Bab 4 : AJIB 2.0

Romance Series 507856

Bab 4

~You cannot start the next chapter of your life if you keep re-reading the previous one.~

Waktu pendaratan dijadualkan akan tiba jam 9 pagi waktu Malaysia. Aku kerling jam tangan, masih berbaki beberapa jam lagi aku akan menjejak kaki di tanah airku yang tercinta setelah hampir 5 tahun aku berpergian demi mendapatkan secebis ilmu.

Pepatah ada menyatakan, tuntutlah ilmu sampai ke negeri China. Bukan bermaksud kita perlu ke China semata-mata untuk belajar tapi maksud tersiratnya, tuntutlah ilmu walaupun terpaksa berhijrah ke tempat jauh sekali pun kerana menuntut ilmu itu satu kefardhuan.

Sekejap-sekejap aku meninjau ke luar tingkap. Langit masih bergelap, tapi sudah ada biasan cahaya putih dari ufuk sana menandakan sekejap lagi hari akan cerah. Makin tak sabar rasanya untuk bertemu dengan keluarga tercinta. Aku rindukan along dan angah. Hanya mereka berdua saudara kandungku yang masih ada di atas dunia ini.

Aku tersenyum lebar, menahan perasaan yang semakin tidak sabar. Tapi dalam masa teruja untuk menjejak kaki ke negara kelahiranku, aku dapat merasakan degupan jantungku makin kuat sampaikan aku rasa aku sudah terkena serangan panik. Entah apa yang aku panik pun aku tak pasti. Aku tekap tangan ke dada kiri, rasa sendiri tahap kekencangan dengupan jantungku.

Ya, kencang. Kencang macam aku baru sudahkan larian pecut 100 meter. Nak kata aku takut dan gayat berada di dalam pesawat, rasa macam tak logik pula. Ini bukannya kali pertama aku naik pesawat besar macam ni. Padahal sebelum ni aku kerap juga travel ke negara di sekitar Ireland jika ada masa terluang lebih-lebih lagi bila cuti semester. Ireland yang terletak di benua Eropah, berhampiran dengan kota London, Switzerland dan Itali dan banyak lagi negara yang memukau pemandangan jadi tersangatlah rugi kalau aku tidak mengambil peluang keemasan yang ada untuk berkenalan dengan negara luar. Ya kan?

"Dek, kau okay tak ni?" tegur Bella. Dia menoleh sedikit ke arahku. Tangannya menyentuh lengan kiriku.

Aku segera menoleh. Terkejut sebenarnya, tak sangka kelakuanku berjaya dikesan oleh Bella sedangkan tadi aku lihat dia elok saja lena berkongsi selimut dengan Kanda. Melampau tau budak berdua ni. Ber'sweet-sweet' depan aku, langsung tak hormat perasaan orang single macam aku ni. Huh!

"Dek?" Bella sekali lagi bertanya. Mukanya sudah memberi reaksi lain yang menunjukkan dia risau denganku. Bella ni tak sudah-sudah dengan sikap 'overprotective' dia. Dia dah macam mak-mak dah aku rasa.

"Aku... aku berdebar." Hanya itu yang aku mampu bagi dia jawapan.

"Berdebar? Kenapa? Ada apa-apa yang tak kena ke?" Biji mata Bella meluas. Terus tegak badannya sehingga selimut di badannya melurut jatuh ke lantai. Tangan Kanda yang memeluk pinggangnya juga dileraikan. Dia terus mengambil tanganku dan periksa nadiku di pegelangan tanganku sambil-sambil mengira detik kiraan jarum jam saat di jam tangannya.

Dia pandang aku. Tampangnya serius.

"Berdebar kenapa? Ada apa-apa yang menganggu fikirkan kau ke, dek?"

Aku menggeleng. Aku betul-betul tak tahu kenapa aku berdebar lain macam sekarang ni. Aku tak berfikir yang bukan-bukan pun!

"Betul ke ni?"

"Betul. Aku tak ada fikir apa-apa pun. Aku cuma rasa tak sabar nak jumpa along dan angah. Tu je. Tapi tak tahu lah kenapa, makin dekat nak sampai ni... makin kuat pulak aku rasa berdebar. Rasa macam ada someone tengah tunggu aku macam tu... Betul ke apa aku rasa ni, Bell?"

Terus Bella cerlung matanya kepadaku.

"Jangan nak mengarutlah dek. Aku tak suka." Dia menempelak serius. Dikawal suaranya agar tidak menganggu penumpang yang lain.

