Bab 1
~Don't close the book when bad things happen. in your life, just turn the page and begin a new chapter.~
2022. Dublin, Ireland.
Minggu ini minggu terakhir aku berada di bumi Ireland. Tamat sudah perjuanganku yang hampir 5 tahun di sini demi mengejar cita-cita dan impian yang aku tanam sejak dari bangku sekolah lagi. Alhamdulillah, berkat doa dari semua kesayanganku dan berkat restu dari ibu dan ayah, aku akhirnya berjaya menyandang gelaran seorang doktor.
'Dr. Siti Nur Malihah binti Azad. Graduan dari Royal College of Surgeon in Ireland (RCSI).'
Alhamdulillah. Terima kasih Allah diatas pemberian nikmat ini. Aku memanjatkan seribu kesyukuran ke hadrat-Nya. Tanpa DIA, aku tidak akan berada di sini pada hari ini. Syukur!
Bunyi hujan diluar rumah. Aku menyingkap sedikit langsir tingkap untuk mengintai hujan diluar sana. Emm... bunyinya menyenangkan. Aku suka hujan. Biarpun Ireland sebuah negara yang memiliki 4 musim tapi realitinya Ireland sebuah negara yang sejuk, hujan dan hampir kelihatan muram sepanjang tahun kerana suhunya sekitar -7◦c pada musim sejuk dan 17◦c pada musim panas. Pendek ceritanya, walaupun summer tetap akan terasa sejuknya. Walaupun negara Ireland selalu sangat ditimpa hujan, aku tetap teruja setiap kali dengar bunyi hujan menitis. Terasa ada kedamaian dan ketenangan singgah di hatiku.
Aku buka playlist dalam telefonku dan memilih lagu 'Perfect' dari Ed Sheeran. Aku membiarkan lagu itu terpasang sambil menghayati bunyi hujan. Damai. Tenang. Bingkai gambar yang berada di atas meja sisi katil, aku capai. Gambar potret keluarga bahagiaku. Ada ayah. Ada ibu. Ada tiga abang dan ada aku. Gambar raya sekitar 7 tahun lepas, gambar kenangan terakhir kami berenam. Bagi aku gambar ini terlalu sempurna di mataku. Perfect!
Haji Azad. Ini ayah, dia sungguh segak dengan baju kemeja putih susu. Sepadan pula dengan baju kurung putih susu yang dipakai oleh ibu yang duduk disampingnya. Baju ibu bercorak bunga-bunga kecil berwarna biru tua dan ibu mengenakan selendang berwarna biru tua. Aku yakin, pasti aku yang jadi tukang matching-matching warna tu. Kalau lah aku boleh ingat semuanya...
Hajah Mawar. Ini ibuku. Tangan kananku naik menyentuh permukaan gambar ibu. Aku mengusap wajah ibu dengan jari telunjukku seolah-olah aku sedang menyentuh wajah tuanya. Ibu sungguh cantik. Cantik dengan wajah yang langsung tidak dimamah usia biarpun sudah memasuki angka 60-an. Itu yang aku cemburu betul dengan ibu. Aku senyum lebar mengenangkan lagi seminggu aku akan pulang ke tanah air ku setelah 5 tahun tidak jejak kaki ke bumi kelahiranku. Tak sabar nak balik, aku nak jumpa ibu. Aku nak peluk ibu. Nak peluk ayah. Aku rindu keduanya.
Anak mataku beralih kepada insan yang berada disebelah ayah di dalam gambar itu iaitu Along atau namanya Ariff Huzair. Along duduk dengan segak dan tegaknya. Terpancar aura kematangan sebagai anak sulung di wajah itu. Along, abang yang baik dan sangat melindungi adik-adiknya. Dia juga sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan aku.
