Bab 11 : AJIB 2.0

Romance Series 515828

Bab 11

~Yang tidak ditakdirkan akan menemukan cara untuk hilang. Yang memang ditakdirkan akan menemukan jalan untuk pulang.~

"Can I sit here, daddy?" Umai menepuk armrest kerusiku.

Aku melopong.

'Dah kenapa dia nak duduk di tempat aku? Nanti aku nak duduk dekat mana pula?' Tak semena-mena aku mendongak kepada si ayahnya yang turut sama terkedu dengan permintaan anaknya. Aku mahu dengar jawapannya. Kasih disebelahku juga terkebil-kebil.

Dia, Encik Is turut memandangku membuatkan kami bertentangan mata seketika. Anak matanya yang berwarna coklat cair itu memanah mataku. Iris matanya bersinar dan menghasilkan warna coklat cair yang sangat memukau dan terlihat sangat cantik lebih-lebih lagi bila terkena sinaran cahaya mentari yang menembusi celahan cermin tingkap bas disebalik langsir. Dari mata, aku turun kepada hidungnya. Hidungnya elok terletak. Tidak terlalu mancung dan tidak terlalu kemek. Sedang-sedang seperti kebanyakan lelaki Asia. Rambutnya, hitam pekat. Lebat dan sangat kena dengan gaya messynya. Bersahaja dan santai.

Bibirnya pula aku perhatikan. Kedua ulas bibirnya tidak bergaris. Tapi aku tahu senyumannya itu sangat cantik dan boleh mencairkan hati mana-mana perempuan yang melihatnya. Mungkin sebab itu juga bibir itu lebih suka menyembunyikan kecantikkan itu. Sudah puas tilik bibir, aku mengalihkan sedikit mataku ke atas. Dihujung kening kanannya, ada satu parut. Parut macam kesan torehan atau kesan luka yang sedikit dalam sehingga menimbulkan kesan parutan itu. Tapi apa yang aku boleh katakan, parut itu langsung tidak menganggu wajahnya yang bagi aku sangat... sempurna!

Kesempurnaan yang ada padanya membuatkan aku rasa seperti dekat dengan seseorang. Seseorang yang ada di dalam hatiku dan mungkin juga dekat dengan kehidupanku. Entah siapa orangnya, tapi aku yakin 'seseorang' itu mesti yang terpenting dalam hatiku. Mungkin dari kehidupan aku yang dulu, kan?

Bibirnya bergerak perlahan. Dia tersenyum kecil sebelum mengembalikan wajahnya kepada Umai. Aku tersentak dalam lamunanku bila lihat senyuman itu.

'Wait... dia senyum? Untuk aku? Eh, apa aku buat ni? Aku tengah usyar suami orang? Astaghfirullah-Al-Azim, Malihah! Apa kena dengan kau hari ni hah? Kau dah jadi gatal semacam tahu tak!' Aku menjerit, malu dengan perangai tak semenggahku mengusyar suami orang! Astaghfirulla-Al-Azim.

"What?" Ayahnya bertanya, hanya itu yang terkeluar. Berkerut juga dahi itu. Terkejut dengan pertanyaan di luar kotak anaknya mungkin.

"I want to sit here with Kasih, daddy. Can I?" Umai tayang puppy eyes kepada si ayah.

Mula-mula ayahnya terkedu juga tapi tak lama selepas itu dia berdeham kecil. Mukanya sedikit berubah. Dia kerling aku sekilas sebelum kembali kepada anaknya semula. Bibirnya sembunyi senyum. Tapi cepat-cepat saja dia kemam bibir sebelum duduk di tempatnya. Bahu anaknya ditarik menghadapnya lalu diusap sayang.

"Honey, you can't do that. This is our chair and that is her chair. Rules are rules. You can't change seats unless you get permission from this beautiful aunt."

Lembut saja dia memujuk si anak. Hatiku terasa tenang mendengarkan si ayah memujuk begitu. Dia pasti seorang ayah yang sangat baik. Ayah yang penuh dengan tanggungjawab. Bertuahnya Umai miliki ayah yang begitu. Dan tentunya bertuah kali ganda juga kepada ibu Umai kerana miliki suami yang penyayang seperti Encik Is. Fikirkan itu tiba-tiba hatiku terasa sakit. Auch! Macam hatiku dicucuk jarum halus.

Umai menoleh kepadaku pula. Aku tergamam.

'Haa ni dah kenapa dia tengok aku pulak?'

"Aunty, may I sit here please..." Dia sambung merayu kepadaku pula dengan puppy eyes.

Tercenggang kuasa dua jadinya aku. Jujur sangat permintaan dia. Terlalu jujur sampai aku pula terkedu mahu membalas apa.

'Adakah aku akan jadi seseorang yang kejam kalau aku menolak permintaan anak kecil yang comel ini? Atau pun patutkah aku menurut saja? Tapi kalau aku menurut, bukankah itu bermaksud aku perlu duduk bersebelahan dengan ayahnya?' Membayangkan itu, mukaku cepat saja merona.

'Hey, no! Malihah wake up! Lelaki tu suami orang, Malihah! Kau jangan cuba jadi ahli golongan penyondol Malihah!' Lekas-lekas aku mengingatkan diri sendiri sebelum hanyut dalam pujuk rayu anak comel itu.

'Comel tak comel, aku tetap tak akan bagi tempat duduk aku ni. Period!''

Bukan aku saja yang tercenggang dengan rayuan anak itu tapi Encik Is juga sama. Dia melirikkan hujung matanya ke arahku. Turut sama menanti apa jawapan ku kepada rayuan anak kecilnya.

"Aunt please..." Lagi dia merayu. Kedua telapak tangannya disatukan pula. Mukanya yang sedia ada comel itu makin comel bila dia buat begitu. Aku jadi makin serba salah untuk menolak mahupun menerimanya. Dua keadaan yang harus aku fikirkan.

"Mak usu, boleh la bagi Umai duduk sini. Kasih nak duduk dengan Umai. Boleh la mak usu..." Kasih menyambung rayuan bffnya.

"Honey..."

"Kasih..."

Serentak pula kami berbunyi. Tak habis nak menyambung ayat, terkedu punya pasal. Kami berpandangan sekejap.

"Encik Is, Cik Malihah, ada apa-apa masalah ke?" Puan Zahnita sekali lagi datang mencelah. Dia pandang kami berdua.

"Oh tak ada Puan Ita. Umai minta tukar tempat dengan orang sebelah. Dia nak duduk dengan Kasih." Encik Is menjawab pertanyaan Puan Zahnita. Yang lain juga pandang-pandang kami. Membahang kulit muka ku dengan keadaan sekarang ni.

"Please Teacher Ita, I want to sit with Kasih. I miss her so much." Umai merayu kepada Puan Zahnita pula. Tercebik-cebik bibirnya.

"Kasih pun sama. Kasih nak duduk dengan Umai." Orang disebelahku pula merayu.

Aku sorongkan mataku kepada Kasih.

'Cis, anak saudaraku dah mula berpaling tadah nampaknya. Nak aku duduk dengan Encik Is? Sanggup dia biarkan aku? Siap kau, Kasih!'

Puan Zahnita lihat Kasih dan Umai bergilir-gilir. Dia juga serba salah dengan pujuk rayu dari keduanya. Sekejap-sekejap dia lihat jam ditangannya.

"Macam mana ni ya? Kita dah nak bertolak ni. Bas 1 dan bas 2 masih ada seat kosong tapi dua-duanya dah bertolak." Puan Zahnita garu kepala. Pening juga dia nak fikir.

Encik Is berdecit. Dia bangun dan lihat sekeliling, mungkin mencari tempat yang masih kosong. Tapi tak lama selepas itu dia kembali kepada Puan Zahnita.

"It's okay Puan Ita. Biar kami tukar. Kasih duduk dengan Umai dan saya duduk dengan orang sebelah. Are you okay with that?" Soalan di hujung Encik Is itu dilontarkan kepada aku.

Aku terkebil-kebil. Mulut baru bergerak nak membalas, orang di sebelahku dengan Umai sudah bersorak kemenangan. Keduanya sudah ber'high five' bagai.

"Cik Malihah macam mana? Cik okay ke" tanya Puan Zahnita kepadaku pula, mungkin dia selesa kalau aku sendiri yang membuat keputusan memandangkan aku yang akan kena tukar tempat duduk di sebelah suami orang sepanjang 3 jam 45 minit masa perjalanan ke Cameron Highlands nanti.

"Kira setuju jelah cik. Lagi lama cik duk fikir lambat lah kita nak bertolak ni." Laung seseorang di belakangku.

"Ha'a betul tu... setuju sajalah." Yang lain pula tolong tambah.

Sudahnya aku lambat-lambat angguk setuju. Ini bukan kehendak aku, okay? Aku terpaksa.

* * *

Aku diam. Dia juga diam. Kami selesa begitu. Sesekali aku kerling juga kepada pasangan riang ria yang duduk sebaris denganku. Seronok bersembang sampai aku di sini pun boleh dengar setiap patah topik ceritanya. Kasih nampaknya sudah lupakan aku selepas berjumpa dengan Umai. Umai pun lebih kurang sama, sudah lupa dengan ayahnya selepas berjumpa Kasih. Inilah nasib bila kami jadi kulit kacang ni. Ngam sangat dengan peribahasa 'bagai kacang lupa kulit' dengan budak berdua tu.

Aku peluk tubuh. Sesekali melihat ke luar tingkap. Aku lebih selesa memilih tempat duduk di sebelah tingkap manakala Encik Is disebelahku. Dia ralit dengan telefonnya dan aku pula selesa berpeluk tubuh. Mahu belek telefon juga tapi aku risau kalau kepalaku pening pula nanti. Perjalanan yang mungkin menyeronokkan seperti yang dibayangkan sudahnya jauh sekali meleset. Malah jadi semakin bosan bila tiada topik untuk aku berborak dengan orang sebelah.

"Sejuk ke?" Tiba-tiba terdengar orang disebelahku menegur.

Aku berpaling.

"Saya ke?" tanyaku, blur. Rasa macam ada bunyi-bunyi suara orang bertanya tapi tak pasti bertanya kepada siapa sebab aku ralit pandang ke luar tingkap. Suasana di dalam bas juga semakin sunyi, sudah hilang riuh-rendah tadi. Masing-masing sudah ketiduran agaknya. Kasih dan Umai juga kelihatan sudah melentok lenanya.

"Ada orang lain ke dekat sini?" tanyanya dengan mata tidak terlepas dari skrin telefonnya.

Aku mengerut kening tapi tetap toleh jua kiri dan kananku sebelum menjawab soalannya.

"Tak ada." Jawapan jujur dariku.

Serentak itu dia angkat muka dan memandangku. Lama dia pandang sehinggakan aku naik segan. Tapi aku sempat menangkap, hujung bibirnya ternaik sedikit sebelum mengalihkan tumpuannya kepada telefonnya semula.

"Masih tak berubah." Dia bergumam pelahan tapi masih jelas ditelingaku.

Aku membulatkan mataku.

'Dia... dia rasa lucu dengan aku ke?'

Dia menyimpan telefonnya, berkalih sedikit tubuh ke arahku. Gaya bersedia untuk bersembang denganku.

"Anyway, miss?" Hujung keningnya ternaik. Menanti aku menjawab soalan pertamanya.

"Malihah. Siti Nur Malihah."

Dia senyum nipis. Riak wajahnya nampak sedikit berubah tatkala aku menyebut nama penuhku.

'Kenapa? Ada yang tak kena ke dengan namaku?' bisik batinku lagi.

"Okay, Miss Malihah." Sedikit bergetar suaranya ketika dia mengulung lidahnya menyebut namaku tapi cepat-cepat dia menutupi kekurangan itu dengan satu dehaman kecil. Dia sedang berusaha untuk mengawal keadaanya.

"I'm Jebat. Jebat Iskandar."

'Jebat! Jebat Iskandar! Jebat Iskandar!' Entah kenapa sebaris nama itu berdengung-dengung di gegendang telingaku. Dari bunyi perlahan sahaja, makin lama makin bergema sehingga sampai ke relung hati. Pelipisku berpeluh, kepala sedikit berdenyut. Jantung pula kembali berdengup laju.

'Kenapa ni? Kenapa dengan aku?' Aku picit pelipis kepala dengan mata terpejam. Aku cuba bertenang, cuba menghilangkan kegalauan hati sendiri.

"Cik Malihah, awak okay ke?" Encik Is menyoalku, ada kerisauan terselit di situ.

"Sakit kepala." Tak semena-mena aku mengadu.

"Cik rehatlah dulu. Jalan area sini memang macam ni. Kalau rasa nak muntah bagitahu saya."

Aku angguk. Pejam mata dan sandarkan kepalaku ke badan kerusi. Mungkin aku perlu tidur sekejap untuk hilangkan rasa sakit kepala ini.

'Mimo Sunshine. Kau Mimo Sunshine aku!'

Tiba-tiba mataku meluas. Aku kaget. Ini kali kedua aku terdengar lintasan suara menyebut nama pelik itu. Cuma bezanya kali ini nama itu digumam dengan sedikit tegas dan panjang.

"Mimo... Mimo Sunshine?" Aku ulang sebut nama itu dibibirku, diluar kesedaranku. Dan secara tiba-tiba orang disebelahku berubah kaku. Tergamam. Aku yang menyedari dia begitu, lantas menoleh.

"Kenapa Encik Is?" soalku. Pelik juga aku dengan reaksinya yang tiba-tiba begitu. Aku ada salah sebut apa-apa ke?

Dia menoleh sedikit ke arahku. Lama dia pandang aku sebelum dia memejamkan matanya. Dahinya sedikit berkerunyut.

Aku pula yang terkebil-kebil melihat dia begitu. Dalam diam aku memerhatinya. Dia menyedut nafas sedalam yang mungkin seolah-olah cuba menyedut bauan perfume yang ada dibadanku juga sebelum dia menghembusnya perlahan. Giliran dia pula sedang menenangkan diri sendiri seperti aku tadi, Lihat dari segi gayanya boleh jadi juga dia sedang menganalisis jenama perfume yang aku guna.

Atau... mungkin ada sesuatu yang membuatkan hatinya galau. Dan kalau tidak salah aku, air mukanya kelihatan suram. Dia terlihat seperti seseorang yang sedang mengalami kerapuhan jiwa. Wajahnya juga ada garis-garis kekecewaan dan itulah yang membuatkan hatiku dipagut rasa sedih. Fikirkan kerapuhan itu, tidak semena-mena dahiku bergaris.

'Kenapa dengan dia? Apa yang dia fikirkan sebenarnya ya?' Soalan itu berlagu-lagu dibenakku. Entah kenapa, aku tidak suka bila dia nampak lemah macam ni. Aku suka dia yang kelihatan gagah dan tegap seperti saat mula-mula kami bertentangan mata tadi.

'Tapi... kenapa dia yang sekarang ini seperti seseorang yang sedang mengalami satu episod kegagalan? Kenapa dengan dia?' Lagi aku tertanya-tanya.

Rasa sayu menyapa hatiku. Entah kenapa tanganku macam gatal saja mahu mengusap wajah sedih yang tidak jauh dari ku lebih-lebih lagi bila dia masih lagi berpaling ke arah ku dengan mata yang terpejam. Aku mahu bagitahu dia yang aku ada disini kalau-kalau dia mahu meluahkan sesuatu yang mungkin boleh memberinya sedikit kelegaan. Aku rasa macam, aku mahu saja pujuk dia supaya jangan muram durja begini. Aku tak suka. Aku tak boleh terima dia yang muram begini.

Tiba-tiba dia mencelikkan matanya menjadikan kami saling bertentangan. Mata redupnya menyentuh mesra anak mata hitamku. Aku tidak berkejip dan dia juga tidak sama. Kami, saling membalas tatapan. Kami, saling merenung. Renungan tajamnya tepat menusuk ke relung hatiku lalu menyentuh satu ruangan yang paling dalam. Ruangan yang belum pernah disentuh oleh sesiapa termasuklah Dr. Dzharif.

Aku makin tenggelam dalam renungannya. Aku kelemasan. Sungguh aku tergoda dengan panahan mata itu. Sungguh, aku tergoda. Auranya bagaikan mempunyai kuasa yang mampu menarikku untuk melupakan segala yang ada di sekeliling kami pada saat dan ketika ini. Tatapan itu juga membuatkan aku terlupa dimana aku sekarang ini dan yang paling penting, aku terus lupa siapa aku dengannya!

Yang ada, cuma kami berdua. Ya. Hanya. Kami. Berdua. Argh lupakan semua itu! Aku... aku rasa sungguh teruja dengan perasaan ini. Perasaan ini terasa indah bak kilauan sinaran nur yang berjaya menceroboh masuk ke dalam hatiku lalu menerangi jiwaku yang selama ini kosong.

'Apakah rasa keterujaan ini? Apakah... apakah aku sudah gila kerana berperasaan begini? Kalau betul ini kegilaan, lalu jenis kegilaan apakah ini?'

Aku... aku tak tahu. Dan aku tak mahu tahu! Yang aku tahu cuma satu. Aku rasa... aku sudah jatuh suka dengannya. Suka pada pandangan pertama? Bukan! Bukan aku jatuh suka tapi aku rasa.... aku sudah jatuh cinta dengannya! Inikah rasanya jatuh cinta pada pandangan pertama? Bukankah ada orang bijak pandai mengatakan, cinta itu boleh berputik dalam masa beberapa saat sahaja? Dan cinta itu juga boleh berputik dari mata turun ke hati. Betulkah begitu? Tiba-tiba terasa seperti ada rama-rama berterbangan dalam perutku. Pipiku terasa membahang. Aku... aku malu!

Dia senyum. Senyum yang begitu tulus dan ikhlas di mataku. Dan disebalik senyuman itu juga tiba-tiba matanya bersinar. Berkaca. Mata yang sarat dengan pelbagai emosi yang ditanggung. Mata yang cuba sembunyikan apa yang dia rasa. Bibirnya terbuka sedikit dan dia mengumam perlahan, hanya untukku. Hanya aku sahaja yang boleh mendengarkannya.

"Mimo Sunshine. You're mine."

Alhamdulillah3 akhirnya dapat juga siap bab ni... Bercinta lagi... rasanya dah 20x bercinta dah sebelum nak siapkan sepenuhnya crita AJIB 2.0 ni... huhu Maafkan sy andai kata crita saya berbelit2 dan terlalu banyak konflik. Saya dh cuba bawa sntai2 saja tapi entah la... mkin lama menulis makin jauh santainya pergi. Jadi terimalah Tulip_Haura seadanya dia ya? hahaha Tq to all the readers. AJIB 2.0.

Share this novel

norsila
2023-06-23 13:48:39 

lagi poning cirta ni..umai anak siapo ni..is or tuah..ikutkn bin is kn? dah doktor tu..dah kahwin ke..dah ado anak tu? apo ni smua laki dah ado life sdiri..napo nk ganggu memo..? masih lom cerai ke mimo ni? poning lak..nmpknya kono muncul watak jodoh utk memo..hahahahaha


NovelPlus Premium

The best ads free experience