Prolog 2
~Moments become memories and people become lessons. That's life.~
2022.
Jebat Iskandar menutup diari merah jambu yang dihiasi dengan renda putih itu dengan perasaan yang bercampur gaul. Entah apa yang dia rasakan sekarang ini, dia pun tak tahu. Ada masa bahagia, dia tersenyum sendiri. Ada masa sedih, hatinya pedih. Agaknya inilah yang dirasakan oleh pemilik diari pink ini.
Sudah berminggu-minggu lamanya Jebat duduk menghadap dan menerokai helaian demi helaian isi diari yang diberikan oleh Abid kepadanya beberapa bulan yang lepas. Dan kini tamat sudah sesi penerokaannya. Nampak betapa gigihnya si dia menulis dan mencurahkan segala rahsia hati di dalam buku ini sejak dari tahun 2007 sehingga tahun 2016. Ada sembilan buah kesemuanya. Kau, betul-betul Miss Diary.
Seketika, Jebat menghela nafas. Tangan kanannya dibawa menyentuh kulit diari yang tertera nama pemiliknya dengan tulisan berangkai mencoretkan satu barisan nama yang begitu indah.
~Siti Nur Malihah.
Perlahan jarinya mengusap nama itu. Bibirnya bergaris nipis. Sekelipan, dia mendongak sedikit menghalakan matanya tepat ke hadapan. Gambar perkahwinan mereka masih tergantung di situ. Sama seperti 5 tahun yang lalu. Tiada satu pun yang berubah meskipun segala-galanya telah berubah. Matanya berkerdip, terasa pedih. Hatinya berbisik,
'Aku rindukan kau, Mimo. Rindu sangat-sangat. Aku cintakan kau dan ketahuilah Mimo, hanya kau satu-satunya perempuan yang selalu ada dalam hati aku sejak dari dulu. Kau perempuan yang terbaik untuk aku. Aku minta maaf di atas apa yang terjadi. Aku tahu, aku salah. Aku berdosa dengan kau dan dengan anak kita. Jadi aku... aku ikhlas dengan apa yang dah aku lakukan dengan hubungan kita. Mungkin ini... mungkin ini balasannya di atas penderitaan yang kau perlu tanggung selama ini. Maafkan aku, Mimo.'
Jebat mengatup mata dan ada cecair jernih mula membasahi pipi jantannya. Dia terlalu rindukan Malihah. Rasa rindu itu semakin hari semakin mencengkam jiwanya tapi dipendamkan saja kerana dia tahu dia tidak mampu untuk mengubah apa-apa. Biarlah apa orang mahu katakan apa pun, dia tidak kesah. Kerana dia tahu, dia memang layak dimaki. Dia memang layak dihina. Dia... seorang lelaki yang berdosa.
"Da... ddy..." Pintu bilik tidurnya ditolak dari luar.
Jebat lekas-lekas menyapu sisa air mata di pipi. Dia menoleh sedikit ke belakang, terjengul kepala seorang anak kecil yang bertocang dua di muka pintu.
"Ilah.. come here..." Jebat bingkas bangun dan melorotkan lututnya ke lantai lalu mendepakan tangannya mengamit anak kecil itu masuk ke dakapannya.
Athilah Humaira berlari terkedek-kedek mendapatkan Jebat Iskandar. Jebat peluk erat anak gadisnya. Dipinjamkan sedikit kekuatan dari anak itu untuk berhadapan dengan pelbagai rintangan di masa hadapannya. Dengan anak kecil ini dia belajar untuk jadi seorang lelaki yang kuat. Jebat menguraikan pelukan mereka. Dia menatap anak kecil itu tunak. Tangannya naik menyentuh tocang kiri anak itu.
"Ilah dah siap ya?" tanyanya. Matanya dilarikan ke sekitar raut cantik anak gadisnya yang saban hari kian suka berdandan persis mamanya dahulu.
Athilah mengangguk.
"Siapa yang siapkan Ilah? Papa?"
Athilah mengangguk laju. Baju kurung cotton berwarna merah bercorak polkadot putih itu di tayang depan muka si ayah. Berpusing-pusing dia di hadapan si ayah.
Jebat tersenyum dengan tingkah si anak yang sungguh mencuit hatinya. Lalu dia tunduk, membawa tubuh kecil itu masuk ke dalam dukungannya pula. Sekilas pipi bulat itu dicium sayang. Bau wangian anak kecil ini menenangkan jiwanya yang resah. Seketika begitu, dia bangkit berdiri sekali membawa Athilah atas dukungannya.
"Jom, kita pergi jumpa mama." Jebat mula melangkah, keluar dari biliknya sambil mendukung Athilah. Sempat tangannya menyarung songkok hitam ke kepala dan mengambil senaskah surah Yaasin.
"Daddy..." Athilah memegang kedua pipi Jebat. Anak mata bulat itu menatap kedua mata ayahnya. Jebat berhenti menapak. Dia menanti apa yang ingin diperkatakan oleh anaknya.
"Yes, sayang?"
"Why you look so sad?" polos anak kecil itu bertanya.
Jebat sedikit tersentak, tapi dimaniskan semula wajahnya agar tidak dikesan oleh Athilah.
"I'm not sayang."
"Yes, you're. Your eyes are... wet..."Athilah memberitahu lagi sambil kedua tangan halusnya menyentuh mata Jebat.
Jebat mengerut kening. Sebelah tangan cepat-cepat menyapu kedua belah matanya.
"Not.. I'm not." Jebat cuba menggariskan senyum walaupun dia sendiri terasa hambarnya.
Athilah masih menatap ayahnya. Dia masih ragu dengan jawapan yang diberikan itu.
"Daddy..." panggil Athilah lagi.
"Yes?" Cepat Jebat menyahut. Bibirnya cuba tersenyum lebar. Telinganya masih menanti apa lagi yang Athilah mahu katakan.
"Do you miss mummy?"
Langsung Jebat tergemap dengan soalan Athilah. Terkaku sekejap dia. Sirna terus senyum di bibirnya.
'Ya, sayang. Daddy rindukan mummy. 5 tahun daddy hidup tanpa mummy, tak ada satu hari pun daddy lupakan mummy. Daddy terlalu rindukan mummy.' Suara batin Jebat menyahut kepada soalan Athilah.
"Ilah sayang..." Tuah yang sedang berdiri di ambang pintu, membelakangi Jebat menegur Athilah. Dia sebenarnya terdengar apa yang ditanyakan oleh Athilah tadi. Hatinya turut terkesan dengan soalan anak kecil itu.
"Papa!" Athilah menjerit seraya minta diturunkan.
Jebat cepat saja menurunkan anak itu dan membiarkan Athilah berlari mendapatkan abangnya, Tuah Iskandar.
"Ilah tanya daddy apa tadi?" tanya Tuah bila anak kecil itu sudah selamat di atas dukungannya.
"Daddy cried. He misses mummy. Where is she, papa?"
"Mummy..." Tuah melirikkan matanya kepada Jebat dan Jebat terus menonong keluar dari rumahnya tanpa menunggu apa jawapan Tuah kepada soalan Athilah.
* * *
2017.
"Angah... adek... adek... sebenarnya..."
"Sebenarnya apa Bella? Apa dah jadi dengan adek? Bella? Jebat? Jawab soalan aku!" bentak Abid yang semakin tipis kesabarannya. Dia mengepal penumbuk, hatinya yakin menyatakan ada sesuatu telah terjadi kepada adik bongsunya itu.
"Malam tu... bukan rumah Adek kena ceroboh." Bella mula buka cerita. Mukanya turut berubah.
"Habis tu?" tanya Abid makin tidak sabar.
"Orang yang masuk rumah adek tu... orang yang dah lama aim adek. Orang tu... orang yang sama cuba buat benda tak senonoh dengan adek 7 tahun lepas."
Semerta mata Abid dan Ariff membulat, mereka mencari wajah Jebat bagi mengesahkan cerita Bella. Dr. Dzharif yang turut sama mendengar juga membulatkan matanya, nampaknya ada cerita tentang Malihah yang dia tidak tahu selama ini.
"Ya, Abid. Lelaki yang sama. Lelaki yang aku tengah cari... rupanya orang tu... kawan baik aku sendiri dan orang itu jugak kawan lama kau," jawab Jebat mengendur, terkilan. Sungguh dia kecewa bila Dr. Dzharif memberitahunya orang yang membuatkan Malihah menderita begini adalah kawan baiknya sendiri dan Shiraz masih bebas diluar sana. Polis belum dapat mengesan kedudukan Shiraz selepas kejadian malam itu.
Abid tergamam. Sungguh dia tak sangka, adiknya jadi begini angkara kenalan lamanya. Tapi siapa orangnya? Belum sempat dia bertanya, Bella sudah menjerit nyaring.
"Ya jantan keparat tu kawan kau tapi... kalau kau tak tinggalkan adek malam tu, adek tak mungkin akan jadi macam ni Jebat! Achik... ibu dan ayah tak akan meninggal malam tu! Mana kau, Jebat? Mana kau di saat adek perlukan kau? Adek hampir mati ditangan lelaki tak guna tu tapi kau, kau sanggup tinggalkan Adek demi perempuan lain"
Jeritan Bella sekali lagi membuatkan Abid mencari wajah Jebat. Matanya mencerlung garang. Jebat teguk liur.
"Kau curang dengan adik aku, Jebat? Kau tinggalkan dia malam tu sebab kau ada dengan perempuan lain? Kau tinggalkan adik aku yang tengah pregnantkan anak kau tu... sebab kau ada dengan perempuan lain?" Bertubi-tubi Abid melontarkan soalan sambil memajukan langkah setapak demi setapak ke arah Jebat.
Jebat mengundur. Sungguh dia rasa seram sejuk dengan tingkah Abid yang dikenali dengan sikap panas barannya. Kolar baju Jebat dicerkup dan dicengkam kemas oleh Abid. Ditarik kolar baju itu supaya Jebat dekat dengannya. Ariff bingkas menahan Abid. Dada adiknya ditahan. Dia tak mahu kekecohan berlaku di sini.
"Ngah sabar, ngah.. Ingat Allah banyak-banyak..."
Abid menggeleng perlahan. Matanya bergenangan memikirkan nasib adik bongsunya. Satu-satunya adik yang dia ada kini.
"Kau curang dengan adik aku, Jebat?" Abid sekali lagi mempersoalkan hal itu dengan suara celah giginya. Sakitnya hati dia. Adik dia yang baik dan lemah lembut itu diduakan? Ya Allah, apa lagi yang lelaki ini mahukan?
"Bid... bukan macam tu... aku... aku..." Jebat tergagap-gagap. Tangannya naik pegang tangan Abid.
"Kau bukan saja curang dengan adek , Jebat tapi kau dah madukan dia!"Lagi Bella membentak geram. Biarlah hari ni Jebat lunyai sekalipun, dia tak peduli. Yang penting maruah Malihah harus dibela.
"Apa?!" Meninggi suara Abid dan serentak dengan itu,
Buk!
"Kau memang lelaki tak guna, Jebat!" Serentak itu bertalu-talu sepak dan terajang mengenai tubuh Jebat. Bilik itu menjadi kecoh.
Jebat terkulai, itu pun setelah dipelerai oleh beberapa orang pegawai keselamatan. Abid mengesat penumbuknya yang melecet. Dengusan tidak henti-henti keluar dari mulutnya.
"Dengar sini Jebat Iskandar, mulai hari ini aku haramkan kau jumpa adik aku lagi!" Abid menjerit nyaring dalam dakapan abangnya.
Jebat menggeleng. Tidak, dia tak akan biarkan Malihah pergi dari hidupnya. Malihah isterinya!
"Dia... dia isteri aku..." balas Jebat dalam kepayahannya dalam pegangan pegawai keselamatan.
"Dan aku sebagai walinya, aku akan mempertahankan maruah adik aku! Kita jumpa saja di mahkamah. Biar di sana yang tentukan keputusannya!" Ariff deras memintas. Tegas.
Prolog 2 juga saya gunakan yang lama. Semoga kali ini sy mampu tumpukan sepenuhnya kpd AJIB 2.0. Doakan ya?
Share this novel