Bab 14
~Ketika kamu ikhlas menerima semua kekecewaan hidup, maka Allah akan membayar tuntas kekecewaanmu dengan beribu-ribu kebaikan. Berlajarlah untuk mengerti bahawa segala sesuatu yang baik untukmu tidak akan Allah izinkan pergi kecuali akan digantikan yang lebih baik lagi.~ Ali bin Abi Talib.
Hari ke kedua, kami ke Kea Farm Market. Semalam kami ke Taman Lavender Cameron dan Taman Flora Cameron. Seronok pula aku tengok suasana di Kea Farm Market ini. Kea Farm Market antara pasar terbesar yang menjadi tempat tumpuan pelancong setiap kali datang ke Cameron Highlands. Tak sah kalau tak singgah! Dekat sini pasarnya dibuka di siang hari dan boleh dikatakan disinilah tempat yang terbaik untuk pelancong membeli sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan. Semuanya segar dari ladang, bak kata orang.
Bukan itu saja, ada juga snek ringan yang dijual seperti jangung rebus, kekacang, ubi rebus, makanan goreng-gorengan juga ada. Aiskrim buatan sendiri pun boleh jumpa dekat sini. Kalau ada yang mencari cenderahati, disini berlambak yang menjualnya. Cantik-cantik pula tu. Rambang mata aku nak pilih!
Kasih Hanim tak ada dengan aku. Anak saudara aku tu semakin melupakan aku nampak gayanya. Dia lebih selesa mengekor Encik Is dan Umai daripada aku. Emm... nampak sangat yang diorang tu memang sudah kenal rapat sebelum ni. Encik Is juga tidak keberatan untuk melayan kerenah Kasih. Dah alang-alang Kasih tak nak mengikut aku, aku izinkan Encik Is yang menjaganya ketika kami berada di Kea Farm Market ini. Lagipun inilah masanya untuk aku cuci mata dan boleh berjalan dengan tenang.
Kakiku singgah di gerai bernombor 19. Ada susunan bunga-bungaan segar dari pelbagai jenis spesis dan warna di bahagian hadapan kedai itu membuatkan aku tertarik untuk menapak ke situ. Bersinar mataku bila melihat bunga-bunga itu. Tiba-tiba terbayang Ireland. Aku rindukan kenangan ketika di Ireland.
Bibirku senyum segaris disebalik pelitup muka. Mataku melekat pada bunga-bungaan yang ada di depanku. Segar biji mataku. Ada mawar, lily, daisi dan bermacam-macam lagi spesis yang aku tidak kenal. Tapi kesemuanya berwarna-warni.
'Aku tertarik dengan yang itu tapi yang ini lagi menarik. Tapi... itu juga mengoda. Arghhh semuanya menarik perhatianku! Aku sedang digoda dan tergoda dengan bunga-bunga ini!' Aku sentuh kelopak bunga ros putih. Tiba-tiba teringat kepada sekuntum ros putih yang ada di perkuburan ahli keluargaku tempoh hari.
'Siapa yang letak bunga ros putih itu ya? Kata Pak cik Kassim orang yang meletakkan bunga itu, lelaki. Siapa orangnya? Hish, misteri sungguhlah.'
"Kenapa tak beli?" tegur seseorang di belakangku.
Aku menoleh sekilas.
Lelaki, tinggi lebih kurang Encik Is. Berpelitup muka berwarna hitam. Matanya sedikit sepet dan lama-kelamaan mata itu nampak semakin sepet, mungkin dia sedang tersenyum disebalik pelitup mukanya. Bertopi coklat muda, jadi aku tidak nampak bahagian rambutnya macam mana. Jaket hitam dibiarkan terbuka tidak berzip dan t-shirt merah di dalamnya. Berseluar jeans hitam. Kedua tangannya tersemat elok di dalam poket jaket hitamnya. Matanya menyapaku mesra.
"Kenapa cik tak beli bunga tu?" tanyanya sekali lagi sambil kepalanya bergerak ke sisi sedikit, ke arah bunga yang ada dihadapan kami.
Aku berpaling semula kepada bunga-bungaan segar dihadapanku. Tak sempat aku hendak membalas, dia berkata lagi.
"Ambillah yang mana cik suka, saya belanja." Dia menawarkan kepadaku pula.
Aku berkerut. Lantas berpaling semula kepadanya. Something fishy here! Itu yang terdetik di hatiku.
"Kenapa?" ajunya, bila perasaan mukaku sedikit berkerut memandangnya.
"Kenapa nak belanja saya? Kita kenal ke?" Terus aku tembak dia dengan soalan yang agak pedas. Sungguh aku rasa tak selesa dengan keramahannya yang sangat tiba-tiba itu.
Dia menggosok belakang leher.
"Emm... kita memang tak kenal tapi bila saya tengok awak macam berminat dengan bunga tu tapi tak beli, so why not... saya belanja awak bunga tu." Dia menjawab. Matanya tunak memandangku.
"Oh..." Hanya itu yang aku mampu balas. Aku tersilap sangka rupanya. Aku ingatkan dia cuba nak buat yang bukan-bukan dengan aku.
"So... macam mana? Sudi tak cik terima tawaran saya?" Lagi dia menawarkan aku.
Aku diterpa rasa serba salah. Di antara rasa tidak selesa untuk terima dan rasa bersalah sebab sudah fikirkan yang buruk tentangnya. Akhirnya aku putuskan untuk menolak tawarannya dengan baik. Lagipun kami bukannya saling mengenali, tiada alasan untuk aku terima tawarannya.
"Saya minta maaf. Saya tak boleh terima. Saya harap encik faham."
Dia angguk berulang kali. Nampak mata yang bersinar tadinya bertukar sedikit mendung.
"Erkk... saya minta maaf encik..." Aku tiba-tiba rasa bersalah sebab mempertikaikan niat seseorang yang mungkin ikhlas mahu membelanjakan aku.
Dia tersenyum lagi. Telapak tangannya diletakkan di dada kirinya, dia menunduk sedikit bagaikan menghormati penolakkanku.
"No-no... it's okay. Saya faham, jangan risau. Maybe cara saya yang membuatkan saudari rasa tak selesa untuk terima walaupun niat saya ikhlas. Tapi tak apa, saya faham. Saya minta maaf dah terambil masa saudari."
Tak jadi aku nak membalas kata-katanya, bila tiba-tiba ada susuk lain muncul disebelahku sambil menghulurkan aku sejambak bunga ros biru. Laju kepalaku tertoleh ke sebelah. Lelaki berjaket hitam itu juga turut sama menoleh.
"Tadi you cakap, you nak bunga ros biru kan? See, I dah jumpa. Sorry tau, I ambil masa lama sikit nak cari bunga ni. Bunga rare susah nak jumpa dekat sini," ujarnya sambil mengenyitkan matanya. Senyum manis turut bergayut dibibirnya.
Reaksi pertamaku, haruslah aku terlopong. Mataku pula tidak berkelip.
'Alien mana pula ni tiba-tiba muncul. Siap bagi aku bunga bagai ni. Dia tersilap orang kea pa ni? Manalah tahu kalau-kalau dia ingat aku ni girlfriend dia ke apa, kan?'
"Sayang, sampai hati you tak ambil bunga I ni... I ikhlas carikan bunga ni untuk you tau..." Si dia mencebik bibir, berura-ura nak merajuk.
Aku masih tidak beraksi, sudahnya dia menjegilkan matanya sedikit, isyarat untukku mengambil bunga ros biru itu tanpa banyak soal. Nak tak nak aku ambil jua bunga itu dari tangannya. Berkerut lagi mukaku.
'Apa kena dengan aku hari ni? Kenapa tiba-tiba aku boleh ada dalam situasi pelik macam ni? Siapa diorang berdua ni?'
"Ha... macam tulah. You jangan nak segan-segan dengan I tau, sayang? I tahu you suka bunga ros biru ni, sebab tu I sanggup cari. I'm sorry, okay?" ujarnya lagi.
Aku ternganga. Aku blur.
'Serius. Aku. Tak. Faham. Tak faham sepatah haram pun apa yang lelaki ni cakap. Dia siapa dan kenapa dengan dia, semuanya aku tak faham. Tiba-tiba saja muncul dan panggil aku sayang, dia ingat aku tak nak pengsan?'
Tapi nak tak nak,aku angguk juga walaupun rasa macam aku bodoh saja sekarang ni. Seketika dia mengalihkan tumpuannya kepada lelaki disebelahku.
"By the way, who are you? Kawan you ke sayang?" Lelaki yang memberikan aku bunga ros biru itu bertanyakan kepada lelaki berjaket hitam. Hujung soalan itu dia berpaling kepadaku menagih jawapan.
Aku tak tahu nak jawab apa sebab aku pun tak tahu siapa dia. Nak kata kawan, bukan kawan. Nak kata strangers? Entahlah. Nampak muka macam baik-baik. Tapi dalam diam aku juga mahu tahu si lelaki berjaket ini siapa. Keduanya asing pada aku tapi yang bagi aku bunga, aku rasa lebih 'okay' sikit kalau nak dibandingkan dengan lelaki berjaket itu. Renungan matanya sedikit sebanyak menyeramkan aku.
"Oh... maaf saya ganggu korang berdua. Saya Wan."
Keduanya berjabat tangan. Lelaki yang bagikan aku bunga itu merenung si lelaki yang dikenali sebagai Wan. Agak lama sebelum dia juga memperkenalkan diri.
"I'm Eshan. Tengku Eshan Maisur. And this one, my lovely fience. Sayang, you tak bagitahu I pun you terjumpa kawan you dekat sini. Kawan sekerja you?"
Tergemap aku.
'Fience? Dah kenapa tiba-tiba boleh jadi fience pula ni? Bila masanya pula aku bertunang dengan dia ni? Aduhh cerita apa aku tengah berlakon ni?'
Lihat aku tercenggang begitu, lelaki yang baru aku kenali namanya itu tersenyum lucu dan sekali lagi dia mengenyitkan matanya kepadaku. Aku melopong sekejap dan barulah aku mula faham dengan rentaknya. Bila aku angguk kecil, dia senyum lagi.
"Eh tak. Bukan kawan sekerja I, you. Kami baru sahaja kenal. Tadi I saja jalan-jalan dekat sini, sambil-sambil tunggu you carikan bunga untuk i, dia datang tegur. Itu je. Kan, Wan?" Aku juga mencipta skrip biar nampak real lakonan kami.
Lelaki berjaket hitam itu merenungku lama sebelum mengangguk dan meminta diri. Sempat juga dia minta maaf sebab dah mengganggu ketenteramanku. Hilangnya saja kelibat Wan dari pandanganku, sedetik itu juga jambangan bunga ros biru ditanganku diambil seseorang. Aku langsung berpaling kepada orang disebelahku.
"Sorry, that's mine." Dia tersengih-sengih.
Aku ternganga. Mataku jatuh kepada jambangan bunga cantik itu sebelum naik memandangnya. Kami saling berpandangan seketika sebelum mukanya bertukar serius.
"Are you here alone?"
Aku angguk.
"You shouldn't be walking alone like this. Tempat ini bahaya. And you should be more careful with that guy. He is dangerous and I know something fishy with him." Tengku Eshan Maisur memberiku amaran. Mencanak naik buku romaku, nampaknya firasatku yang pertama mengenai lelaki berjaket itu bukan mainan perasaan saja.
"Tuan Han, ini bunganya." Pemilik gerai mencelah antara aku dengan Tengku Eshan Maisur. Jambangan bunga ros putih yang siap dibalut dengan kertas dihulurkan kepada Eshan.
Eshan menyambut dan menghulurkannya kepadaku.
"Dan ini saya bagi awak."
Aku sambut jua walaupun teragak-agak. Aku menanti penjelasan darinya tapi dia cuma tunduk pandang jam tangannya.
"Saya rasa, saya kena gerak dulu. Wife saya tengah tunggu. Emm... tapi ada satu yang saya nak ingatkan awak. Awak perlu lebih hati-hati dengan sesiapa saja yang awak baru jumpa. Mungkin kita baru kenal, tapi saya tahu awak masih lagi keliru dengan siapa yang awak jumpa," ujarnya sebelum berlalu pergi meninggalkan aku yang terkebil-kebil seorang diri di situ.
"Mak usu beli bunga?" Kasih entah dari mana muncul menyoalku.
Aku menoleh ke belakang. Kasih, Umai dan Encik Is sedang memandangku. Aku angguk. Tangan Kasih aku capai.
"Kasih beli apa tadi?"
Kasih angkat tangan kanannya. Aiskrim strawberi. Seronoklah Kasih dimanjakan oleh Daddy Is itu. Aku yang perasan Kasih dan Umai memanggil Encik Is tu 'Daddy Is', tergerak hati untuk bertanya kenapa panggil 'Daddy Is', Kasih menjawab sebab Umai ada dua ayah. Satu Daddy Is dan satu lagi Papa Is. Haaa tak ke aku ni makin keliru?
Itu belum cerita lagi pasal Dr. Dzharif tu. Entah lepas dia tamatkan panggilan kami semalam,dia terus hilang dari radar. Ishh kenapa manusia yang pelik-pelik je yang aku jumpa ni?
* * *
Destinasi seterusnya kami ke The Sheep Sanctuary yang terletak di Brinchang, agak dekat juga dengan Kea Farm Market. Kiranya sehala saja untuk balik ke Hotel Blue Roses. Malam nanti aktiviti bebas, semalam kami sudah ke pasar malam golden hill yang terletak tidak jauh dari hotel kami. Sebenarnya elok juga ada aktiviti bebas macam tu, memandangkan aku tidak punya rencana lain jadi bolehlah aku berehat di dalam bilik sepuas hati. Sudah dua hari tidurku terganggu gara-gara bertukar tempat tidur. Alang-alang malam ni aktiviti bebas, aku boleh tidur awal untuk qada balik masa tidurku yang sebelum ini. Itulah rancanganku untuk malam ini dan aku berharap ianya berhasil.
Bas berhenti di kawasan parking yang dikhaskan untuk kenderaan panjang dan lebar. Selepas diberikan sedikit penerangan dari tourist guide, kami berkumpul di hadapan kaunter The Sheep Sanctuary. Masing-masing menanti guru yang bertugas mendapatkan pass masuk dengan muka teruja dan tak sabar mahu melihat dan menyentuh kambing biri-biri jinak dari baka merino itu.
Kata tourist guide lagi, disini terdapat kira-kira 20 ekor kambing biri-biri yang diimport khas dari Australia. Nampkanya binatang yang comel ini sudah serasi dan sesuai dengan keadaan cuaca dan suhu di tanah tinggi ini. Kalau di Sabah ada lembu dari New Zealand, di sini pula ada kambing biri-biri Australia. Pendek kata kalau mahu rasa lembut dan gebu gebasnya bulu kambing Australia tu, kita dah tak perlu beli tiket flight mahal-mahal lagi, dekat sini kita pun dah boleh rasa semua tu.
Bukan setakat mempunyai bulu yang gebu dan lembut, biri-biri di sini juga jinak dan tahan lasak jadi pengungjung yang datang ke sini diberikan kebenaran dan kesempatan untuk menyentuh, mengusap serta memberi makan kepada haiwan istimewa ini. Yang pasti itulah aktiviti yang anak-anak tadika Budi Maryam Kindergarten nantikan.
Selepas mendapatkan tiket dan dibenarkan masuk ke The Sheep Sanctuary, guru bimbingan mula mengiringi anak-anak tadika masuk ke laman yang cantik dan luas itu mengikut giliran kumpulan masing-masing. Giliran kumpulan kami iaitu kumpulan bas nombor 3 yang terakhir. Kasih makin tidak sabar, melonjat-lonjat kegembiraan bila mendapat kebenaran dari cikgunya untuk mengambil barisan sebelum masuk ke The Sheep Sanctuary. Dia sungguh tidak sabar untuk berkenalan dengan haiwan gebu gebas itu.
Berbeza pula dengan aku. Kelat mukaku setiap kali memikirkan binatang itu. Aku langsung tidak teruja dengan aktiviti ini kerana aku alergik dengan bau hamis kambing. Bau hamis itu boleh membuatkan aku sakit kepala.
'Comel ke tak comel bintang tu kalau dah memudaratkan aku, aku sanggup undur diri. Haa gitu...' fikirku.
"Cepat-cepat mak su... Turn kita masuk." Tanganku ditarik-tarik oleh Kasih. Tak menyabar betul si Kasih ni.
"Err... kalau mak su tak masuk, tak boleh ke?" soalku teragak-agak. Aku mengeraskan badan, tak berganjak dari tempat aku berdiri.
Kasih kerut kening. Dia tercenggang dengan reaksiku.
"Kenapa mak usu tak nak masuk?"
"Mak usu... mak usu... sebenarnya mak usu..." Tak habis aku nak cipta alasan untuk Kasih, terdengar suara anak kecil merengek di belakang kami berdua. Si ayahnya pula sibuk memujuk. Umai dan Encik Is. Lupa pula aku yang kami dalam kumpulan sama.
"No, daddy! I don't want to go in there." Umai merengek dengan mencebik bibir dan mengerdip matanya berkali-kali.
"But why? They look so cute, Umai." Ayahnya memujuk. Ayahnya itu juga berkerut sama seperti reaksi Kasih bila aku katakan yang aku tidak mahu masuk ke dalam The Sheep Sanctuary itu.
Umai menggeleng lagi. Dia memeluk tubuh sendiri sekali dengan memuncungkan bibirnya tanda protes.
"No. No. I don't like sheep. Yukss!" Umai buat muka kegelian.
Aku tersenyum lihat respon Umai. Nampaknya aku dengan Umai boleh jadi satu geng ni.
"But why? You've played with sheep before, haven't you?"
Umai mengangguk laju.
"So, what's the problem here?"
"The sheep almost bite my fingers when I feed it. So I don't like sheep anymore."
Encik Is tepuk dahi dengan jawapan si anak. Aku tersengih dengar jawapan Umai.
"Sama macam mak usu," komen itu datangnya dari orang dihadapanku lantas memberikan aku satu jelingan tak puas hati.
"Apa?" soalku sedikit meninggi kepada Kasih. Pandai-pandai pula dia main jeling-jeling dengan aku. Dia ingat aku tak marah?
Encik Is dan Umai berpaling kepada kami berdua.
* * *
Ringkasan dari cerita tadi, tinggalah aku berdua dengan Umai di bangku berdekatan dengan pintu masuk ke The Sheep Sanctuary. Manakala Encik Is pula menggantikan aku menemani Kasih untuk berkenalan dengan binatang berbulu itu. Kami bertukar pasangan.
Aku tunduk menatal telefon, membalas kiriman pesanan ringkas dari Bella, Along, Angah serta dari Dr. Dzharif. Umai pula menghabiskan masanya dengan bermain di taman permainan mini yang ada disediakan di sini.
_Dek, jangan lupa belikan aku strawberry chocolate dengan teh banyak-banyak ya? Anak tekak aku mengidam ni. Kalau ada orang tak kenal tegur, jangan layan. Buat-buat tak kenal je._ ~Bella.
_Adek, nak pergi mana-mana tolong jangan pergi seorang diri. Jangan nak jadi long ranger sangat ya? Make sure ada yang teman ya? Mask jangan lupa pakai._ ~Along.
_Adek, macam mana Kasih? Anak kesayangan angah tu elok-elok je kan? Jaga diri baik-baik ya. Jangan nak merayap seorang diri dekat sana. Kalau ada apa-apa yang jadi, terus call angah ya? Mask jangan lupa pakai bila keluar. Angah tak nak adek sakit. Ingat tu!_ ~Angah.
Pesanan penaja dari kesayanganku. Hampir sama saja, kan? Sebal sungguh aku.
"Mummy..." Umai datang mendekat dan melabuhkan duduk disebelahku.
Lihat dahinya yang berpeluh, aku mencari tisu poket di dalam beg galasku tapi cuma tinggal plastik kosong saja. Tisunya sudah habis aku gunakan ketika di Kea Farm Market tadi. Aku mengeluh, Umai berpaling.
"Why mummy?"
Mummy, itu yang Umai panggil aku sejak dari semalam. Semuanya bermula dari dia ternampak wajahku tanpa pelitup muka. Walaupun aku dengan Encik Is kerap kali menegah dari dia memanggilku 'mummy' tapi Umai boleh tahan keras kepala juga. Dia tetap memanggilku mummy sehinggakan ada ahli rombongan kami memandang aku dengan Encik Is semacam saja.
"Mummy cari tisu. But sorry, I don't have any tissue anymore," ujarku sambil menggeleng.
Aku sendiri juga sudah membahasakan diriku 'mummy' bila bersama Umai. Kadang-kadang Kasih turut mengada-ngada memanggilku mummy. Terkadang geli juga bila fikirkan hal itu. Salah satu sebabnya, aku ni tak kahwin lagi tapi dah digelarkan sebagai mummy. Tiba-tiba terasa yang aku ni dah tua pula. Iyalah, umur aku baru 25 tahun tapi dah ada anak berumur 5 tahun. Tak ke nampak macam aku ni berkahwin diusia muda belia? Tapi bila aku teringatkan nasib malang yang menimpa ibu Umai, jadi aku redha sajalah jadi mummy jadian dia.
"Oh... it's okay mummy. I think you can find it in my backpack." Umai menuturnya sambil memberikan bag galasnya kepadaku.
Aku membuka zip beg galasnya lalu mengambil satu bungkusan tisu dan mengesat peluh yang meleleh di dahi dan leher Umai. Hand sanitizer juga aku titiskan sedikit di telapak tangan kecilnya. Umai hanya senyum dengan perbuatanku sambil menggosok-gosok tangannya. Tak lama selepas itu, dia mengambil semula beg galasnya dari ribaku dan menyelongkar isi dalam beg, mencari sesuatu. Tak lama kemudian dia keluarkan sekotar susu fresh milk lalu meneguknya dengan sedikit rakus. Nampak benar dia haus lepas bermain di taman permainan tadi. Biskut oreo juga dibuka dan dikunyah perlahan.
Ralit aku perhatikan dia. Budak kecil ini kalau sudah menginjak dewasa nanti, pasti cantik orangnya. Aku yakin tentu arwah mamanya juga orangnya cantik. Tiba-tiba hatiku terasa sesuatu. Argh, malas aku nak layan perasaan! Aku menutup kembali zip begnya dan ketika itulah aku baru perasan ada satu keychain tergantung di kepala zip. Keychain berbentuk segi empat tepat, nampak macam sekeping tag nama yang sudah dikeraskan dengan resin bagi mengekalkan tulisan yang ada di dalam tag nama itu. Aku membaca apa yang tercoret disitu.
~Athilah Humaira binti Jebat Iskandar.~
Alhamdulillah. Akhirnya siap juga. Bab terpnjg yg saya pernah tulis dlm AJIB 2.0. Bab pnjg sbg tebus rasa serba salah sy kpd smua yg menanti AJIB 2.0. Kisah Jebat, Malihah dan Dr. Dzharif tidak akn berakhir disini. Mungkin berakhir di tempat yang lebih baik. InsyaAllah sama2 lah kita doakan. Doakan urusan saya dipermudahkanNya. Tq to all the readers... tanpa readers, siaplh Tulip Haura pd hari ini. Tq awak2 yg byk sgt myokong sy. Saya tak mampu nk mbalasnya. Hanya Allah sy yang mampu membalasnya. AJIB 2.0.
Share this novel