Bab 13
~Not friends, not enemies, just strangers with some memories.~
"Mum... mmy?" Umai berdesis, hanya bergetar dihujung bibir saja tapi mampu sampai dengan jelas di halwa telingaku.
Semerta itu juga aku kejung di ambang pintu. Terpinga-pinga. Berkerut habis dahiku.
'Mummy? Mummy apa?'
"Mummy... you're here..." Tanpa mempedulikan aku, Umai mengumam lagi. Matanya yang bulat dan hitam pekat itu turun naik memandangku sebelum berhenti lama di wajahku. Seolah-olah dia sendiri tidak percaya dengan apa yang dia sedang lihat. Mata itu juga tidak berkerdip merenungku.
'Kenapa... kenapa Umai tengok aku macam tu?' Aku tertanya-tanya, kehairanan.
Pelik juga aku dengan cara Umai pandang aku. Cara dia pandang aku tu macam dia pernah lihat aku sebelum ini tapi dia tak percaya yang aku sedang berdiri di depan dia sekarang ini. Atau dia sebenarnya tak cam yang aku ni si aunt cantik yang sebelum ini dia sesuka hati merengek untuk minta tukar tempat duduk dengannya dalam bas tadi semata-mata mahu duduk dengan bffnya. Dan tak pasal-pasal juga aku kena duduk dengan daddynya. Huh!
'Dia dah lupa ke? Ke nak aku ingatkan balik kisah tadi?' Nak je aku hamburkan dia begitu tapi tak sampai hati bila aku sedar mata itu masih setia melekat diwajahku. Matanya terbias sesuatu.
"That's you mummy..." Dia melirih lagi tanpa mempedulikan aku yang tercenggang dengan reaksinya.
Dia mara setapak, menjadikan dia betul-betul berdiri dihadapan aku. Aku kaget tapi tidak pula aku berganjak dari tempatku. Sejujurnya aku tak tahu apa yang perlu aku respon kepada anak kecil ini bila dia tidak berhenti-henti menggelarku 'mummy'. Tipu kalau aku katak yang aku langsung tidak terkejut dengan situasi ini. Serius, aku terkedu!
Umai mendongak, matanya tunak memandangku. Mata yang bulat dan selalu bersinar itu nampak berair kini. Makin tergamam aku jadinya.
"Mummy... that's you, right?" lirih Umai menyoal sambil tangan kecilnya menyentuh tangan kananku. Matanya menikam mataku.
Aku kelu, membisu. Lidah bagaikan dipasung dari berkata-kata biarpun ada seribu satu persoalan sedang berlegar-legar dibenakku.
"Finally, I found you mummy!" Umai tanpa ternanti-nanti lagi terus menyembamkan muka ke dalam pelukanku. Kakiku dirangkul erat, kemas bagaikan tidak mahu lepas. Tindakan reflaksku kedua tanganku melayan ke atas, terkejut.
"I really miss you, mummy..." bisik Umai.
Aku tengadah. Dalam masa yang sama juga satu susuk tubuh tinggi dan tegap muncul di hadapan pintu bilik hotelku. Biji matanya meluas, terkejut melihat si anak yang sedang erat merangkulku. Matanya naik memandangku dan aku membalas pandangan itu. Seketika mata kami saling bertaut sebelum dia memutuskan renungan itu dengan menggerakkan bebola matanya ke dadaku. Dan sekali lagi mata itu meluas, terkejut tatkala melihat sesuatu yang tergantung di leherku. Muka itu langsung berubah, segera dia mengalihkan pandangan dan berdecit halus.
"Umai rin.. du mummy." Umai dengan lirihnya meluahkan lagi tanpa sedar si ayah sedang berdiri dibelakangnya.
"Umai..." Encik Is menegur anaknya. Muka yang mendung itu dikawal sebaik mungkin.