Beralih pula kepada Angah yang duduk di sebelah ibu. Angah atau namanya Abid Hadi. Kalau Along ada aura kematangaan, Angah pula ada aura ketegasan. Angah yang garang dan baran. Dia abang yang sangat dominan. Setiap arahan yang dia keluarkan, jangan berani nak membantah. Eeii... kecut perut aku bila ingatkan pasal Angah ni. Aku bersetuju untuk sambung belajar di sini pun sebab Angah yang berkeras mahu aku terima tawaran biasiswa dari Putra Private Medical Hospital (PPMH) sepanjang aku belajar di sini.
Dibelakang ayah dan ibu pula ada aku dan Achik. Achik, Asmawi Haniff. Seorang abang yang agak nakal dan penuh dengan lawak jenaka. Dengan adanya dia pasti rumah menjadi riuh. Yang sedih, tak jadi sedih. Yang tengah nangis, tak jadi nak nangis. Pendek kata, kalau Achik tak ada, terasa sunyilah rumah kami. Tiada tukang mengusik, tiada lagi tukang menyakat. Aku yakin aku dengan Achik selalu bergaduh dulu. Tapi sayangnya Achik, dia...
Aku kerdip mata berkali-kali, cuba kawal perasaanku dengan mengalih perhatian kepada gadis yang berdiri di sisi Achik iaitu aku, Siti Nur Malihah. Aku yang sedang tersenyum manis dalam gambar itu langsung tidak sama dengan aku yang sedang meneliti gambar itu sekarang ini. Itulah aku yang dulu. Aku yang ceria. Aku yang suka senyum. Aku yang terasa hidupku sempurna dengan adanya kasih sayang dari keluargaku.
Tapi hakikatnya, banyak yang telah berubah. Aku kini bukan lagi Malihah seorang gadis belasan tahun. Aku bukan lagi seorang yang ceria seperti dalam gambar itu. Aku kini seorang yang tak ingat apa-apa tentang masa lalu ku. Aku tidak tahu apa yang jadi kepada kenangan-kenangan lamaku. Kadang-kadang terasa hidup aku ini seperti permainan jigsaw puzzle yang telah kehilangan kepingan-kepingan puzzlenya. Lompang sana. Lompang sini. Tidak lengkap untuk menghasilkan satu gambar yang cantik dan sempurna.
Kebenaran tentang apa yang terjadi sebelum ini aku cuma tahu dari penceritaan orang-orang yang terdekat denganku sahaja. Along, Angah, Bella dan Kanda antara insan yang sentiasa ada untuk memastikan aku kembali sihat dan bebas menjalani kehidupanku. Alhamdulillah, setelah lama berjuang akhirnya aku semakin sihat dan berjaya menghabiskan tempoh 5 tahun pengajianku walaupun dalam keadaan aku terpaksa mula semuanya dari bawah.
Tetapi apa yang aku terkilan adalah aku terpaksa menelan sebuah hakikat yang pahit iaitu aku sudah kehilangan ibu, ayah dan Achik. Mereka telah pergi meninggalkan aku selepas kami terlibat dalam nahas kemalangan jalan raya ketika kami dalam perjalanan untuk ke bandar Terengganu. Kereta yang kami naiki bertembung dengan lori yang terbabas masuk ke laluan kami lalu menghentam kereta kami.
Ayah, ibu dan Achik meninggal di tempat kejadian. Hanya aku satu-satunya mangsa yang terselamat dalam kejadian itu. Dua bulan aku koma dan bila aku sedar, aku mengalami retrograde amnesia. Aku tak ingat apa yang berlaku sebelum kejadian itu. Awal-awal dulu ada juga bayangan kenangan keluargaku datang menerjah umpama tayangan filem, hanya separuh-separuh sebelum kenangan itu hilang sepenuhnya. Dan sekarang bayangan itu tidak lagi datang menjengukku meskipun puas aku memaksa untuk mengamitnya semula.
"Dinda!"
Aku tersentak. Boleh gugur jantung aku dengar jeritan nyaring itu. Sudah la aku tengah syok mengelamun tadi. Nasib baik tak terjatuh bingkai gambar keluarga aku ni. Kus semangat.
