Prolog I

Romance Series 515828

Prolog 1

~Allah tidak membebani seseorang melainkan yang sesuai dengan kesangupannya.~

(Al-Baqarah : 286)

2017.

"Mimo... aku minta maaf, Mimo... Ini semua... semua ni salah aku..." Jebat Iskandar merintih, merayu meraih kemaafan. Hatinya sakit dan luluh melihat isterinya meraung begitu. Sungguh ketika ini dia merasakan dialah manusia yang paling gagal. Dia gagal melindungi si isteri yang tengah sarat mengandungkan satu-satunya zuriat tanda cinta hati mereka, Little Sunshine daddy. Kerana kegagalannya, dia kehilangan anak kecil yang tidak berdosa itu.

Siti Nur Malihah berhenti meronta dalam pelukan Abid Hadi sebaik saja mendengarkan suaminya merintih memohon kemaafan darinya. Pantas matanya mencerlung garang ke arah Jebat. Dia kertap bibir, sungguh dia sakit hati melihat wajah itu. Dia benci dengan lelaki itu! Lelaki yang telah membuatnya tidak ubah seperti kain buruk bila tidak diperlukan. Hatinya tersiat dan kecewa saat mengingatkan apa yang berlaku.

Dada Malihah berombak, bibirnya menggigil. Matanya memerah dan sedikit bergetar menandakan ada percikan api kemarahan bakal meletus tidak lama lagi. Tanpa tertahan lagi, dia mengepal erat tangannya sebelum naik menunding tepat ke muka suaminya.

"Kau! Kau memang suami tak guna! Kau memang punca semua ni. Kau lebihkan perempuan tu dari aku! Kau curang dengan aku! Kau perbodoh-bodohkan aku! Kau memang tak guna! Kau pembunuh! Pembunuh anak aku!" Malihah memuntahkan lahar kemarahannya dengan begitu lantang. Hati perempuannya cukup sakit. Cukup terluka. Remuk-redam dengan apa yang berlaku. Anaknya sudah tiada. Ibu, ayah dan achik juga turut meninggalkannya. Semuanya berpunca dari sikap ketidaktanggungjawaban seorang lelaki yang bernama Jebat Iskandar!

"Astaghfirulah-al-azim! Adek, mengucap banyak-banyak dek!" Angah menyergah Malihah. Malihah ditarik semula ke dalam pelukannya. Malihah dipeluk erat. Dia tahu jiwa adiknya dikala ini sangat rapuh.

Malihah menolak Angah sehabis daya. Dia masih belum habis memuntahkan laharnya.

"Mimo... aku minta maaf..." Jebat melangkah longlai, merapati katil Malihah. Muka yang basah dengan air mata langsung tidak peduli kalau ada yang memandangnya serong. Yang dipedulikan saat ini adalah sebuah kemaafan dari sang isteri. Dia tahu dia bersalah. Dia tahu dia berdosa.

"Pergi! Pergi kau dari sini! Aku benci tengok muka kau! Pergi! Pergi!" Malihah menepik, keadaannya makin tidak terkawal lagi. Lihat Jebat, dia rasa mahu saja bangun dan mencekik lelaki itu sampai putus urat nyawa. Dia sakit hati, jiwa halusnya merasuk supaya bangun dan memukul Jebat bagi memuaskan nafsu amarahnya. Lalu tanpa ternanti lagi dia berusaha untuk bangun dan menerkam Jebat.

Ariff Huzair deras bertindak dengan merangkul tubuh kecil molek adiknya sebelum keadaan menjadi bertambah buruk. Nampaknya amukan Malihah kali ini bukan biasa-biasa sampaikan Angah yang gagah itu pun tidak mampu bertahan bila Malihah makin hilang kawalan dan ganas meronta.

"Jebat, panggilkan doktor!" jerit Abid Hadi sambil mengerling Jebat sepintas lalu.

"Lepas! Lepaskan aku! Aku bunuh kau! Aku bunuh kau Jebat tak guna!"

"Mimo...." Jebat terkedu melihat isterinya yang selama ini begitu terjaga orangnya mengamuk begini. Tangan Malihah cuba diraih tapi cepat saja isterinya menepis.

"Jangan sentuh aku, lelaki tak guna! Aku benci kau! Aku benciiii!" Makin Malihah meradang. Dia tak hingin lagi tangan jijik itu menyentuh kulitnya walaupun seinci.

"Jebat! Panggilkan doktor!" Abid Hadi sekali lagi menjerkah Jebat.

Jebat berundur beberapa tapak dan terus berlari keluar dari bilik itu untuk memanggil doktor. Tak lama kemudian dia muncul semula. Kali ini dia muncul bersama dengan Dr. Dzharif dan seorang jururawat iringan, SN. Ameena. Dr. Dzharif memberikan satu suntikan di lengan Malihah dan Malihah mula mengendur dari meronta. Lama-kelamaan mata itu mula kuyu dan pandangannya mula berbalam-balam. Akhirnya Malihah longlai. Angah dan Along membantu SN. Ameena membaringkan Malihah semula ke katilnya. Tiub oksigen dan drip air yang tertanggal tadi juga dipasangkan semula.

Selesai tugasnya, Dr. Dzharif berdiri tegak. Kedua tangannya menyeluk poket kot jubah putihnya. Matanya tertancap kepada raut Malihah yang penuh dengan lebam-lebam biru itu. Dia melepaskan keluhan sedikit berat. Sungguh hatinya sakit melihat keadaan cinta hatinya tapi dia perlu mengawal perasaannya takut terbawa-bawa lagipun dia sekarang dalam waktu bekerja.

"Doktor?" Ariff Huzair menegur. Sedikit hairan melihat Dr. Dzharif yang sedang merenung adiknya yang sudah lena dibuai mimpi indah selepas diberikan suntikan.

"Oh, maaf. Saya Dr. Dzharif." Dr. Dzharif memusingkan badan seraya menghulurkan tangannya kepada Ariff Huzair dan Abid Hadi. Kali pertama Dr. Dzharif bersua muka dengan keluarga Malihah.

"Saya abang kepada Malihah. Ariff Huzair dan ini adik saya, Abid Hadi. Doktor ke yang handle kes adik saya?" Ariff Huzair berjabat tangan dengan Dr. Dzharif diikuti dengan Abid Hadi.

Jebat hanya memerhati situasi itu tanpa mahu mencelah. Masih ada perkara lain lagi yang perlu dia fikirkan selain daripada memikirkan perkenalan itu.

'Malihah... aku minta maaf,' desisnya sambil mengayunkan kakinya ke sisi katil Malihah. Tangan isterinya yang bengkak-bengkak itu disentuh dengan penuh berhati-hati.

'Aku minta maaf.' Bergema lagi lafaz kemaafan itu di dalam hatinya.

"Ya-ya saya. Kes Malihah ni sebenarnya..."

"Jebat!" Tak sempat Dr. Dzharif menerangan kes Malihah tiba-tiba pintu wad yang menempatkan Malihah dirempuh dari luar, Bella menjerit.

Semua berkalih, berpasang-pasang mata tertumpu kepada Bella yang sedang mencerlung garangnya kepada Jebat Iskandar. Iskandar Sufian yang turut berada di belakang gadis itu menarik-narik lengan Bella untuk menghalang Bella daripada bertindak yang bukan-bukan tapi seorang Bella, apa yang dia pedulikan? Yang dia tahu, lelaki tak guna yang ada di hadapan matanya ini perlu diajar!

Melihat kepada keadaan Malihah yang tidak sedarkan diri itu, hatinya makin memberontak, makin tidak sabar untuk meletupkan api dendamnya. Dia marah. Hatinya sakit, terhiris, terluka. Kalau dia yang tidak ada kena-mengena dengan Jebat pun sudah memberontak, terhiris, terluka begini. Jadi, apa pula yang dirasakan oleh Malihah?

Dada Bella turun naik makin kencang. Makin dekat langkahnya dengan Jebat, makin meruap-ruap api kemarahannya. Tanpa tertahan-tahan lagi, dia mengangkat tangan kanannya tinggi lalu,

Pang! Satu tamparan kuat hinggap di pipi kiri Jebat sehingga terteleng kepala itu ke kanan.

"Bella!"

"Bella!"

Ariff Huzair, Abid Hadi dan Iskandar Sufian berteriak serentak. Masing-masing terkedu dengan apa yang baru sahaja Bella lakukan.

"Bella apa ni?" Ariff Huzair mendekati sepupunya. Susah untuk dia percaya dengan tingkah sepupu merangkap kawan baik adiknya mengamuk begini. Ini pasti ada kaitannya dengan permergian arwah Asmawi Haniff, Ibu dan Ayah serta anak dalam kandungan Malihah. Siapa yang tidak terkesan bila mendapat berita mereka berempat pergi serentak meninggalkan mereka dalam tempoh satu malam. Cuma dalam keadaan begini, emosi Malihah yang paling diutamakan.

Jebat terkedu dengan tamparan yang baru diterima. Walaupun dia merasakan dia layak mendapat lebih dari ini tapi tidak disangka seperit ini tamparan yang diterima. Boleh tahan!

"Shame on you, Jebat! Kau memang lelaki tak guna Jebat! Puas hati kau sekarang? Puas?" bentak Bella tanpa pedulikan pertanyaan Ariff Huzair.

"Bella, apa ni? Jangan buat kecoh dekat sini boleh tak? Adek baru saja tidur." Ariff Huzair menarik lengan Bella menjauhkan dari Jebat.

Bella menepis tangan Ariff. Dia pandang Jebat semula.

"Along kalau tak tahu apa-apa, baik along diam. Dan kau, Jebat! Kalau kau rasa dengan apa yang kau dah buat dekat adek ni dapat puaskan hati kau, tahniah. Tahniah Jebat! Tapi dengar sini baik-baik dengan apa yang aku nak cakap ni. Lepas apa yang kau dah buat sekarang ni, aku tak akan teragak-agak akan bawa adek jauh dari kau. Baik dia tak ada laki dari dia ada laki tapi laki tak guna macam kau! Kau laki yang tak layak dibuat suami! Kau bukan saja tak layak jadi suami adek tapi kau jugak tak layak jadi ayah kepada anak adek lah Jebat!" sembur Bella sambil menunding jari tepat ke muka Jebat.

"Bella!" sergah Ariff garang. Dia tidak menyangka sekeji itu Bella menghina Jebat.

"Apa semua ni Bella?" Abid mencelah setelah lama memerhati tingkah Bella. Dia yakin tentu ada sebab kenapa Bella mengamuk begini. Setahunya Bella bukanlah orang yang suka mengamuk kalau bukan ada perkara yang membuatkan dia hilang kesabarannya. Sebab itu Bella sesuai dengan Asmawi Haniff yang agak nakal itu. Sayangnya Asmawi telahpun pergi meninggalkan kami semua.

Bella mengigit bibir, menahan dari tersedu. Air mata mula membelah pipi gebunya. Cepat-cepat dia mengesat pipi basahnya dengan belakang telapak tangan.

"Bella... bagitahu angah dengan along... kenapa ni? Ada apa-apa yang Bella dan adek sorokkan dari kami semua ke?" Abid menghampiri Bella, memujuk.

Bella tidak segera menjawab. Dia gerakkan bebola matanya ke arah Dr. Dzharif dan Iskandar Sufian. Keduanya membisu, membiarkan saja Bella menerangkan keadaan Malihah yang sebenarnya kepada kedua abang kandung Malihah.

Keduanya cuma tahu rumah Malihah dimasuki penceroboh ketika Jebat berada diluar kawasan. Hanya itu yang mereka tahu. Selebihnya, Dr. Dzharif meminta Bella dan Kanda merahsiakan terlebih dahulu dari semua orang untuk keselamatan dan kesihatan Malihah. Dr. Dzharif juga risau kalau perkara ini memberikan kesan pada tahap kewarasan Malihah.

"Bella.. bagitahu angah.. kenapa ni?" Abid memujuk lagi. Hatinya berdetik rasa kurang enak lebih-lebih lagi bila mendengarkan apa yang diamukkan oleh Malihah tadi.

Bella memejam mata, mencari kekuatan. Air matanya makin galak menitis bagaikan tidak mahu mengalah. Tetap juga bercucuran keluar tanpa dipinta.

"Angah... adek... adek... sebenarnya..."

Bismillahirahmanirahim. Hari ini saya publish semula Aku Juga Ingin Bahagia 2.0 versi baru. Untuk prolog 1 n 2, saya tetap gunakan yang sebelum ini. Dan bab-bab yang seterusnya saya akan ubah n rombak semula bab2 yang sebelum ini. Untuk kali ni, saya minta maaf atas segala kesulitan yang dah saya bangkitkan. Terima kasih kepada yg setia menanti sy update AJIB 2.0. dgn penuh kesabaran. Tq untuk semua views. AJIB 2.0.

Share this novel

Wan Hamilah E'lah
2023-02-19 15:49:50 

oh... org pantai Timur rupanya

Wan Hamilah E'lah
2023-02-19 15:46:03 

boleh sis tahu haura asal mana ye?

Wan Hamilah E'lah
2023-02-19 15:45:39 

insyaallah semoga sis haura terus bersemangat dan mempunyai idea2 yg bagus dlm berkarya


NovelPlus Premium

The best ads free experience