Bab 16 : AJIB 2

Romance Series 507856

Bab 16

~The happiest people don't have the bets of everything... they just make the best of everything they have.~

Encik Is bawa aku ke restoran hotel. Rupanya restoran di hotel ini beroperasi selama 24 jam cuma menu yang disajikan hanya beberapa pilihan sahaja yang ada bila menjelang tengah malam. Kelihatan masih ada beberapa grup manusia sedang menikmati hidangan mereka sambil berborak-borak. Huh, kalaulah aku tahu dari awal hotel ini ada perkhidmatan begini, tak adanya aku perlu menghendap macam mengintai anak teruna orang mandi dekat balkoni tadi. Sebal betul!

Memandangkan ketika ini jam sudah berdetik ke angka 1.30 minit pagi, aku memilih menu yang agak ringkas untuk mengalas perut sementara menanti hari cerah. Nanti bila sampai waktu sarapan, aku akan balun apa yang ada! Ala-ala misi membalas dendam gitu.

'Spaghetti garlic with olive oil'.

Lain yang diminta lain pula menu yang sampai dihadapanku. Aku angkat muka pandang lelaki yang duduk setentang denganku. Aku yakin ini pasti dia punya angkara. Entah bila pergi tukar menu aku pun, aku tak perasan. Encik Is selamba saja mengunyah chips potato yang dia bawa turun dari biliknya. Itu mesti Umai punya yang dia rembat. Dia hanya memesan hot chocolate, kena betul dengan ayat 'teman' aku makan tu.

"Please enjoy your meal, miss Malihah. Doa first and eat. Saya tunggu awak habiskan makanan awak, baru saya naik ke bilik." Dia menutur tanpa sempat aku bertanya perihal pertukaran menu itu. Dia lantas tunduk menatap tabletnya.

Aku yang malas nak bertekak dengannya depan rezeki, terus cucuk garpu ke spegeti yang tengah berwap halus itu lalu memintalnya sebelum masuk ke mulutku. Terpejam mataku, merasa nikmatnya spegeti yang dimasak dengan secukup rasa itu. Ada lemaknya, ada manis dan masinnya. Ditaburkan pula dengan sedikit daun oregano kering diatasnya, uihh memang Italian betullah citarasanya. Kena betul dengan lidahku yang ala-ala selera minah saleh sejak bertahun aku di Ireland. Tapi yang sebetulnya, aku memang tengah lapar sangat ni, jadi semua makanan terasa kena dengan tekak aku!

Hampir suku lagi berbaki makanan dalam pingganku, tiba-tiba aku teringatkan kejadian siang tadi di The Sheep Sanctuary. Tergerak hatiku untuk bertanyakan beberapa soalan kepada Encik Is dan aku sangat berharap yang dia sudi menjawab soalanku tanpa beralih lagi. Entahlah jauh disudut hati, aku dapat merasakan yang aku dengan dia memang ada 'sesuatu' yang aku tak pasti apa. Jadi aku perlukan jawapan itu supaya hatiku tenang untuk meneruskan langkahku selepas ini. Aku tak nak pertemuan antara aku dengan dia yang dirasakan 'kebetulan' ini boleh mengugat ketenanganku yang sedia ada. Andai kata dia menolak untuk berterus terang, fahamlah aku yang dia memang sengaja mencipta jurang yang sedia ada.

"Boleh saya tanya encik soalan?"

Dia yang sedang mengunyah chips potato angkat wajah dari terus merenung skrin tabletnya. Entah apa yang ditenungnya di skrin itu, aku tak tahu.

"Tanya apa?" tanyanya lalu tunduk semula. Jari telunjuk kirinya yang menyentuh skrin tablet bergerak-gerak.

"Saya nak tanya, kita dah kenal ke sebelum ni?" Soalan pertama dilontarkan membuatkan jari yang tadinya lincah bergerak, kaku di skrin. Lambat-lambat dia memanggung wajahnya bersama dahi yang berkerut.

"Hah?"

"Saya nak tahu. Kita dah kenal ke sebelum ni?" ulangku.

Dia meletakkan tabletnya ke meja dan menarik muk coklat panasnya, menghirup dulu.

"Kenapa awak boleh tanya saya macam tu? Kita nampak macam dah kenal ke sebelum ni?" Dia mengulang semula soalan itu kepadaku tapi versi yang panjang sedikit dariku.

Giliran aku pula tergemap. Dia menanti balasanku dengan merebahkan belakang tubuhnya ke kerusi, tangan kekarnya memeluk tubuh. Matanya merenungku.

"Kita nampak macam dah kenal ke pada awak, Miss Malihah?" Lagi dia ulang soalan itu. Sudah jadi terbalik pula. Tadi aku yang soal dia, tapi sekarang dia pula yang menyoal aku. Dia tegakkan semula duduknya.

"Okay look, saya cuma nak tahu... kenapa awak boleh tanya saya soalan tu? Bukan sekali dua awak tanya tapi dah banyak kali, is there something that makes you think we know each other?" ulangnya sekali lagi tapi berbaur sedikit provokasi.