Umai mengangkat muka, toleh kepada ayahnya. Segera dia melepaskan rangkulannya dan berlari mendapatkan Encik Is. Lengan ayahnya ditarik.
"Daddy, look! This is mummy. I found her, daddy!" Umai mengujar girang dan teruja sambil menunding jari ke arahku. Lengan ayahnya juga digoncang-goncang, ditarik-tarik.
Aku yang tidak tahu apa-apa, terkebil-kebil melihat adegan itu.
'I found her? Apa maksud Umai ni? Dia cari siapa? Ken.. kenapa dia tunjuk-tunjuk aku pula ni?'
Encik Is curi pandang aku sekilas sebelum menghembuskan keluhnya. Dia merebahkan kedua belah lututnya ke lantai, menyamai ketinggian si anak.
"Umai..." Encik Is menarik kedua lengan Umai menghadapnya.
Aku menanti apa yang akan diperkatakan oleh Encik Is kepada anaknya yang seronok menggelarkan aku si 'mummy'.
"Yes daddy?"
Pandangan redup Encik Is menikam mata anak gadisnya dengan muka sedikit keruh. Lama dia tenung anak itu sebelum dia membasahkan bibirnya. Aku pula yang dilanda keresahan menanti apa yang bakal terkelur dari mulut itu. Aku dapat merasakan apa yang akan dia tuturkan itu mungkin akan merobek jiwa si anak.
"She is not... she is not your mama," ungkap si ayah dengan penuh berhati-hati. Tangannya mengusap lembut lengan si anak.
Umai mencebik bibir. Dia berpeluk tubuh. Protes dengan ayahnya.
"Yes, I know daddy. She is not my mama... but she is my mummy. I know it!" Umai sedikit membentak.
"Umai!" Encik Is menegur dengan suaranya sedikit keras. Tak suka Umai membentak begitu.
"I know she is my mummy. I always see her picture in our house. And dad too, you always see her picture. Right?" Umai bertegas, tidak mahu mengalah.
Mataku semerta meluas. Encik Is deras memanggungkan kepalanya kepadaku. Dia juga terkedu dengan jawapan Umai.
"Mak usu..." Kasih tiba-tiba muncul dibelakangku.
Kami bertiga berpaling. Kasih menghulurkan telefon pintarku kepada ku.
"Uncle D call mak usu. Dah banyak kali dia call." Beritahu Kasih.
Encik Is memulangkan semula pandangannya dari Kasih Hanim kepadaku. Aku turut melihatnya. Entah kenapa, aku bagaikan sedang menanti apa responnya. Respon yang aku terima darinya adalah halkumnya bergerak disertakan dengan rahangnya dikertap. Nampak macam dia marah dan tak selesa. Tapi kenapa?
"Jom, Umai." Dia mendukung anak gadisnya lalu dibawa pergi. Sempat juga dia berikan aku satu jelingan tajam. Aku tergamam lagi.
"But... but... dad... dy..."
"Mak usu... Dr. D call mak usu lagi ni." Kasih sekali lagi memberitahuku.
Aku tersentak. Bayang-bayang Encik Is dan Umai sudah hilang dari pandangan mataku di sebalik lif. Aku tunduk pandang skrin telefon bila terasa telefonku bergetar lagi.
'Dr. Dzharif!'
Ya Allah, aku hampir terlupa untuk menghubungi lelaki itu walhal aku sudah berjanji untuk menghubunginya bila aku tiba di tanah tinggi. Aku berdeham, meneutralkan balik kepincangan detak jantungku gara-gara Umai dengan ayahnya tadi. Dengan sedikit terketar-ketar aku menyambut panggilan itu. Aku bukannya terketar-ketar untuk bercakap dengan Dr. Dzharif tapi aku masih lagi terkejut gara-gara topik yang dibual oleh Encik Is dan Umai.
"Hello, assalamualaikum Dr. D."
"Waalaikummusalam. Awak dah sampai Cameron?" tanyanya dengan suara yang sedikit garau.
