Bab 6 : AJIB 2.0

Romance Series 515828

Bab 6

~Be with the people who bring out the best in you.~

Kenduri kesyukuran dan doa selamat sempena kepulangan kami bertiga diadakah di rumah Pak long Mustafa, ayah Bella yang merupakan abang kepada arwah ayah. Bacaan tahlil turut diselitkan pada malamnya untuk disedekahkan kepada insan-insan yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami.

Nasib baik aku masih ada Pak long Mustafa dan Mak ngah Safwah, membolehkan aku menumpang kasih seorang ayah dan ibu dari mereka. Lagipun rupa ayah dengan Pak long Mustafa tu lebih kurang sama. Jadi sedikit sebanyak boleh aku menempias rasa rinduku pada arwah ayah walaupun tidak sama dan tidak akan sesekali dapat mengantikan tempat ayah di hatiku sekurang-kurangnya mereka berdua datang dari darah dan keturunan yang sama. Itu sudah memadai bagiku. Saudara mara sebelah ibu pula, aku tak seberapa ingat. Mungkin sebab kami jarang berjumpa, jadi itu sebabnya aku tak ingat.

Dari kejauhan aku pandang Bella dan Kanda yang tengah sibuk melayan tetamu yang datang. Seronok betul pasangan pengantin tu. Bella kelihatan cantik dan berseri-seri dengan baju pengantinnya dan Kanda juga tidak kurang segaknya. Aku menumpang gembira dengan penyatuan mereka berdua. Mereka berdualah sahabatku dunia dan akhiratku.

Pandang Kanda, tiba-tiba teringat cerita Bella. Kalau diikutkan cerita Bella, dulu Kanda tu spesis yang lembut-lembut gitu tapi lepas apa yang terjadi pada aku 5 tahun lepas, membuatkan Kanda berubah jadi seorang lelaki sejati. Kata Kanda, dia tak yakin boleh melindungi aku kalau dia masih dengan fiil yang lama. Reaksi aku bila Bella cerita macam tu, tentulah aku rasa pelik. Dah kenapa jadikan aku sebagai penyebab untuk dia berubah macam tu?

"Ehem! Jauh adik angah ni termenung. Ingatkan siapa?' Angah menegurku lalu mengambil tempat berdiri disebelahku.

Aku pandang Angah sekilas.

"Tengok Bell dengan Kanda tu. Sepadan, macam pinang dibelah dua," jawabku sambil muncung mulutku ke arah mereka berdua.

"Tak sangka berjodoh pula diorang." Angah mengulas. Juga melemparkan pandangan ke sana.

"Itulah. Bella ada bagitahu adek, dulu dia suka achik. Betul ke, ngah?" soalku pula bila teringatkan Bella pernah bagitahu aku yang dia sukakan Achik sejak dari zaman sekolah. Kira macam sepupu minat sepupulah, normal la kan?

Angah senyum hambar.

"Emm.. sempat juga diorang tu couple sebenarnya."

Terjatuh rahangku.

"Betul ke, ngah?" Aku meluaskan mataku.

'Uishh tak sangka pulak aku yang Bella betul-betul boleh tangkap cintun dengan achik. Tapi kenapa Bella tak bercerita panjang pasal tu? Atau Bella memang tak nak buka kisah duka dia? Kalau betul apa yang Angah kata, mesti Bella juga rasa keperitan yang aku rasa.' Lambat-lambat aku halakan semula mataku kepada Bella. Bella sedang tersenyum manis disamping Kanda. Bibirnya juga tidak lekang dengan senyuman, mungkin saja Bella sudah jumpa penawar luka dihatinya. Dan ubat itu adalah Iskandar Sufian. Fikirkan itu tiba-tiba rasa sedih itu datang. Kali ini rasa sedih ini, aku khaskan untuk Bella.

"Bella pun macam kita, dek. Turut terasa kehilangan orang yang dia sayang, orang yang dia cinta. Achik dengan Bella pernah merancang untuk berkahwin sebelum kemalangan tu. Achik pun dah cukupkan duit untuk hantaran, mas kahwin dan majlis diorang. Macam-macam persiapan dah achik dan Bella siapkan."

"Achik betul-betul serius nak kahwin dengan Bella. Bella pun sama, plan diorang lepas kahwin baru Bella akan masuk U sama-sama dengan adek tapia pa boleh buat dek, kita ni manusia. Kita hanya mampu merancang tapi bukan kita yang menentukan setiap perancangan kita tu mampu mengikut kehendak yang Maha Esa. Dia dah tetapkan setiap sesuatu kejadian. Kejadian tu, bukan saja kita yang terasa sakit dan pedihnya kehilangan tapi Bella juga merasai rasa yang sama. Jadi jangan pernah kata Bella tak faham apa yang kita rasa."

Lagi aku tersentak bila Angah buka cerita kisah Bella dan arwah Achik yang selama ini aku tidak tahu. Terasa diri ini sungguh kerdil dan tidak layak digelar kawan baik kepada Bella sehinggakan perkara sebegini penting pun aku tidak tahu. Adakah selama ini aku cukup kenal Bella sepenuhnya?

"Sesungguhnya jodoh, pertemuan, ajal dan maut... semuanya ditangan Allah, kan dek? Apa yang kita rancang, tak semuanya ada dalam perancangan Allah." Angah meyambung.

Terasa pipiku basah, lekas aku seka sebelum ada tetamu lain perasan. Sungguh aku rasa sedih dengan kisah dan cinta tak kesampaian Bella dan arwah Achik.

"Adek... adek tak tahu pun..."

Angah senyum, dia pegang bahuku.

"Tak apa, kami faham. Adek pun tak sihat sepenuhnya lagi, macam mana adek nak ambil tahu semua kisah tu. Lagipun kami tak nak bebankan adek. Adek dah cukup 'sakit' selama ni." Angah usap bahuku.

"Angah tengok adek ada depan angah macam ni pun angah dah lega. Angah dah rasa cukup. Angah dah rasa syukur. Angah tahu adek marah angah bila angah paksa adek pergi belajar di Ireland tapi percayalah, angah buat semua tu untuk sembuhkan adek." Sambung Angah lagi.

Aku kemam bibir sambil fikiranku teringat semula moment aku dimarahi oleh Angah suatu ketika dulu. Dia berkeras mahu aku terima biasiswa yang ditawarkan oleh Putera Private Medical Hospital untuk melanjutkan pengajianku dalam bidang kedoktoran 5 tahun yang lepas.

"Terima kasih sebab angah paksa adek terima biasiswa tu. Kalau bukan sebab angah yang paksa, tak mungkin adek jadi Dr. Malihah hari ni kan?"

Angah senyum lagi. Dia angguk setuju dengan pendapat ku. Ya, aku tak salahkan dia berkeras denganku.

"Adek..." Along datang mencelah antara aku dengan Angah. Kami berdua menoleh kepada Along.

"Ada orang datang cari adek." Beritahu Along.

Aku naikkan kening. Angah dan Along, aku pandang bergilir-gilir. Angah angkat bahu. Along pula menanti aku mengikutnya.

"Siapa cari adek?" tanyaku tanpa berganjak. Pelik, siapa cari aku?

"Jomlah. Nanti adek kenallah dengan dia. Dari tadi lagi dia cari adek." Along tanpa pedulikan riakku terus sambar lenganku. Mengheretku untuk mengikutnya. Beberapa orang tetamu mula mencuri pandang ke arah kami bertiga.

"Hah? Siapa cari adek ni? Jangan buat suspen macam ni boleh tak along?" Aku mengeraskan tubuhku. Dadaku mula berkompang.

"Siapa cari adek, long?" Angah pula bertanya. Dia juga mahu mengikut ke mana Along mahu mengheretku.

"Ada lah. Adek, ikut jelah." Along mengesaku.

"Tak nak." Aku berkeras. Rasa tak sedap hati.

"Jom lah." Along juga berkeras.

"Tak nak. Adek cakap tak..."

"Siti Nur Malihah."

Ada suara lain menyeru namaku dibelakang Along membuatkan pergerakkan terkaku. Tangan Along yang pegang lenganku juga terlepas. Perlahan-lahan aku angkat pandanganku menyentuh seraut wajah yang sedang berdiri di belakang Along. Bila mata kami bertentangan, aku terpaku. Tak percaya dengan apa yang aku lihat dan tak sangka dia yang aku jumpa di sini.

Dia... kelihatan sungguh segak dalam persalinan baju melayu warna ungu muda dan kebetulan sedondong pula dengan baju kurungku.

"Malihah." Sekali lagi dia menyeru namaku. Ulas bibirnya merekah, membentuk satu senyuman yang selalu dia lemparkan untukku. Hanya untukku.

Aku terpaku. Kaget dengan kemunculannya. Mulut terkunci dan hanya mata saja tetap setia tertumpu kepadanya. Langsung tidak berkelip. Dan juga rasa sayang untuk berkelip walaupun sesaat. Aku takut andai kata aku kerdipkan mataku, apa yang aku lihat ini hilang. Aku takut ini cuma imaginasi aku semata.

Aku kemam bibir, mula berfikir secara rasional. Mana mungkin dia ada disini. Dia berada nun jauh di Ireland sana yang jauhnya beribu batu dari sini dan mustahil dia boleh tiba-tiba muncul di depan aku macam ni. Walaupun aku dan Bella ada menjemputnya datang ke sini untuk meraikan hari bahagia Bella dengan Kanda tapi itu tak bermaksud yang aku betul-betul mengharapkannya datang. Lagipun aku tahu dia sedang sibuk menyiapkan tesisnya. Tak tergamak aku nak memaksa dia datang. Siapa dia kepada aku, dan siapa aku kepada dia? Aku harus sedar dimana kedudukan kami.

"Malihah?" Dia mendekat lalu memetik jarinya di hadapan mukaku, langsung membuatkan aku tersentak dari terus bermonolog.

"Kenapa?" tanyanya, dengan senyuman mengusik seperti selalu. Keningnya dinaikkan sedikit. Mungkin dia rasa lucu lihat aku yang melongo melihatnya. Sememangnya muka aku tak pandai menipu sungguh!

"Dr. Dzharif?" soalku antara dengar dengan tidak. Aku inginkan kepastian dengan apa yang aku lihat, adakah ini ilusi semata ataupun tidak.

Dia angguk dan terus menatapku sehingga pipiku terasa membahang.

Aku segan dengan tenungannya. Aku langsung toleh ke kiri dan kananku mencari wajah Along dan Angah. Along dan Angah juga angguk sebagai jawapan kepada persoalan yang bersarang di fikiranku sedari tadi. Ya, aku tahu keduanya sudah kenal dengan Dr. Dzharif. Dr. Dzharif, doktor yang bertanggungjawab menguruskan kes aku suatu ketika dulu.

Lihat kedua kekanda kesayanganku mengangguk, sah aku bukan berimaginasi! Dihadapan aku ini, Doktor Dzharif. Lelaki yang selalu ada denganku ketika aku jauh dari keluargaku. Doktor yang selalu bagi aku semangat dan kata-kata untuk aku terus bangkit dari kesedihan dan kemurunganku tatkala memikirkan kondisi kesihatanku.

'Tapi... aku masih lagi hairan, apa dia buat disini?'

"Dr. Dzharif buat apa dekat sini?" soalku dengan kening yang berkerut.

Masih tidak percaya, sejujurnya. Tipulah kalau aku cakap aku tak teruja dengan kemunculan dia. Aku teruja, sungguh. Tapi aku cuba kawal keterujaanku agar tidak terlalu nampak, nanti aku sendiri yang termalu. Jauh disudut hatiku, aku rindukan dia. Terasa sunyi bila tiada lagi dia yang selalu bertanya khabar. Terasa kosong bila tiada lagi dia yang selalu bersungguh-sungguh untuk membawa aku ke tempat yang indah di sekitar Ireland bila kami ada kelapangan waktu.

'Hubungan kami, aku tak tahu apa. Kawan? Kekasih? Atau apa? Kami tidak pernah berbincang tentang hala tuju hubungan kami. Jadi haruslah aku berhati-hati dalam memberi sekeping hati biarpun aku cukup selesa dengannya.'

"Uhh.. it's hurt! Saya tak boleh ada dekat sini?" Seperti selalu, soalan dibalas dengan soalan.

Aku berdecit. Geram juga bila tiada jawapan yang tepat kepada soalanku.

"Dr.!" Kanda tiba-tiba menjerit, teruja dengan kemunculan Dr. Dzharif.

Kami berempat menoleh ke belakang. Kanda dan Bella menghampiri dan menyapa Dr. Dzharif. Keduanya gembira dengan kunjungan Dr. Dzharif yang tidak disangka-sangka itu. Tak lama mereka bertanya khabar, keduanya dipanggil semula ke pelamin. Sesi fotografi bersama keluarga diteruskan. Tinggallah kami berempat semula. Along berdeham, pandang aku dengan Dr. Dzharif sebelum menyiku lengan Angah disebelahnya.

"Along pergi dekat Pak long sekejap. Angah, jom." Along berlalu diikuti dengan Angah. Keduanya memberi peluang untuk aku melayani Dr. Dzharif.

"Jom kita berbual dekat luar, Dr." Aku terlebih dahulu melangkah ke luar rumah Pak Long. Tak seberapa selesa dengan mata-mata yang curi mengintai Dr. Dzharif. Mentang-mentanglah orang kacak lagi segak tiba-tiba muncul dekat kampung ni, naik juling habis mata anak-anak dara bersertakan mak dara sekali. Nenek dara pun termasuk juling sekali. Hish!

Share this novel

norsila
2023-05-22 19:39:07 

ingat si mimo dah brcerai ...dah smua galakkn mimo samo dr tu...elok mimo samo dr tu dri si jebat jahat tu..hehe


NovelPlus Premium

The best ads free experience