Aku kemam bibir, cari point untuk menjawab balik. Dalam keadaan teragak-agak untuk menjawab, aku mencuba juga. Lantaklah kalau dia rasa jawapanku kedengaran agak mengarut tapi pada aku itu point yang paling utama dan terpenting.

"Sebelum saya jawab soalan awak tu, saya nak bagitahu awak serba sedikit tentang saya dan kenapa saya tanya awak macam tu. Mungkin bagi awak cerita saya agak cliche but I don't care. The truth is, I had an accident 5 years ago and I lost my memory after the incident."Aku selak sedikit ceritaku kepada orang yang boleh dikatakan asing pada aku tapi entah kenapa aku rasa dia boleh dipercayai. Aku rasa selamat dengannya. Kalau tak selamat, tak adanya aku berani buat kerja gila mengikut orang yang baru kenal keluar pada jam 1 pagi ni!

Sinar matanya berubah sayu setelah aku membuka ceritaku.

"I'm sorry..." Dia berdesis perlahan.

Aku cuma senyum nipis. Aku sudah biasa dengar ayat itu selepas mereka tahu keadaanku.

"Sort of the story, selepas 5 tahun saya di Ireland. Saya balik dan saya cuba cari balik memori saya. I don't know why but I felt like something was wrong with my life after the accident."

Lagi sekali air mukanya berubah. Dia nampak tergamam.

"Sebab itulah saya terkejut bila Umai panggil saya mummy masa pertama kali dia nampak saya tanpa mask. Walaupun awak dan saya cuba nafikan tapi dia tetap dengan pendiriannya memanggil saya mummy. Saya fikir mungkin Umai tahu sesuatu yang saya tak tahu. Siang tadi, kami berborak panjang. Dia bagitahu saya kenapa dia yakin yang saya adalah mummynya. Dan dia juga ada tunjukkan saya gambar mamanya. Mamanya, Syarifah Amanda Humaira. And I don't know how to say, but I'm sure that name has something with my past." Ceritaku sedikit panjang.

Encik Is masih lagi diam. Terbungkam dia ditempatnya. Gasture tubuhnya yang ini lagi yang aku nampak bila aku sentuh isu siapa aku dengan dia.

"And one more thing, Umai told me... you call her mummy, 'Mimo Sunshine'. Nama yang sama terlintas dalam bayangan saya dua minggu sebelum kita berjumpa dan awak juga ada menyebutnya masa kita on the way ke sini. So, tell me... do we know each other?"tebakku sambil tantang anak matanya.

Dia diam, tidak berkutik sedikit pun. Aku mengambil kesempatan itu untuk menyambung lagi.

"Lepas saya dengar cerita dari Umai siang tadi, saya bermimpi. Saya bermimpi awak dengan saya ada di tepi pantai dan...." Aku pejam mata, kemam bibir. Tiba-tiba terasa malu untuk teruskan penceritaan tentang mimpiku. Aku takut disalahertikan oleh dia.

"Dan?" Terdengar dia bertanya, lembut. Rupanya dia menanti aku menyambung.

Aku membuka kelopak mataku dan kami saling berpandangan lagi. Anak matanya redup menyentuh anak mataku. Dadaku berdebar, jantung berkompang rancak.

"You told me that you're my husband and I'm your wife. You asked me to give you a second chance to fix our marriage. And i agree with you." Sambungku dengan mata kami saling bertaut.

Bibirnya bergerak perlahan membentuk satu lengkungan kecil. Dia nampak macam kelegaan tapi... entah aku tak tahu apa makna disebalik senyuman kecil itu.

"Jebat Iskandar... Itu nama awak kan?"

Lambat-lambat dia menjatuhkan kepalanya.

"Siapa awak pada saya, Jebat Iskandar?" tanyaku dengan sedikit mendesak. Aku tak sabar mahu tahu siapa dia kepada aku dan kenapa aku rasa macam 'selamat' setiap kali dengannya? Rasa ini tidak sama seperti dengan lelaki lain yang aku perlu berhati-hati. Hati aku yakin, pasti ada sesuatu!

Dia segera putuskan tautan mata kami. Jarinya mengetuk-ketuk permukaan meja. Jelas menunjukkan yang dia agak berhati-hati untuk memberikan aku sebarang jawapan.

"Awak yakin saya akan jujur dengan awak? Yakin saya akan bagi awak jawapan tu?" Dia mendugaku dengan cara lain pula.

Aku angkat kedua belah bahuku. Dia provok aku? Aku pun boleh provok dia.

"Semuanya bergantung pada awak. Kalau awak jujur dengan saya, saya terima jawapan awak walau apa pun jawapan tu. Tapi kalau sekali awak tipu saya dan saya dapat tahu awak menipu, percayalah cakap saya yang awak tak akan dapat lagi kepercayaan yang sama daripada saya selepas ni. So, make sure you think deeply before giving me the best answer." Apa yang aku perasan, halkumnya bergerak. Bagus, itu tandanya dia terkesan dengan ugutanku halusku. Aku senyum senget, puas hati dapat kenakan dia.