Mendengarkan suaranya begitu, aku tunduk pandang jam ditangan. Jarum jam hampir menunjukkan jam 2 petang. Ini bermakna Dr. Dzharif disana baru sahaja bangun tidur, sekitar jam 7 pagi. Ini kerana perbezaan masa antara Malaysia dengan Ireland adalah lewat 7 jam.
'Eh, sekejap! Alamak dah jam 2 petang, masa untuk kami berkumpul di lobi. Aku pulak masih belum selesai pakai tudung!'
"Alhamdulillah dah. Maaf, saya lupa nak bagitahu Dr. saya dah sampai," ujarku serba salah.
Dia menghela nafas. Kelegaan.
"It's okay. Saya dapat tahu awak dah selamat sampai pun, saya dah lega. So, plan nak ke mana petang ni?"
"Emm... kalau ikut jadual program, kami akan ke Agro Mardi and Cameron Bharat plantation." Aku menjawab lantas bergerak ke almari solek untuk memakai tudung yang belum siap sepenuhnya. Kasih memandangku tidak puas hati sambil ketuk-ketuk jam tangannya. Aku angguk-angguk sambil menyebut 'sorry' tanpa bunyi suara.
"Oh, okay awak... hati-hati pergi sana ya? Kalau jadi apa-apa hal cepat-cepat bagitahu saya ya?"
Aku tergelak kecil dengan pesanan yang selalu dia titipkan untukku. Rasanya aku dah boleh hafal dialog pendek itu.
"Kalau saya kata ada jadi apa-apa, Dr. akan terus sampai sini ke?" gurauku sekadar mahu tahu apa jawapannya.
"Immediately saya akan sampai. Jangan pernah main-main denga napa yang saya katakana Malihah." Dr. Dzharif membalas dengan sedikit tegas, aku tersenyum dengan balasan itu.
"InsyaAllah Dr., saya akan cuba jaga diri saya dengan Kasih sebaik mungkin. Dr. doakan untuk saya ya? Dr. pun sama, jaga diri elok-elok dekat sana."
"InsyaAllah saya doakan. Emm... awak, pakai mask?"
Berkerut dahiku dengan soalan yang bagi aku 'out of topics' itu.
'Dah kenapa sama macam saja dengan pesanan penaja dari angah dan along ni? Kenapa diorang nak sangat aku pakai mask sepanjang aku dekat sini? Ada apa-apa yang salah ke kalau aku tak pakai mask?' omelku tidak puas hati. Pakai mask, rimas kot! Ingat ni tahun 2020, tahun di mana wabak covid-19 melanda seluruh dunia.
"Kenapa semua orang nak saya pakai mask? Tak boleh ke kalau saya tak pakai?" tanyaku sedikit meninggi, tidak puas hati dan geram kepada si Angah dan Along tapi aku lepaskan kepada Dr. Dzharif. Turut terhenti tanganku yang sedang melilit lebihan tudung di kepalaku.
"Bukan... bukan macam tu... maksud saya,"
"Ayah, morning!" Satu teriakkan suara anak kecil menganggu perbualan antara aku dengan Dr. Dzharif.
"Hey, morning angel! Sorry Malihah, I will call you back okay?" Panggilan segera ditamatkan oleh Dr. Dzharif.
'Ayah? Siapa pula yang panggil Dr. D., ayah ni?' Aduh makin berbelit pula kisah aku sekarang ni. Berdenyut-denyut kepalaku. Boleh migran aku kalau macam ni.
* * *
Kalau datang ke Cameron tidak lengkap rasanya kalau tidak singgah di ladang teh. Ladang teh dan buah strawberi boleh dikatakan ikon kepada Cameron Hinghlands. Mengikut kepada jadual yang diaturkan oleh pihak penganjur program, kami akan ke Cameron Valley Bharat Tea Plantation selepas selesai melawat ke Agro Mardi. Cameron Valley Bharat Tea Plantation merupakan pengeluar kedua yang terbesar di Malaysia yang mengeluarkan Cameron Valley Tea. Ianya terletak di kawasan Ringlet iaitu kira-kira 5 km dari Tanah Rata. Dikatakan ladang ini diusahakan oleh sebuah keluarga yang datangnya dari Uttar Pradesh, India.
Sepanjang perjalanan ke sana Kasih mendengar cakap ku, dia tidak lagi merengek meminta untuk menukar tempat duduk seperti sebelum ini. Mungkin sebab dia sudah serik selepas aku membebel panjang di kamar hotel sebelum turun tadi. Umai juga sama, elok saja dia duduk di sebelah ayahnya cuma dia tidak sudah-sudah merenungku sehingga aku naik hairan dengannya. Tapi anehnya dia tidak lagi memanggilku dengan gelaran 'mummy' semenjak bas kami bergerak dari hotel tadi. Agaknya apalah yang diterangkan oleh ayahnya mengenai isu itu ya? Encik Is kembali dingin denganku seperti sebelum kami tiba di tanah tinggi. Dia tidak menyapaku dan aku juga tidak menghiraukan kehadirannya. Dia tak sudi, aku juga tak hingin!
Aku dan Kasih berdiri setibanya giliran kami untuk turun dari bas, serentak pula dengan Encik Is yang turut sama mahu keluar dari tempat duduknya. Aku bergerak ke kiri, dia juga bergerak ke kiri. Aku ke kanan, dia juga ke kanan. Aku berdecit, terasa dipermainkan olehnya. Sudahnya aku diam, tidak bergerak. Mukanya juga aku tidak pandang.
"Ladies first," ujarnya sambil memberiku ruang untuk keluar terlebih dahulu.
Aku hanya menurut dan terus melangkah bersama Kasih. Keluar saja dari perut bas, aku ke kafe di mana yang lain sudah menanti di situ. Di Bharat Tea Plantation ini ada disediakan sebuah kafe yang menjual pelbagai jenis cake and pastry filling, aiskrim, jem starwberi dan air teh pelbagai perisa. Selain kafe ada juga kedai yang menjual pelbagai jenis teh. Kedai menjual cenderahati juga turut disediakan.
Nampaknya hanya kami berempat saja yang lambat tiba berdasarkan kepada keadaan meja yang sudah penuh dengan pengunjung. Di sini memang selalu sesak dengan pengunjung lebih-lebih lagi pada hujung minggu. Masing-masing berebut mahu mendapatkan meja yang berada di luar yang berhadapan dengan ladang teh. Pemandangan ladang menghijau itu yang 'mahal'.
"Malihah, sini!" Kak Sah memanggilku dari satu sudut. Aku berpaling, kelihatan dia melambai-lambai ke arahku. Aku dan Kasih cepat-cepat mendapatkannya sebelum tempat kosong di mejanya diambil orang lain. Kebetulan pula di situ ada lagi empat kerusi yang masing kosong.
"Eh mana Is?" Kak Sah bertanya sesudah aku melabuhkan duduk.
Aku menggeleng, entah tak tahu dan tak nak ambil tahu. Mahu saja aku membalas begitu tapi pasti Kak Sah akan fikir yang bukan-bukan nanti, jadinya baik aku diam saja. Kak Sah melilau lagi, mencari Encik Is mungkin.
"Is, sini!" Dengar Kak Sah berteriak memanggil Encik Is, terus aku tersentak. Berdoa dalam hati semoga lelaki itu menolak pelawaan Kak Sah dengan memilih duduk di meja lain walaupun aku tahu hampir semua meja sudah penuh. Tak lama kemudian, Encik Is dan Umai muncul di sebelah ku. Aku sengaja menyibukkan diri dengan bermain telefon. Berpura-pura tidak sedar kewujudan Encik Is di situ tapi malangnya jangkaanku meleset. Encik Is sudah pun menarik kerusi di sebelahku.
"Duduk lah Is. Sini kena berebut sikit, susah nak dapat meja kosong." Sambung Kak Sah lagi. Encik Is hanya mengangguk, setuju dengan Kak Sah.
"Akak dengan Tiara pergi beli makanan dulu. Jangan bagi orang ambil tempat kami ni tau. Kasih dengan Umai nak ikut aunty sekali ke tak?" Kak Sah bertanya, ditujukan kepada Kasih dan Umai pula. Keduanya berpandangan.
"Tak apa akak. Nanti saya pergi beli makanan untuk dia nanti." Encik Is membalas dan Kak Sah terus berlalu ke kaunter dengan anaknya. Bunyi Encik Is menolak kerusi.
"Umai stay sini sekejap ya? Daddy pergi beli makanan untuk Umai sekali dengan Kasih. Awak nak makan apa, Malihah?"
Aku tersentak, terus terangkat mukaku kepadanya. Dia tanya aku?
"Hah?"
"Tak kisah kalau saya beli apa-apa je untuk awak?"
Aku tak sempat nak menjawab dia sudah berlalu. Aku mendengus halus.
'Tanya sangat.. tak sempat orang nak jawab dia dah blah, huh!'dengusku tak puas hati. Aku pandang Kasih yang duduk di sisiku sedang ralit menonton kartun di telefonnya. Umai juga sama. Emmm.. budak-budak sekarang.
Aku membuka kamera, menangkap beberapa keping gambar berlatarbelakangkan ladang teh yang menghijau itu. Sesekali aku ber'selfie' dengan Kasih dan Umai sekali. Kami tergelak kecil bila ada gambar-gambar yang menghiburkan hati. Sesekali aku perasan Umai kerap kali merenungku dengan tatapan lembutnya. Caranya membuatkan kau tertanya-tanya, kenapa dan mengapa dia merenungku begitu.
"Can I call your 'mummy'?" pinta Umai tiba-tiba membuatkan tawaku berhenti.
"Why you want to call my aunt, 'mummy?'" tanya Kasih sambil tatap kawan baiknya dengan kehairanan. Aku yang berada ditengah antara keduanya tidak tahu mahu mencelah apa.
"Because... I know she is my mummy even if daddy tries to deny it." Umai menjawab lirih pertanyaan Kasih. Raut wajahnya berubah suram. Tiada lagi tawa hilai. Kasih menerkup mulut, terkejut.
"My aunt is your mummy? Are you sure about that Umai?"
Umai mengangguk laju. Bibirnya mencebik. Kasih memandang kami silih berganti. Aku mengertap bibir, lemah betul aku dengan budak berdua ni.
"Mak usu betul ke mak usu mummy Umai?" Kasih pula menyerangku dengan pertanyaan yang aku sendiri tahu agak mustahil.
"Umai..." Sekonyong-konyong itu Encik Is muncul, aku kelegaan. Dia meletakkan dulung di atas meja.
"This one for my sweety girls. Scone with cream and strawberry jam." Dua piring kecil diletakkan di hadapan Umai dan Kasih.
"Cameron valley brownies and mini tuna croissant for you." Satu piring lagi diletakkan di hadapanku pula. Membulat mataku, mana dia tahu aku suka makan brownies?
Kak Sah dengan Tiara muncul sambil meletakkan hidangan mereka. Tersenyum-senyum wanita itu memandangku dengan Encik Is. Keningnya diangkat-angkat, mengusik kami.
Alhamdulillah siap juga bab ni. Setelah lama cuti raya akhirnya dia muncul juga. Selamat Hari Raya Aidil Adha Semua walaupun lambat. Masih di CH ya. Esok kita balik KL ya? Haha.. Tq to all the readers. AJIB 2.0.
Share this novel