Bab 10 : AJIB 2.0

Romance Series 515828

Bab 10

~And suddenly you just know... it's time to start something new and trust the magic of new beginnings.~ Meister Ekhart.

Aku dan Kasih mengambil tempat di dalam bas nombor 3 setelah selesai sesi taklimat daripada guru pengiring Budi Maryam Kindergarten, sekolah Kasih Hanim mengenai tentatif program lawatan sambil belajar ke Cameron Highlands selama 3 hari 2 malam. Aku sengaja memilih tempat duduk yang tidak terlalu hadapan dan tidak terlalu belakang kedudukannya. Hanya sedang-sedang saja supaya senang bila mahu turun nanti.

Ya, inilah solusi kepada masalah Kasih. Aku sebagai Mak Usu sudi menawarkan diri menjadi penjaga Kasih disepanjang lawatan ini berlangsung. Sudahnya berjela nasihat dari Along dan Angah yang aku terima. Yang menjadikan masalahnya sekarang ini, kalaulah pesanan yang diterima dari keduanya itu mampu dimuatkan ke dalam bakul, aku rasa lebih dari separuh bakul itu nasihatnya dikhaskan untuk aku seorang sa.ha.ja. Sukunya lagi tu barulah untuk si Kasih. Sekarang ni, aku ke Kasih yang budak 6 tahun?

Pelik betul aku dengan abang-abangku itu. Kadang-kadang diorang layan aku macam aku ni budak kecil yang baru pandai bertatih. Tiap saat dan ketika aku rasa seperti diperhati dan diawasi oleh keduanya. Tak cukup dengan call, diorang akan text aku tanya keadaan aku dengan Kasih. Ini belum lagi bas bertolak, mereka dah mengelabah itik. Kita tengoklah nanti bila kami sudah sampai dekat sana. Aku rasa keduanya gelisah macam orang perempuan nak bersalin! Eh, sebal jugalah hati aku bila ingatkan balik pasal perangai diorang ni.

Aku baiki sedikit kedudukan pelitup muka yang melekat di mukaku sejak dari tadi. Hah, ini satu lagi masalah besar buat aku. Buat penat saja aku tacap muka kasi cantik, sudahnya Angah berpesan agar aku selalu pakaikan pelitup muka sepanjang aku berada di sana. Dia risau kalau aku terkena selesema dan batuk. Katanya lagi kalau aku demam nanti siapa nak tengok-tengok si Kasih?

'Aduh, apa kena dengan angah tu? Dia lupa ke yang aku ni 5 tahun pernah duduk di negara yang beriklim sejuk dan lembab sepanjang tahun?'

"Mak usu okay ke?" Suara Kasih Hanim lembut menyapa telingaku. Mungkin dia terdengar aku mendengus tadi kut. Aku mendengus sebab aku geram dengan perangai abang-abangku yang tiba-tiba jadi pelik! Diorang macam risau nak membiarkan aku berpergian dengan Kasih. Diorang risau nak lepaskan aku tanpa pengawasan dari mata diorang. Argh!

Aku toleh kepada anak saudaraku yang cantik manis yang memilih tempat duduk di sebelah tingkap. Aku sengih menunjukkan barisan gigiku yang cantik. Ops, lupa pulak aku yang dia tak nampak aku yang tersengih sebab pelitup muka ni! Dengusku sebelum menunduk sedikit kepadanya.

"Mak usu okay. Kasih okay?"

Matanya bercahaya, ceria. Laju saja dia mengangguk.

"Kasih okay. Tak sabar nak pergi CH." Dia menjawab dengan riang. Tak sabar sungguh!

"Kasih pernah pergi CH sebelum ni?" Aku mencari topik untuk berbual dengannya. Orang cakap sesi 'ice breaking' sementara menanti beberapa orang lagi yang masih belum sampai.

"Pernah. Abi cakap kami pernah pergi. Masa tu Kasih umur 2 tahun tapi Kasih tak ingat. Abi tunjuk gambar je."

Aku membulatkan mulut, faham. Budak 2 tahun, apa yang dia ingat lagi. Masa tu kotak memori kanak-kanak masih lagi terhad.

"Apa yang Kasih suka sangat nak pergi CH?" soalku lagi. Baju sejuknya yang terselak sedikit, aku betulkan. Beanie cream yang terletak elok di atas kepalanya aku pandang, cantik! Sesuai pulak dengan t-shirt pink bercorak gambar princess Elsa di dadanya.

"Ada strawberry. Kasih suka strawberry."

Aku senyum. Klisenya jawapan Kasih itu buat aku tersenyum. Dah sinonim kut buah strawberry tu dengan Cameron Highland.

"Lagi?"

"Emm... Sebab sejuk. Kasih suka. Kasih nak rasa sama macam yang mak usu rasa masa mak usu belajar di Ireland. Ibu cakap negara tu sejuk, ada salji. Nanti boleh buat snowman, snow ball. Mesti seronokkan mak usu?" tanyanya seraya memalingkan tubuhnya kepadaku. Siap dengan tangan kecilnya bergerak sekali. Matanya bercahaya ketika berceritakan itu.

Aku senyum lagi. Boleh tahan petah juga si Kasih ni. Kalau sebelum ini, dia lebih banyak diam bila dengan aku. Emm... nampaknya memang jadi satu genglah kami nanti. Aku menongkat dagu, memikirkan jawapan apa yang patut aku bagi kepada budak 6 tahun yang keletah ini.

"Seronok? Ya, memang seronok. Tapi dekat sana sejuk sangatlah Kasih... tak sama dengan dekat CH. Emm... bagi mak usu kalau sejuk sangat, tak seronok juga."

Senyum yang tadinya melebar tiba-tiba hilang dari bibirnya tatkala dengar jawapanku. Dia tercenggang.

"Kenapa kalau sejuk sangat tak seronok mak usu?"

"Sebab... kalau sejuk sangat, kita mudah jatuh sakit. Nak keluar rumah lama-lama pun tak boleh. Nanti kita boleh freeze. Bahaya."

"Jadi masa winter mak usu duk rumah jelah? Tak pergi mana-mana?"

"Emm... tak juga. Mak usu boleh keluar rumah, pergi kedai, pergi sekolah mak su tapi mak usu kena pakai baju tebal-tebal. Kena pakai mittens, socks, shoe and beanie macam yang Kasih pakai ni. Semua tu kita wajib pakai kalau winter. Semua tu untuk elakkan badan kita jadi terlalu sejuk. Bila dah lengkap pakaikan semua tu, baru boleh mak usu keluar rumah macam biasa. Kalau tak pakai semua tu, mak usu tak boleh keluar rumah. Takut nanti badan mak usu freeze. Nanti senang jatuh sakit."

"Oo... nanti kalau mak usu sakit, mak usu kena tidur lama lagi. Kesian mak usu. Kasih tak nak mak usu sakit lagi." Mukanya berubah mendung.

Giliran aku pula tergamam. Kasih sedang ingatkan aku, keadaan masa aku koma dulu.

"Kasih ingat ke masa mak usu sakit tu?' soalku perlahan. Rasanya tak mungkin dia ingat, dia masih bayi ketika itu.

"Tak ingat. Tapi abi dengan ibu selalu bagitahu Kasih. Abi cakap mak usu sakit, sebab tu mak usu kena belajar jauh."

Aku terkedu. Itukah yang Kasih faham tentang keadaan aku?

"Kasih, sebenarnya mak usu...,"

"Cikgu, kenapa kita tak bertolak lagi? Kita masih tunggu orang lagi ke?"

Tak habis aku menyudahkan kata, seseorang mencelah membuatkan aku dan Kasih sama-sama memalingkan muka ke bahagian hadapan bas. Kedudukan yang bertanya itu pula cuma selang sebaris dari kerusiku membuatkan aku dapat dengar dengan jelas soalan yang dilontarkan buat guru yang bernama Puan Zahnita itu.