"Kalau awak rasa awak tak boleh nak bagi jawapan tu sekarang, it's okay. Just take your time." Tambahku lagi.

Dia diam, aku juga diam. Makanan dalam pingganku sudah pun licin dan air minumannya juga sudah habis diteguk, tibalah masa untuk kami balik ke bilik. Lagipun jam sudah menunjukkan angka 2.15 minit pagi.

'Pagi-pagi macam ni aku dah makan spegeti, nanti balik KL kena workout lebih sikit. Kasi lebur segala lemak tepu, nanti baju-baju yang ada tak muat nak pakai,' omelku dalam hati sambil mengesat mulutku dengan napkin.

"Shall we?" Aku bangkit dari kerusiku diikuti dengannya. Kami berjalan beriringan menuju ke lif dan ada seseorang turut berdiri disitu, juga menanti lif.

"What would you do if we met again under different circumstances?" Tiba-tiba aku bertanya. Teringin pulak aku nak tahu apa pendapatnya.

"Emm... mungkin, kalau kita jumpa lagi saya akan jawab semua soalan awak."

Aku angguk berulang kali. Agak berpuas hati walaupun aku sebenarnya mahu dengar yang lain dari itu!

"Saya akan tuntut." Itu jawapanku.

Ketika itu kami sudah tiba di hadapan lif dan secara kebetulannya pintu lif terbuka. Lelaki yang menanti disitu melangkah masuk dan menahan pintu lif untuk memberi peluang kepada aku dengan Encik Is. Cepat-cepat aku melangkah masuk. Pandang kepada orang yang menahan lif, sempat aku ucapkan terima kasih.

"Eh, bukan ke awak Cik Mawar Putih dekat Kea Farm tadi?" Lelaki yang menahan lif, menegurku. Ketika itu kami saling berpandangan menerusi dinding lif yang berkaca.

"Eh?" Aku pula kaget. Bila masa pula aku tiba-tiba jadi Cik Mawar Putih ni?

Lihat muka terpinga-pinga aku, lelaki itu tersenyum lucu. Dia menoleh ke sisi.

"Dah tak ingat saya ke? Pagi tadi kita ada jumpa dekat pasar Kea Farm tu." Dia cuba mengingatkan aku.

Aku blur, otak tengah loading. Encik Is pandang aku dengan lelaki itu bergilir-gilir.

"Sorry ganggu awak, Cik Mawar Putih. Saya, Eshan. Lelaki yang bagi awak white rose pagi tadi."

Mataku terbuntang.

'Ya, baru ingat dia!'

"Tuan Han. Maaf saya blur tadi. Tuan Han buat apa dekat sini?" soalku pula. Segan bila aku tak ingat kepada lelaki yang sudi menyamar jadi tunangan jadianku di pasar tadi. Tapi pelik juga, macam mana boleh terserempak dengan dia dekat hotel ni? Dia menginap di sini juga ke?

"Oh, saya temankan isteri saya. Dia ada program bawa anak-anak tadika buat lawatan sambil belajar dekat sini. So, awak pun join lawatan tu ke?" tanyanya, ramah.

Encik Is cuma diam sambil memerhatikan aku dengan Tuan Eshan Maisur bersoal jawab.

"Ha'a..." Aku membalas.

Tuan Eshan melirikkan matanya kepada Encik Is.

"So, this is your husband?"

Ternganga aku. Suami? Langsung aku teringat tentang mimpiku dan topik yang kami bincangkan tadi.

"Erkkk dia...," Tak sempat aku hendak membagitahu, Encik Is laju memintas.

"Saya Jebat Iskandar, suami Malihah." Dia hulurkan tangannya kepada Tuan Eshan dan Tuan Eshan membalasnya.

"Alhamdulillah. Lega saya bila tahu awak datang sini dengan suami awak. Macam yang saya bagitahu awak di pasar tadi, dekat sini bahaya. Dan sekali lagi pesanan saya, tolong jangan biarkan your wife ni jalan seorang-seorang lagi lepas ni. I tak tenang tengok lelaki tu tenung your wife siang tadi sebab tu I terpaksa berlakon jadi tunang dia. Sorry ya, Cik Mawar Putih."

Aku senyum sumbang, tapi Encik Is disebelah tiba-tiba berubah tegang.

"Lelaki tu? Lelaki mana yang tenung wife I?" Serius bunyi suaranya bertanya.

"Emm.. I tak tahu dia siapa but he's look weird. I cuma tahu nama dia Wan. Tapi dari cara dia tenung your wife, tu I tahu dia memang dah aim your wife. Sebenarnya i dah lama perhatikan dia dari sebelum dia pergi tegur your wife lagi. Itu yang I tak sedap hati, I tak tunggu lama. I terus pergi dekat your wife dan menyamar jadi tunang dia. I tak tahu apa yang dia nak dari wife you but korang perlu berhati-hati. Berjaga-jaga dari orang yang you tak kenal."

Tersentak terus aku jadinya. Lembik lutut.

"He's bad news."

Jumpa Eshan sekejap. Hihi Tq to all the readers. AJIB 2

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience