Bab 12 : AJIB 2.0

Romance Series 515828

Bab 12

~We don't meet people by accident. They are meant to cross our path with reason.~

"Mimo Sunshine. You're mine."

Aku tersentak. Mulutku disebalik pelitup mulut melongo. Mukaku yang meruap merah tadinya tiba-tiba berubah kejung. Rama-rama yang berterbangan dalam perutku juga sudah bertempiaran melarikan diri. Hancur segala bayangan yang tadinya indah-indah belaka dek kerana terkejut dengan penyataan itu. Ayatnya! Ayat yang sama terlintas di kepalaku tadi cuma ada sedikit lain tapi tetap membawa maksud yang sama!

"A... apa?"

Dia senyum lagi, tapi tidak setulus tadi. Mata yang bersinar itu juga semakin berkaca bening, menanti untuk menjatuhkan sesuatu.

"Yes, you're. You are my Mimo Sunshine." Dia mengesahkan itu dengan suara yang bergetar hebat dan detik itu juga setitis air mata lelakinya menitik.

Aku langsung tergamam di tempatku! Dia segera memalingkan wajahnya ke arah lain tapi sempat lihat dia mengesat pelupuk matanya sebelum dia berdecit halus dan tangannya dikepal erat sebelum dibawa ke bibir.

"A... apa maksud encik tadi?" ajuku lalu memandangnya, pinta penjelasan disebalik ayat-ayat yang begitu misteri bagi ku.

Dia tidak lagi berpaling kepadaku. Hanya merebahkan kepalanya di headrest sambil memejam mata. Kedua tangannya juga direhatkan di armrest. Dadanya nampak sedikit berombak. Rahangnya juga bergerak-gerak. Nampaknya dia sedang mengawal perasaannya dari meledak keluar. Aku tahu apa makna gesture itu. Gesture badan sebegitu adalah normal bila ada sesuatu yang sedang bergolak di dalam hati!

'Kenapa? Kenapa dan kenapa dengan dia?' Soalan itu kembali berulang. Soalan yang tak mampu aku berhenti untuk terus bertanya dan bertanya biarpun soalan itu hanya berlegar dalam kepalaku sahaja.

Lama dia diam. Itu tandanya dia malas menghiraukan pertanyaanku lalu aku mengendurkan diri dengan memalingkan sedikit wajahku tingkap. Dah macam ala-ala merajuk pun iya juga. Sejujurnya aku rasa sedih bila dia tidak mempedulikan aku. Aku tiba-tiba rasa cengeng.

'Dah kenapa dengan aku ni?!' bentakku memarahkan diri sendiri yang tiba-tiba berubah jadi cengeng sedangkan aku dengan dia bukannya sesiapa! Malas mahu layan perasaanku yang tidak menentu ini aku merenung ke luar tingkap memerhati persekitaran yang bandar yang kami susuri kelihatan sedikit sibuk, mungkin sebab hari ini sudah tiba hujung minggu. Kami sudah berada di tanah tinggi Cameron Highlands cuma belum tiba di tempat yang dituju.

Ralit melayan perasaan tiba-tiba terdengar orang sebelah berdeham. Aku berpaling, dia sedang menanti untuk menyambut panahanku. Sinaran matanya yang tadi kelihatan begitu redup menjamah mesra mataku kini sudah hilang. Hilang digantikan dengan tatapan dingin. Beku. Tajam.

"Sorry... I'm just too emotional. Let's forget it." Dia menutur bagaikan tiada salahnya dengan apa yang dia katakan sebelum ini.

Aku terkedu dengan balasannya dinginnya.

'Just... just forget it? Semudah itu? Apa... apa maksud dia, hah? Forget it? Apa yang nak di'forget'nya tu'' Soalan demi soalan berdengung dibenakku. Sungguh aku tak faham, apa motifnya itu.

"Why?" Hanya itu yang keluar dari bibirku biarpun banyak lagi pilihan soalan lain yang boleh aku ajukan.

"It just reminds me of my past memories. But it's okay, just forget it."

"But I wonder why..." Lagi aku mendesak dia. Teringin untuk tahu makin mencanak naik hanya kerana 'kenapa dia mahu aku lupakan apa yang dia katakan sebelum ini'?

Hujung sebelah bibirnya ternaik.

"Did you forget something, Miss Malihah? I'm someone's husband. And Umai's father."