Puan Zahnita memeriksa kertas senarai nama ditangannya dan membuat satu panggilan telefon sambil-sambil matanya mengintai ke luar bas, mungkin tercari-cari gerangan yang belum tiba. Aku mengintai jam ditanganku. Sudah jam 9. 30 minit pagi. Sepatutnya jam 8.45 minit pagi bas dijadualkan akan bertolak. Tapi disebabkan kecuaian manusia kepada kepekaan berkaitan masa, sudah beberapa puluh minit dibazirkan dengan begitu sahaja.

"Kita masih tunggu Encik Is dengan anaknya. Encik Is kata lagi 3 minit dia sampai." Beritahu Puan Zahnita sesudah menamatkan perbualannya.

Bunyi desas desus tidak berpuas hati. Masing-masing dah mula bosan menunggu. Ada juga yang mua tertanya-tanya, siapakah 'Encik Is' dan macam mana boleh lelaki itu yang menjadi satu-satunya wakil golongan bapa yang menyertai sesi lawatan ini.

Aku cuma diam dan menanti. Sesekali mataku kerling ke kerusi sebelah yang masih kosong. Mungkin inilah tempat yang akan diisi oleh 'Encik Is' itu, fikirku sebelum memalingkan muka kepada Kasih yang sedang ralit melihat video kartun kegemarannya di YouTube. Sementara bas belum bergerak, aku bagi dia lihat sekejap telefonnya. Nanti bila bas dah mula bergerak, aku akan simpan telefonnya. Takut kalau-kalau dia pening nanti.

"Assalamualaikum, maafkan saya. Saya terlewat sampai."

Satu suara muncul tiba-tiba di sebalik pintu masuk bas membuatkan suasana riuh umpama berada di pasar malam tiba-tiba menjadi sunyi sepi. Aku yang kepelikkan dengan kesepian yang tercipta tiba-tiba, menjengukkan sedikit kepalaku ke bahagian hadapan bas. Mahu lihat siapakah si lelaki yang sedang membuat grand entrance itu.

Oh, nampaknya bukan aku sahaja yang buat begitu tapi hampir kesemua pasangan mata penumpang bas nombor 3 turut menghalakan ke situ. Mata masing-masing tertumpu kepada dua batang tubuh yang sedang berdiri di sana. Seorang lelaki dewasa dengan seorang kanak-kanak perempuan yang comel sebaya Kasih.

"Encik Is?" tanya Puan Zahnita, mungkin dia juga terkedu dengan kemunculan pemuda segak dihadapannya.

"Ya saya. Ayah Umai," jawab lelaki itu dan berkata sesuatu kepada Puan Zahnita setelah itu.

"Hai, Umai!" Orang disebelahku tiba-tiba melaung membuatkan aku berpaling ke arahnya. Kasih Hanim sedang melambai kedua tangannya sambil menyengih lebar, teruja dengan kemunculan si gadis kecil yang bernama Umai itu.

Umai yang berada dihadapan sana turut membalas lambaian Kasih. Aku dapat agak, mungkin budak berdua ni bestfriend agaknya. Apa nak heran, aku dengan Bella pun macam tu kalau berjumpa.

"Your bestfriend?" tanyaku kepada Kasih. Kasih mengangguk laju. Masih dalam mood cerianya.

"Kasih suka kawan dengan Umai. Selalu juga Umai datang rumah Kasih." Cerita Kasih selepas itu. Matanya melekat kepada Umai di sana tapi mulutnya membalas pertanyaanku.

"Datang rumah? Bila dia datang?" tanyaku pula. Tak pernah pula aku lihat Umai sebelum ni.

Kasih kemam bibir, memikirkan jawapan.

"Kasih rasa sebelum mak usu balik dari Ireland. Dulu dia tinggal dekat rumah kita sekarang dia dah pindah."

"Pindah? Pindah rumah?"

"Ha'a pindah rumah. Sekali pindah sekolah. Sebab tu Kasih nak pergi CH sebab Kasih nak jumpa dengan Umai."

Terjongket kening ku, dasyat sungguh persahabatan anak saudara aku. Nak ikut rombongan sebab nak berjumpa kawan dia? Uish boleh tahan. Aku pandang semula ke hadapan.

"Tempat duduk encik di seat sana ya? Ada satu seat yang masing kosong," ujar Puan Zahnita sambil menunding harinya ke arah kerusi disebelahku.

Lelaki itu mengangguk lalu memalingkan mukanya ke hadapan dan secara kebetulannya pula aku sedang memandangnya, menjadikan kami saling bertentangan mata. Dia tersentak, senyuman lebar di bibirnya mati dengan tiba-tiba dan gerak tubuhnya juga bagaikan mengeras. Senyuman yang cantik menghiasi bibirnya, sirna dengan tiba-tiba. Gerak tubuhnya juga turut kaku. Dia bagaikan mengeras disitu. Dan aku juga turut sama tersentak, terkedu.

'Kenapa aku terkedu? Entah, aku tak tahu. Tapi, kenapa ni?' Aku menunduk, melekapkan tanganku di dada kiri. Kenapa dada aku pun laju berdebar ni? Dan jantung juga sama. Berdegup laju dengan tiba-tiba!

Aku cukup tak suka kalau tiba-tiba jantung berdegup dengan kencang macam ni tanpa aku tahu apa penyebabnya! Kadang-kadang terasa macam ada something related dengan aku tapi aku tak tahu apa bendanya itu dan yang paling penting aku tak ingat apa-apa!

'Ahh sudah! Kenapa ni? Kenapa dengan aku ni?' Aku panik. Tak semena-mena aku pandang semula ke hadapan. Membulat sedikit mataku bila aku lihat dia masih memanah tenungannya kepadaku. Entah kenapa aku disapa rasa tidak selesa dengan cara dia merenungku. Aku macam pernah melihat panahan seperti itu. Panahan mata yang menusuk dan tajam. Dan terselit garangnya.

'Tapi... tapi kenapa... kenapa dia pandang sini? Dia... dia kenal aku ke? Atau... dia nak apa dengan aku' Aku dah kalut semacam. Macam-macam persoalan muncul di kepalaku. Tanganku naik meraba pelitup muka, gelabah punya pasal. Mana lah tahu kalau tiba-tiba pelitup mukaku tertanggal dari tempatnya sampaikan dia boleh melihat muka cantikku ini tanpa sebarang penghalang, kan?

'Emm... ke aku je yang perasan? Entah-entah dia saja pandang aku macam tu sebab nak scan sama ada aku ni orang yang dia kenal atau pun bukan, kan? Mana lah tahu kalau-kalau muka aku ni sama dengan muka bekas marka dia ke... bekas tunang dia ke... bekas isteri dia ke... kan? Jadi tak salah pun dia nak tenung aku macam tu. Almaklumlah aku ni pun boleh tahan cantik juga. Walaupun kalah dengan miss world tu tapi aku tetap menang di hati abang-abangku... kan? Eh, sekejap... apa yang aku merapu dan melalut ni?' Aku tersentak sendiri. Tangan masih meraba pelitup muka. Tiada apa yang berubah. Aku masih mengenakan pelitup muka seperti yang disarankan oleh Angah sebelum ini.

'Jadinya agak mustahil kalau dia kenal aku hanya dengan tengok dua biji mata aku saja, kan? Atau mungkin dia sebenarnya sedang pandang orang dibelakangku tapi aku saja yang perasan lebih-lebih, kan? Emm... boleh jadi.' Aku angguk-angguk selepas itu. Setuju dengan pendapat diri sendiri.

'Malihah, kau jangan nak merapu lebih-lebih. Kau jangan nak memalukan diri kau sendiri, Malihah!' Aku angguk lagi. Setuju juga dengan amaran yang diberikan oleh diri sendiri kepada otakku supaya tidak berfikiran yang bukan-bukan.

Aku segera memalingkan mukaku ke tempat lain. Buat-buat tak nampak dengan berlagak tiada apa yang pelik terjadi walhal dada masih seperti tadi malah makin teruk kencangnya.

'Duhai jantung, kau jangan buat aku penat macam ni!' Aku memujuk si jantungku pula. Harap-harap si jantung mampu berikan kerjasama yang terbaik.

"Encik Is?" Bunyi Puan Zahnita menegur lelaki yang bernama Encik Is itu berjaya membuatkan aku memalingkan semula kepalaku ke arahnya. Puan Zahnita tercenggang, mungkin dia pun pelik kenapa Encik Is masih kejung dekat situ sedangkan sudah diberitahu di mana tempat yang sepatutnya lelaki itu dengan anaknya mengambil tempat duduk.

Si anak kecil yang bernama Umai itu juga sama tidak bergerak. Menanti si ayahnya bergerak terlebih dahulu walaupun sejak dari tadi dia juga tidak senang duduk, mahu bertemu dengan si bffnya, iaitu anak saudaraku. Boleh tahan baik budaknya, sabar menanti si ayah memberi keizinan. Kalau anak saudara aku, rasanya dah terkinjal-kinjal melompat nak cari tempat duduk.

"Ya?" Dia pula menyoal Puan Zahnita, dengan terpinga-pinga.

Puan Zahnita berkata sesuatu dan Encik Is mengangguk. Tak lama selepas itu, Encik Is bergerak ke tempat duduknya bersama Umai yang mengekor di belakang. Umai menyeringai kegirangan bila sampai di tempatnya iaitu di tempat kosong yang sebaris dengan tempat duduk ku.

"Hai Umai!" Orang disebelahku berbunyi lagi, melambai-lambai seperti tadi. Dia pun sama macam Umai, menggeletis sejak dari mula-mula lihat Umai lagi cuma dia berlagak sopan bila aku bagi dia satu jelingan padu.

"Hai, Kasih. I miss you so much." Umai membalas dan mereka saling berpelukkan. Muka masing-masing gembira, bagaikan sudah berkurun lamanya tidak bersua.

Aku memberikan sedikit ruang kepada keduanya untuk berjejak kasih di tengah-tengah laluan itu. Ada beberapa orang yang menonton sketsa sebabak itu turut terharu. Alah kiranya kalahlah drama-drama melayu dekat tv tu. Ke over sangat perumpamaan aku tu?

"Miss you too." Kasih Hanim membalas.

"Honey, please sit down." Lelaki itu mencelah sesudah meletakkan barang-barangnya di tempat penyimpanan barang.

Dia memberi ruang kepada Umai untuk duduk di kerusi bersebelahan tingkap tetapi Umai deras menggeleng. Dia mendongak kepada ayahnya yang sedang berdiri, matanya berkelip-kelip melihat ayahnya. Seperti memohon sesuatu. Kasih sudah kembali ke tempatnya.

Aku pula tiba-tiba rasa tertarik untuk melihat telatah keduanya. Ralit pula aku tenung raut anak kecil itu. Entah kenapa, aku rasa aku dah mula sukakan si Umai ni. Senyumannya cantik. Bila dia senyum simpul macam tu, terbentuk lekuk lesung pipit dalam di sebelah pipi kiri. Di sebelah kanannya tak seberapa nampak lekuknya. Mata itu bulat dan berwarna hitam pekat. Rupanya langsung tak sama dengan Encik Is. Dia lebih kurang macam muka mix arab-arab sikit. Dia sungguh comel!

"Can I sit here, daddy?" Dia menepuk armrest kerusiku.

yeayyy! he's coming! Tq to all the readers. AJIB 2

Share this novel

Ayunie Che Wahab
2023-06-23 18:02:01 

tq for the new chapter.. lama tunggu..huhuhu

Wan Hamilah
2023-06-20 10:28:21 

oraite...

Wan Hamilah
2023-06-20 10:18:19 

Assalaimualaikum...sis dah unpublish ye AJIB yg version 1...hri tu nk baca x sempat...bru nk baca dah x de dah


NovelPlus Premium

The best ads free experience