Aku Juga Ingin Bahagia 2

Sm.mh (Tulip Haura)

Romance Series 165198
4.9
(851 ratings)

Synopsis

Sesebuah kisah itu pasti ada titik permulaannya. Dan permulaan itulah yang menjadi jawapan kepada setiap persoalan yang telah terjadi. AKU JUGA INGIN BAHAGIA 2.0. Bukan aku tak mahu berterus terang tapi kerana aku terlalu sayangkan dia maka aku terpaksa hancurkan hati dan perasaannya. Bila akhirnya dia jatuh tersungkur, tanpa aku sedar yang aku sebenarnya sedang menghancurkan diri aku sendiri- JEBAT ISKANDAR. Aku penat dengan permainan ini. Penat dengan liku-liku yang kau sediakan untuk aku harunginya. Dulu kau kata kau sayangkan aku tapi kenapa ini kau beri? Kau kata aku milik kau tapi adakah ini yang menjadikan aku ini milik kau? Ini kisah aku. Kisah sebuah perjalanan. Perjalanan yang membawa aku faham apa itu erti ketentuan Takdir. - SITI NUR MALIHAH. Dulu aku pernah hilang dia kerana dia memilih ikatan kekeluargaan lebih dari memilih cintaku. Aku sanggup mengundur diri andai kata dia bahagia dengan pilihannya tapi andaian ku silap. Rupanya dia sengsara dengan pilihannya. Dia tidak bahagia. Dia merana melihat kecurangan suami sendiri depan mata. Lihat dia sakit luluh begitu, aku turut merasa sakitnya. Kenapa, kenapa gadis selembut dia dihancurkan hatinya begitu? - AHMAD DZHARIF. Dia, kembar aku. Kami seiras tapi kami tak sama. Dia pencabar utamaku. Dia sentiasa berada setapak di hadapanku tapi untuk aku mengalah, itu bukan aku. Dia sukakan kau? Jadi aku akan jadikan dia milik aku! Tapi bila lihat kepunyaan kau lebih baik dari apa yang aku dapat. Cuma satu niatku, kau tak boleh lebih dari aku. Itu janji aku! - TUAH ISKANDAR. Dia bukan sesiapa dalam hatiku tapi kehadirannya cukup membuatkan aku rasa dilindungi dan disayangi. Kau mengangkat martabat maruah perempuan seperti aku. Untuk membalas budimu, aku akan kembalikan kau kepada yang lebih berhak. Kau kesayanganku tapi cukuplah kalau kau sekadar temanku kerana aku tahu aku tidak layak mendapat lebih dari itu. Terima kasih sahabatku. - SYARIFAH AMANDA HUMAIRA. Inilah permulaannya. Inilah jawapannya.


Share this novel

Rate this story


Comments

Sutera Merah
2023-02-04 

sepatutnya dr awal lg perkahwinan antara jebat & Mimo x patut berlaku, konflik antara tuah,amanda & jebat menyebabkan mimo terheret sekali dlm masalah dn menjadi mangsa keadaan manakala Shiraz ambil kesempatan dlm kemelut yg berlaku..tp apakan daya semua da terjadi...ermm..

Safiela Azme
2023-02-04 

wlpun ko tersepit Jebat...tp i lg kesiankan mimo sbb kt sni dia plk jd mangsa...ko lemah Jebat sbb ko xbleh nak selesaikan mslh ni smsa ko msih suami mimo ....1 kerugian buat ko Jebat...

cikainlah
2023-02-04 

rasanya kalau explain Dari awal xd la seteruk itu hbgn kamu jebat takguna..tapi sebab kamu malihah hilang anak hilang parents Dan abg tersayang mmg tiada maaf Dan peluang utk kamu laaaa...

Sm.mh (Tulip Haura)

1488 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience