila!'
"Mimo!" Serentak dengan itu terasa tubuhku dirangkul seseorang, bagaikan dia sedang melindungiku dari dilempar kata-kata hinaan lagi. Wajahku melekapkan di dadanya, dapat mendengar dengan jelas degupan jantungnya laju berdetak.
"Enough! One more time I hear someone throw disgusting words at her, I will take legal action!"
Siapa yg masih ingt, cerita AJIB 2 yg sebelum ini saya cuma publish smpai bab 15 tapi kali ni sy pjgkn lagi smua bab tu jdi bab 15. So ini tambahan kpd bab yg sblum2 ini. Harap mna yg merindu, bpuas hti. terima kasih. Tq to all the readers. AJIB 2
Share this novel