"Habis kau nak aku buat apa Bell kalau itu yang aku rasa..." Aku berkalih, kembali pandang ke luar tingkap. Merajuk dengan Bella yang tiba-tiba saja marahkan aku sedangkan aku cuma beritahu apa yang aku rasa saja. Salah aku ke?

Bella hembus keluh. Tangan kiriku diambil dan diusap sayang.

"Dek... aku bukan marah kau lah. Okay, Sorry-sorry ya kalau kau rasa aku marahkan kau. Kau pun tahu suara aku kan memang macam ni... Galau and kasar gitu..." ujar Bella sambil juling mata ke atas, kononnya menyampah dengan diri sendiri.

"Apa kata kalau kau fikir macam ni... kau anggap je 'someone' tu... along kau. Kalau bukan along, kau fikir orang tu angah. Diorang kan memang tengah tunggu kau. Dah 5 tahun kot tak jumpa, mestilah diorang excited nak jumpa adik dia yang cengeng ni." Sambung Bella.

Giliran aku pula hadiahkan dia satu jelingan. Sesuka hati dia saja cakap aku cengeng.

"Haip, jangan jelingan macam tu lah. Nanti Dr. D tahu, mati aku." Bella ketuk lengan aku.

Aku meyeringai tapi bila teringat Bella sebutkan nama Dr. D untuk Dr. Dzharif terus terasa lain macam.

"Dah kenapa pula kalau dia tahu, dia nak buat apa?" Aku sekadar bertanya. Sengaja nak tahu apa jawapan Bella. Bukannya aku tak tahu Dr. Dzharif sudah titipkan pesanan panjang berjela kepada Bella dan Kanda untuk jagakan aku ketika kami di balai pelepasan Dublin. Dah gaya macam kekasih nak berpisah je gayanya. Over kan Dr. Dzharif tu? Ingatkan itu, hatiku terasa berbunga-bunga. Sebenarnya aku malu untuk aku mengaku yang 'Dr. D is so sweet.'

"Dr. D dah pesan dekat aku dengan Kanda, dia minta aku tengok-tengok kan kau sepanjang dia tak ada ni. Nanti bila dah settle thesis dia, dia fly lah balik. Excited la tu kan?" Bella mengusikku dengan menolak sedikit bahuku dengan bahunya.

Aku kemam bibir, kawal ulas bibirku dari membentuk lengkungan lebar dengar Bella berkata begitu.

'Eh, kenapa tiba-tiba rasa pipiku panas? Kau dah kenapa ni Malihah?' Mahunya aku ni tak excited bila tahu Dr. Dzharif akan pulang ke Malaysia tidak lama lagi selepas selesai tugasan terakhirnya bagi penyandang gelaran doktor pakar neurologist. Katanya lagi mungkin selepas ini dia akan kembali berkhidmat di hospital keluarganya bersama dengan aku, Bella dan Kanda. Maknanya nanti kami bakal berganding di bawah satu bangunan yang sama.

'Aww.. Mananya aku ni tidak rasa excited?'

"Aku rasa kau dengan Dr. D tu sesuai lah dek. Macam pinang di belah dua gitu. Dr. Dzharif vs Dr. Malihah. Ngam kan?" Bella menambah, lampu agen pencari jodoh sudah menyala.

Aku menggeleng dengan angan Bella yang tidak sudah-sudah suka padankan aku dengan Dr. Dzharif tu.

Aku dengan Dr. Dzharif? Ya, memang aku rasa selesa sepanjang kami berkawan tapi untuk lebih daripada tu, aku rasa masih terlalu awal. Bukan aku tidak sudi tapi aku tidak mahu bergantung harapan terlalu tinggi. Rasa macam mustahil bila orang sesempurna dia cuba digandingkan dengan aku. Lagipun dia sendiri sentiasa menjaga jarak dan batas persahabatan kami.

Dr. Dzharif, termasuk dalam kategori lelaki yang memiliki hampir kesemua ciri-ciri idaman para gadis untuk dijadikan pendamping hidup mereka. Dia lelaki yang bekerjaya. Di usia yang tersangat muda dia sudah berjaya bergelar seorang doktor pakar. Bukan hanya sebagai doctor pakar, dia juga salah seorang pewaris kepada bilioner yang terkenal di Asia Tenggara. Sebut saja nama Tan Sri Yusran, jarang sangat orang tidak kenal. Dan aku juga tahu keluarganya bukan calang-calang orangnya. Setiap ahli keluarganya ada keistimewaannya yang tersendiri.