"Please laa... Boleh tak jangan macam ni? Kita dah booking semuanya tau... tak kan tiba-tiba nak cancel..." Lagi kedengaran suara itu tidak berpuas hati tapi versi yang lembut sedikit, memujuk.
"Tak nak. Dinda tak nak pergi. Kalau kanda nak pergi, kanda pergi sorang-sorang. Dinda tak nak ikut." Seseorang pula membalas, merajuk.
Aku di sini menggeleng. Apa kenalah dengan budak berdua tu. Itu tak ada modal lain lagi lah tu, mesti adegan rajuk-merajuk, pujuk-memujuk tu.
"Tapi kanda dah booking untuk kita berdua. Tak kan kanda nak pergi sorang-sorang."
"Pergilah sorang. Dinda tak heran. Sanggup ya kanda book untuk dua orang? Kanda lupa ke kita sekarang ni bertiga?" marah si dinda kepada Kanda.
"Kanda tahu... tapi adek sendiri yang tak nak ikut. Adek cakap dia tak nak ganggu kita. Lagipun dia pun faham yang kita perlukan privasi kita sendiri."
"Tak nak ikut jugak. Dinda tak nak tinggalkan adek sorang-sorang dekat sini."
Aku bangkit dari kerusi studiku, langsir yang tersingkap itu aku tutup kembali lalu aku mengatur tapak ke bilik sebelah untuk jadi pendamai kepada peperangan yang baru sahaja ingin meletus. Sebelum jadi lebih parah, baik aku cepat-cepat jadi pendamai.
Pintu bilik sebelah aku buka tanpa terlebih dahulu mengetuknya seperti biasa. Biarlah dianggap ceroboh sekali pun, aku tak kesah. Yang penting sekarang ni aku nak mereka berdua tahu yang suara mereka sudah berjaya sampai ke bilikku tanpa segan silu.
"Kenapa ni?"
Bella dan Iskandar Sufian langsung menoleh ke arahku, sedikit terkejut dengan terjahanku. Mereka berdua kawan baik aku sejak dari zaman sekolah sehingga ke alam universiti. Dan mereka juga sudah selamat bergelar suami isteri tiga bulan yang lepas. Perkara baik tak perlu ditangguhkan lagi bila kedua belah pihak tiada yang membantah. Jadinya mereka memilih untuk menyegerakan proses ijab dan kabul dan akan melangsungkan majlis perkahwinan mereka setibanya di tanah air nanti.
"Dek..." Bella merengek lalu menerpa dan memeluk tubuhku.
Iskandar Sufian menjeling, menyampah dengan perangai mengada-ngada isterinya. Tahu sangat dia dengan Bella si kaki drama tu.
"Kenapa ni?" Lagi sekali aku tanya. Macam-macam betul perangai kawan aku ni sejak jadi isteri orang.
"Kanda ni... dia ajak aku pergi Bray. Tapi aku tak nak... aku tak nak tinggalkan kau sorang-sorang dekat sini..." Bella memeluk aku lagi erat untuk membuktikan yang dia serba salah untuk meninggalkan aku seorang diri di sini.
Fatin Nabilah atau Bella, kawan aku yang paling baik. Dia bukan setakat kawan aku malah dia juga sepupu aku, sebelah ayah. Dia menjaga aku persis aku ni adik dia. Bersungguh-sungguh dia menjaga aku. Kalau boleh nyamuk pun dia tak biarkan mengigit aku, over kan?
Aku tepuk belakang Bella berulang kali. Mataku dihalakan kepada suami si Bella yang juga serba salah dengan aku sedangkan kami sudah berbincang terlebih dahulu tentang rancangannya mahu membawa Bella ke Bray.
"Alah korang bukannya pergi lama pun, kan? Untuk dua hari je pun. Lagipun aku kesian dekat Kanda ni, dia mestilah nak berdua-duaan dengan wife kesayangan dia ni dulu, kata orang berhoneymoon sebelum balik ke Malaysia gitu. Kau jangan risau pasal aku lah, pepandailah aku jaga diri nanti. Okay?" Aku memujuk si cenggeng Bella. Pelukan kami terlerai.
Bella tarik muncung.
"Tapi... aku tak nak tinggal kau sorang-sorang dek. Kau ikut kitorang la... nanti aku minta Kanda book satu bilik untuk kau, nak?"
Biji mata Kanda meluas dengan cadangan Bella. Bukan setakat Kanda, aku juga sama. Kami saling berpandangan. Perlahan Kanda menggeleng minta aku jangan setuju dengan rancangan Bella. Aku senyum saja.
"Hish tak nak lah aku. Tak kan lah sampai tahap korang nak pergi berhoneymoon pun... aku kena jadi langau, kacau korang. Hish tak nak lah aku. Korang pergi je. Bukannya jauh pun Bray tu. Tak pun nanti aku pergi rumah Feesa. Bermalam dekat sana, kalau kau risau sangat." Aku membantah candangan gila Bella dengan menawarkan aku bermalam di rumah kenalan kami sepanjang kami berada di sini.
Bella menggulum bibirnya, mengusik ku.
"Amboi... cepat je kau plan nak bermalam di rumah Feesa ya? Ada apa-apa ke ni?" Dia mencubit lenganku.
"Ada apa-apa, apa? Tak ada apalah." Aku yang perasan dengan muka nakal Bella itu, cepat-cepat menyangkal. Bella ni bukannya boleh berkira sangat ni.
"Iya ke ni?" Bella mengusik lagi. Keningnya diangkat-angkat.
"Mana ada lah. Dah kau jugak yang tak nak aku duduk rumah sorang-sorang kan? Daripada aku ikut korang, baik aku pergi bermalam di rumah dia. Ada juga faedahnya," ujar ku. Sebenarnya aku faham saja kenapa Bella mengusik aku macam tu. Feesa itu sepupu kepada Dr. Ahmad Dzharif. Tentu Bella fikir bila aku bermalam di rumah Feesa, nanti aku boleh keluar berdating dengan Dr. Dzharif sekali. Eh, Bella... Bella... boleh pula dia fikir ke situ.
"Emm.. yelah tu. Nanti ada lah orang tu hantar gambar pergi dating dengan Dr. Handsome tu... kan Kanda?" Bella menjongket kening kepada suaminya pula, nak raih sokongan lah tu. Kanda sedia menurut.
"Jangan nak mengarutlah Bella." Aku sangkal lagi. Pipiku memerah. Malu betul aku kalau Bella dan Kanda mengusik aku dengan Dr. Dzharif.
Dr. Ahmad Dzharif salah seorang doktor yang bertugas di Lady of Lourdes Hospital. Handsome orangnya, sesuai dengan namanya. Dia salah seorang pewaris kepada Putra Private Medical Hospital (PPMH) yang menaja biasiswa kepada kami bertiga. Katanya dulu, dengan kelayakan keputusan peperiksaan STPM aliran sains kami bertiga membolehkan kami melanjutkan pengajian ke luar negara dan kalau keputusan peperiksaan akhir kami memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, kami akan diserap untuk bekerja secara tetap dibawah organisasi Putra Private Medical Hospital. Untungkan?
"Kalau macam tu, biar aku call Feesa dulu. Kalau dia free, nanti aku minta dia datang jemput kau dekat sini. Kalau dia tak free, kitorang hantar kau ke rumah dia dulu sebelum kitorang bertolak ke Bray, boleh Kanda?" Bella menggemukakan cadangan lagi. Aku setuju saja. Kalau Feesa setuju, lagi mudah kerja aku.
"Elok juga tu dinda. Dinda cuba dulu call Feesa."
"Okay Kanda."
Selepas 5 tahun dr kisah hitam itu. Kali ini juga sama sprti AJIB 1.0. Jadi sama2 lah kita jadi Mimo yg kehilangan apa yg dia ada sebelum ini. Tq to all the readers. AJIB 2.0.
Share this novel