Aku tersentak. Jawapan itu terus menikam jantungku. Tercenggang sedetik dua baru aku menyedari satu hakikat. Hakikat yang,

'Ya Allah, dia suami orang! Apa aku dah buat ni? Aku suka suami orang? Ya Allah, ampunkan aku sebab aku salah tersuka suami orang! Malunya aku, Ya Allah!'

Dia masih merenungku sebelum berpaling kepada Umai yang sedang memanggilnya.

"Tap... tapi..."

Tak habis aku nak sudahkan pertanyaanku, bunyi kelindan bas membuat satu pengumuman. Bas yang kami naiki sudah tiba di destinasi yang dituju iaitu di pekarangan Hotel Blue Roses Cameron Highlands. Hotel yang menjadi tempat untuk kami menginap di sepanjang 3 hari 2 malam di tanah tinggi ini. Penumpang yang sudah tersedar dari tidur, mula riuh. Ada yang terjerit-jerit mengejutkan yang masih lena diulit mimpi. Ada juga yang mula mengemas beg dan tempat duduk masing-masing. Ada yang berdiri melakukan sedikit regangan pada otot sementara menanti pintu bas dibuka.

Aku pula masih membisu ditempat ku. Aku masih memikirkan apa yang diberitahu oleh Encik Is tadi. Aku tak faham apa yang dimaksudkan olehnya. Mula-mulanya berkenaan dengan nama 'Mimo Sunshine' dan yang keduanya mengenai 'just forget it'. Lagi aku tak faham, kenapa dia tiba-tiba mengelak dari soalanku sedangkan aku yakin dia turut merasai apa yang aku rasa. Argh, aku makin pelik lagi hairan, berganda-ganda. Kenapa aku rasa macam ada 'something' saja antara aku dengan dia? Ke aku saja berfikiran yang bukan-bukan?

* * *

Hotel Blue Roses Cameron Highlands, Brinchang. Inilah tempat yang menjadi tempat penginapan kami. Menurut kata Google, hotel mewah 10 tingkat ini milik seratus peratus hak milik bumiputera. Dan yang paling istimewanya, pemilik hotel ini jugalah yang menaja penginapan rombongan lawatan sambil belajar dari Budi Maryam Kindergarten. Untung ke tak untung tu?

Seperti namanya Hotel Blue Roses, pekarangan hotel itu dipenuhi dengan deretan pokok bunga ros berwarna biru disekitar laman yang luas lagi mewah itu. Interior design hotel ini juga sama, banyak menggunakan dekorasi berwarna biru dan putih yang digabungkan dengan tema bunga ros biru. Aku yakin pasti pemiliknya sangat sukakan bunga ros biru atau mungkin juga bunga ros biru itu memberinya sentimental value kepadanya.

Aku tarik bagasi dan tangan Kasih Hanim menuju ke lif selepas mendapatkan access card. Ada perasan, ada sepasang mata mencuri pandang kami berdua tapi aku buat-buat tak tahu saja. Buat-buat tak kenal dengan pemilik mata itu. Pemilik mata tajam itu telah membuatkan hatiku tercalar dan terguris halus. Sudahnya aku merajuk sendiri. Merajuk-merajuk aku pun bukannya aku minta dia pujuk, aku cuma perlu memujuk diri sendiri dan cuba mengawal perasaan ini dari terus bercambah dan menumbuh mekar. Rasa yang teruja di dalam bas tadi perlu segera aku matikan!

'Dia laki orang! Dia suami orang! Dia hak orang!' Itu yang aku ulang-ulang dalam kepalaku biar otakku sedar diri sikit!

'Jangan nak suka lelaki yang bukan-bukan. Baru kenal tak sampai sekerat hari, dah ada hati nak suka-suka bagai. Kau jangan nak jadi desperate sangatlah, Malihah!' Lagi aku membebel dalam hati sambil tarik tangan Kasih Hanim.

Aku sebenarnya sudah tak sabar mahu berjumpa dengan benda yang bernama katil dan bantal. Aku mahu rebahkan belakangku yang terasa lenguh. Aku juga sudah tidak sabar lagi mahu membersihkan diri, melekit-lekit dah badanku. Belengas!

Aku dan Kasih akan berkongsi bilik dengan Puan Habsah dan anaknya, Tiara Shuhada. Mereka berdua juga membuntuti aku masuk ke dalam perut lif. Kasih yang memuncungkan bibirnya mengikut saja ke mana aku mengheretnya sebagai tanda protes dengan aku. Dia sebenarnya mahu berkongsi bilik dengan Umai tapi aku tak setuju. Bila aku menjelaskan kenapa dia tak boleh berkongsi bilik dengan Umai, dia merajuk. Nasib baik dia tak sempat nak buat gaya hentak kaki bertubi-tubi di tengah lobi tu selepas aku jegilkan mata. Kalau tak makan juga dengan jegilan ku, aku kena bagi sepit ketamlah jawabnya nanti. Sudahnya, kemain panjang lagi muncung anak dara Angah tu.

'Nak kongsi bilik dengan Umai? Pastu Encik Is tu nak campak dekat mana? Aku pula nak humban dekat mana? Tak cukup kena tukar tempat duduk dalam bas, nak kena tukar bilik pula ke nanti? Kasih ni pun satu, bukan main lagi dia berpaling tadah sejak jumpa Umai tu! Uff! Malas aku fikir apa-apa lagi pasal Encik Is tu. Memalukan sungguh! Kisah dalam bas tadi belum lagi hilang, jangan pandai-pandai lagi nak menambahkan rencah dan segala rempah ratus dalam kisah memalukan itu!' Aku sambung membebel dalam hati.

* * *

Puan Habsah sedang sibuk menyakut bajunya dan baju Tiara ke dalam almari ketika aku keluar dari bilik air. Segar badanku dapat membersihkan diri. Kasih yang terlebih dahulu mandi dariku pula sedang mengenakan baju blouse bercorak flora bersama seluar jeans putih. Rambutnya yang panjang paras pinggang itu masih menggerbang tidak terurus, itu tandanya rambut itu belum dirapikan olehku lagi. Sebelum aku menyiapkan Kasih, aku menunaikan solat zohor secara jamak takdim dan Kasih menjadi makmumku.

Usai solat, aku mengenakan blouse berlengan panjang berwarna putih bersama skirt kembang berwarna kelabu. Selendang kelabu menjadi pilihanku untuk aku lilitkan menutup mahkotaku sebentar lagi tetapi sebelum itu aku perlu menguruskan dulu rambut anak saudaraku yang comel ini.

"Tadi awak bagitahu nama awak apa?" Puan Habsah menegurku. Dia yang masih bertekung melabuhkan duduknya di sebelah katilku sambal melipat sejadah.

Aku menoleh. Senyum.

"Nama saya Malihah, Kak Sah." Aku menjawab. Sebetulnya sesi perkenalan antara kami sudah berlangsung ketika kami di lobi tadi, mungkin dia yang terlupa nama aku.

"Ohh.. Malihah. Unik namanya." Dia senyum setelah itu sambil melipat telekung solatnya pula. Tiara mengambil tempat dihadapannya sesudah kembali dari bilik air selepas membersihkan diri.

"Tadi Malihah la yang duduk tepi Encik Is dalam bas, ya?"

Aku angguk saja. Tanganku masih ligat menyisir rambut hitam dan lebat Kasih Hanim. Kasih pula ralit bermain games di telefonnya. Kemain mewah lagi anak saudaraku ini, baru umur 6 tahun sudah ada telefon sendiri. Emm anak-anak zaman sekarang, apa nak heran.

"Kak Sah intai-intai juga Malihah dengan Encik Is tadi. Korang berdua duduk selang dua kerusi dari belakang akak." Kak Sah mula bercerita. Aku cuma pasang telinga.

"Serasi pula akak tengok kamu berdua tadi."

Zap! Gerak tanganku terhenti. Aku melirikkan mataku kepadanya. Dia tersenyum lebar.

"Akak sebenarnya dah lama kenal dengan Encik Is tu. Sejak dia balik dari London 2 tahun lepas dia menyewa di sebelah rumah akak. Kiranya satu taman perumahan jugalah dengan rumah Kasih ni." Sambungnya.

Aku terkedu dengan ceritanya mengenai Encik Is dan Umai. Otakku pantas mencerna maklumat.

'Umai tinggal di London sebelum ni? Patutlah budak tu speaking je memanjang. Slang melayu pun pelat. Dia duduk satu taman perumahan dengan Angah? Kenapa aku tak tahu? Argh buat apa aku sibuk nak tahu? Itu bukan urusan aku!' cemuhku dengan berdongkol rasa nak marah dengan Encik Is disebabkan peristiwa tadi. Tapi mulut aku ni macam gatal saja nak bertanya lebih-lebih pasal lelaki yang dah berani buat aku tanggung malu!

"Kak Sah dah kenal dia, lama?"

Lihat anggukan Kak Sah, mentol lampu 'buah fikiranku' menyala di atas kepalaku. Inilah masanya untuk aku mengorek sedikit maklumat tentang lelaki itu!

"Jadi Kak Sah kenal la dengan ibu Umai?" tanyaku agak berhati-hati. Cuba kawal suaraku agar kedengaran biasa-biasa saja walaupun ada rasa lain menyerbu masuk ke hatiku.

"Ibu Umai?" Kak Sah mengulang soalanku dengan kening berkerut. Kasih mendongak. Terlupa pula aku yang dia turut memasang telinganya mendengar perbualan kami.

"Mak usu tak tahu ke?" Kasih pula menyoalku.

Giliran aku pula berkerut dahi. Mataku tertumpu kepadanya. Apa yang aku kena tahu?

"Tahu apa?"

"Umai dah tak ada mama." Beritahu Kasih sambil menggeleng. Mukanya berubah sedih. Aku melopong.

"Umai tak ada mama?" Aku pandang Kasih dengan Kak Sah bergilir-gilir meminta pengesahan. Kak Sah angguk.

"Ha'a. Umai ada daddy je." Kasih menjawab. Aku pandang Kak Sah.

"Itu yang Kak Sah tahu dari Encik Is. Umai lahir pada hari yang sama dengan mamanya meninggal."

Allah! Sungguh aku tak tahu apa reaksi yang patut aku tunjukkan tapi aku sudah melekapkan tanganku di dada kiriku. Entah kenapa, aku terasa sakit dan pedih disitu selepas mendengarkan nasib malang anak kecil yang comel itu. Terbayang muka Umai yang comel di ruangan mataku.

Tok! tok!

Ketukan diluar kamar membuatkan aku tersentak dari teringatkan muka comel Umai. Aku dan Kasih saling berpandangan. Kak Sah pula entah bila hilang dari tempatnya, ke tandas mungkin. Tiara pula sedang bersiap.

"Kasih tolong bukakan pintu boleh?" Aku meminta pertolongan Kasih sementara aku bergerak ke tempat aku sangkut selendang kelabuku.

"Mak usu pergilah. Kasih nak makan ni." Kasih mengelak. Elok saja dia mengunyah biskut chipsmore depan TV.

Bunyi ketukan semakin rancak.

"Ala... Kasih pergilah sekejap. Nampak tak mak usu nak pakai tudung ni? Tak siap lagi. Kasih kan dah siap, tolonglah pergi buka pintu sekejap."

"Tak nak lah Kasih. Kalau orang jahat yang ketuk tu macam mana?"

"Pergilah sekejap. Kalau orang jahat nanti Kasih jerit la kuat-kuat. Nanti mak usu datang tolong Kasih."

"Tak nak. Lagipun pintu tu beratlah. Mana larat Kasih nak tarik." Dia berdalih lagi. Kunyahan biskut itu semakin menjadi-jadi.

Aku mendengus. Kecik besar, kecik besar je aku tengok budak ni! Geram betul aku dengan budak yang banyak keletah ni. Bunyi ketukan yang tak henti-henti itu juga menyakitkan telingaku. Selendang yang masih belum siap pakai serapinya aku sebar ke bahu kiri dan kananku lalu aku membuka langkah panjang ke arah pintu. Pintu bilik aku tarik dengan kasar kerana geram dengan ketukan yang bertalu-talu itu membingitkan telingaku.

"Ya?" Terus aku ajukan soalan kepada anak kecil yang sedang membelakangiku. Dia tengah bercakap dengan seseorang yang datang dari bilik sebelah.

Dia berpusing, terus talakan anak mata hitam pekatnya kepadaku. Semerta senyum lebarnya hilang dan digantikan dengan satu ngangaan luas. Matanya membulat, terkejut macam baru lepas disampuk hantu. Atau adakah aku yang sekarang ini menyerupai jelmaan itu? Nauzubillah!

"Mum... mmy?"

Sekonyong-konyong itu aku kekagetan!

Alhamdulillah siap juga. Syukur Alhamdulillah. Nanti sy update lagi ya. Doakan sy smga sy dpt menulisnya dgn baik. Tq to all the readers. AJIB 2.0.

Share this novel

Wan Hamilah
2023-06-27 16:00:10 

cerita penuh tanda tanya...apa kejadian yg menimpa malihah dan jebat menyebabkn mereka terpisah,malihah hilang ingatan,kemana menghilangnya shiraj...


NovelPlus Premium

The best ads free experience