Sedangkan aku, apa yang aku ada? Aku cuma seorang yang gadis yang 'hilang' dan sedang mencari apa yang ada disebalik 'kehilangan' itu. Aku sedar yang aku masih mentah dan masih terkejar-kejar dalam mencari hala tujuku sendiri. Dengan apa yang aku ada sekarang, aku akan bina kehidupanku yang serba kekurangan ini untuk jadi yang lebih baik.

"Hish kau jangan nak mengarutlah Bell. Aku dengan dia, bagai pinang dibelah dua? Uff.. Kalau dibelah empat belas, cincang lumat sekali pun... Mana ada sesuainya aku dengan dia, Bell. Sekadar nak berangan-angan mat jenin tu boleh lah, nak lebih-lebih jangan. Malu aku nanti." Aku deras memangkah angan-angan Bella sebelum angan-angan itu menjadi parah. Selimut yang ada di paras pinggang, aku naikkan sedikit ke paras dada. Sejuk pula rasanya bila berdebat soal ini.

"Kenapa jangan pulak? Kau tak suka Dr. D ke?" Bella memicing matanya ke arahku. Aku lepas keluh lagi.

"Bukan macam tulah Bell."

"Haaa aku tahu... kalau bukan macam tu... maksudnya kau suka Dr. D lah kan? kan? kan? Suka. Suka. Aku suka sangat kalau kau dengan Dr. D. Tak sabornya aku nak tengok kau dengan Dr. D bergini-gini..." Bella merapatkan kedua jari telunjuknya sambil bersorak girang.

Aku segera letakkan jari telunjukku di bibirku sambil tegakkan tubuh mengintai penumpang yang lain. Nampaknya yang lain masih lagi lena diulit mimpi berada diatas awan-awangan.

"Diam lah Bell. Kau ni dah macam budak-budak lah. Kalau orang lain dengar macam mana? Jangan nak ganggu orang lain tidur boleh tak?"

Bella menyeringai tanpa riak bersalah sebelum menutup mulutnya. Aku hadiahkan dia jelingan tajam. Perangai dia ni tak ubah langsung walaupun dah jadi isteri orang.

"Mananya aku ni tak excited, dek? Bukannya senang aku nak dengar pengakuan ni tau walaupun secara tidak rasmi. Aku ni dah lama sangat tunggu kau nak terima 'kasih' Dr. D tu... kau tu la yang selalu buat donno tiap kali Dr. D bagi hint dekat kau. Apasal susah sangat kau nak terima dia ha?" Bella jeling aku tidak puas hati. Tak dan aku nak membalas, Bella menyambung.

"Tapi kan... aku nak sangat Dr. D tu ada masa hari sanding aku nanti. Mesti terbeliak habis mata anak-anak dara dekat kampung kita tengok Dr. D tu kan?"

Aku melopong. Bella ni dah melalut ke hari persandingan dia pulak dah! Ya, kawan-kawan. Bella dan Kanda akan bersanding dan dirai seperti pengantin baru yang lain meskipun usia perkahwinan mereka berdua sudah masuk tiga bulan. Kata Pak long aku iaitu ayah Bella kenduri kendara akan berlangsung selepas seminggu kami pulang ke tanah air. Majlis tahlil untuk arwah ibu, ayah dan achik juga akan diadakan sekali.

"Aku rasa kan, kalau kau yang bagitahu Dr. D yang kau nak dia ada dalam majlis tu nanti, mesti berdesup dia sampai, kan?" Sekali lagi bahu aku Bella tolak dengan bahunya.

Aku berdecit, Bella dah fikir macam-macam pulak dah!

"Apa kau melalut ni Bell? Kau nak aku dengan Dr. D tu macam ni?" Aku juga ikut sama buat macam yang Bella buatkan, cantum kedua jari telunjukku dan aku menyambung kata,

"Kau sedar tak aku dengan dia macam mana? Bagai langit dengan bumi tahu? Tak serasi. Macam kata orang enggang dengan pipit mana boleh bersama. Tak sekufu. Nanti tak pasal-pasal aku kena perambat dengan Tan Sri tu sebab dah cuba-cuba pikat anak dia. Eh tak nak ah aku."

Bella tergelak tapi sekejap saja, dia kembali memandangku dengan muka seriusnya.

"Siapa kata kau dengan Dr. D tu tak serasi? Kau bagitahu aku... siapa yang cakap dengan kau macam tu? Kau bagitahu aku cepat, aku nak lempang dia!"

Tergamam terus aku. Bella dah kenapa, serius lain macam?

"Kau dengar sini, Siti Nur Malihah. Dengar baik-baik apa yang aku nak bagitahu ni. Dalam banyak-banyak lelaki yang hampir nak pupus spesis yang boleh dibuat laki ni, percayalah cakap aku. Hanya Dr. D saja lelaki yang betul-betul layak untuk kawan baik aku yang sorang ni. Tak ada orang lain dan tak kan ada yang lain, kau faham?"

Aku angguk. Mengiakan saja.

"Good. Sekali lagi aku dengar kau cakap kau dengan Dr. D tu tak sesuai macam enggang, pipit ke apa, kau tengoklah apa aku boleh buat nanti. Kau jangan buat aku hilang kewarasan aku sekali lagi. Sebab kalau aku hilang kewarasan aku sekali lagi, kau tak kan sanggup tengok. Kau faham, Malihah?"

Aku angguk lagi. Seriau juga aku bila Bella dah mula memanggilku 'Malihah'. Itu tandanya dia tidak main-main dengan apa yang dia cakap.

Bella menghenyakkan belakang tubuhnya kembali ke belakang kerusi setelah berpuas hati dengan jawapanku. Dia tarik nafas dan hembus. Tarik dan hembus lagi. Dia sedang menenangkan dirinya sendiri. Aku pula menikus di sebelahnya. Nak bersuara pun aku takut. Bella pandang aku semula. Kali ni tatapannya sudah berubah. Ada sayu. Ada sedih.

"Kau tak layak untuk sesiapa dek. Kau hanya layak untuk Dr. D. Hanya dia yang aku tahu dan percaya yang boleh jaga kau dengan lebih baik daripada orang lain. Lebih daripada aku dengan Kanda. Lebih daripada along dan angah. Kalaulah kau tahu apa yang kau tak tahu dek, tentu kau akan faham kenapa aku cakap macam ni..." sambung Bella lalu mengatup kelopak matanya. Ada cecair jernih turun dari kelopak itu.

Aku terbungkam.

'Apa yang Bella cakapkan ni? Kenapa dia menangis? Apa yang dah aku buat sampaikan Bella menangis? Dan... apa yang Bella tahu yang aku tak tahu ni?'

"Kau tahu apa impian aku, dek?"

Keningku menaik, menanti Bella menyambung.

"Aku nak sangat tengok kau dengan Dr. D bahagia macam pasangan lain dan aku tak sabar nak tunggu hari tu tiba. Walaupun dengar macam mustahil untuk kau tapi aku percaya, hari tu akan tiba juga suatu hari nanti. Kau tak percaya cakap aku, kau tunggu. Kau sendiri yang akan lamar dia bila tiba masa tu nanti." Tambah Bella lagi dengan matanya terpejam. Dia tahu aku dengar apa yang dia katakan itu.

"Apa yang kau tahu dan aku tak tahu, Bell?" Aku memberanikan diri menyoal Bella dengan perlahan. Sungguh aku kepinginan untuk tahu semua kisah masa lalu aku tapi aku harus dengar apa yang dinasihatkan oleh Dr. Dzharif. Kata Dr. Dzharif aku tidak boleh terlalu memaksa diri untuk mencari siapa aku yang dulu kerana itu boleh menjejaskan kesihatanku yang baru saja pulih.

Bella membuka matanya. Air jernih masih ada di takungannya.

"Kau tak akan sanggup tahu apa yang kau tak tahu, dek. Allah dah tarik ingatan kau yang sebelum ni bukan untuk kau cari balik semua tu tapi sebab Allah tahu kau akan lebih bahagia dengan cara yang macam ni. Bagi aku, setiap apa yang jadi tu ada hikmahnya. Cuma apa yang aku nak cakap, kalau suatu hari nanti kau dapat balik ingatan kau yang hilang, kau kena redha atas apa yang jadi. Bukan salah kau dan jangan sesekali salahkan diri kau. Dan juga bukan salah sesiapa. Semuanya qada dan qadar Allah."

Aku menekup dadaku. Ayat-ayat Bella sungguh menusuk ke jantungku. Kenapa aku rasa sesuatu bila Bella bagitahu aku macam tu?

Share this novel

Roshasniah Mustafa
2023-05-17 15:47:00 

yey Jebat Dh bgn


NovelPlus Premium

The best ads free experience