Bab 2
~You don't have to figure it all out to move forward... just take the next step.~
Aku menanti kedatangannya Rindu Asiah Nafeesa di apartment yang disediakan oleh pihak penaja untuk kami. Sementara menanti, aku membacuh nescafe 3 in 1 untuk menghangatkan tubuhku yang sedikit kedinginan. Dengan cuaca yang agak dingin dan hujan diluar sana, aku sebenarnya malas mahu keluar tapi apa boleh buat, aku sudah terlanjur berjanji dengan Bella dan Kanda untuk bermalam di rumah Nafeesa untuk dua malam sepanjang ketiadaan mereka berdua.
Rindu Asiah Nafeesa, dia senior aku. Beza umur kami yang tidaklah terlalu jauh membuatkan kami serasi untuk berkawan. Apa yang uniknya tentang gadis itu ialah dia seorang gadis melayu kelahiran Malaysia, berdarah campuran turki tapi memilih untuk menetap di Ireland bersama umi dan abangnya, Aish Mueez. Hubungan aku dengan keluarga itu agak rapat juga, mungkin sebab mereka fasih berbahasa melayu, jadi aku tidak merasa kekok untuk berbual-bual menggunakan bahasa ibunda sendiri.
Tok! tok!
Pintu diketuk dari luar. Aku bangun dari tempat dudukku lalu mengintai gerangan yang berada disebalik pintu melalui lubang kecil yang sedia ada di situ. Seorang lelaki berkot putih sedang membelakangi pintu. Tak nampak rupanya, tapi aku tak payah meneka. Aku tahu itu siapa.
'Itu Dzharif!' Langsung jantungku buat kerja gila.
Dup dap dup dap... Jantung mula bekerja keras dari biasa. Aku kemam bibir, ramas-ramas jari-jemariku. Aku resah dan gelisah, beginilah jadinya bila aku mula kalut. Kepala dah berfikir dengan macam-macam andaian.
'Apa aku nak buat ni? Kenapa dia yang datang sini? Dia nak buat apa datang sini? Nak jemput aku ke? Tapi kenapa dia yang datang? Kenapa bukan Feesa? Mana Feesa?' Argh tengok... banyak pula yang aku fikir sekarang ni.
Aku tidak segera membuka pintu sebaliknya aku memusingkan tubuhku ke sisi. Ada cermin tinggi dan lebar di situ. Idea dekorasi Bella, katanya senang kalau nak melawa sebelum keluar dari rumah. 'Last check up' la kononnya tapi nampaknya idea dia tu mujarab untuk aku guna pakai di saat-saat genting seperti sekarang. Thanks Bella!
Aku pandang pakaianku disebalik cermin. Blouse paras paha berwarna kuning cair bercorak bunga-bunga ungu kecil dipadankan dengan jeans denim dan selendang ungu muda. Emm... rasanya dah okay kot. Aku melirikkan mataku kepada wajahku pula. Solekan nipis seperti selalu dan... perfect!
Tok! tok!
Sekali lagi pintu diketuk. Aku tarik nafas terlebih dahulu sebelum tangan membuka kunci pintu dan tarik dedaun pintu. Ketika itu juga Dr. Dzharif yang segak berkot putih labuh dan sweater turtleneck hitam di bahagian dalamnya mengangkat pandangan. Seketika kami saling bertatapan sebelum aku memutuskannya dengan menunduk. Aku segan dengan cara dia memandangku seolah-olah kami ini sepasang pasangan kekasih yang saling menyintai antara satu sama lain sedangkan kami bukan begitu, kan?
Dia berdeham.
"Assalamualaikum." Dia menyambung setelah itu.
Aku angkat semula pandanganku kepadanya sebelum menjawab salamnya.
"Waalaikummusalam. Kenapa Dr. ada dekat sini? Mana Feesa?" Terus aku ajukan dia soalan yang bermain-main di dalam fikiranku sejak dari tadi.
Dia tersenyum lawa sebelum menjawab pertanyaanku. Mukanya berkerunyut sedikit.
"Uhh.. that hurts me, princess. Would you rather ask about someone else than me?"
Giliran aku pun tersenyum. Princess? Dah tua-tua macam ni layak lagi ke digelar princess?
"Bukan macam tu lah Dr., saya cuma pelik. Rasanya tadi Bella call Feesa untuk jemput saya. Tapi yang muncul, Dr. pulak. Mana saya tak pelik."
"Emm yup. Tapi Fessa sibuk. Dia kena tolong mummy dia dekat kedai. So, saya yang datang pickup my princess ni. Tak salah kan?"
'My princess?' Erkk... nak tergigit lidah aku jadinya bila dengar Dr. Dzharif memanggil aku begitu. Tiba-tiba ada rasa selesa dan nyaman menyinggah. Tapi kenapa pipiku tiba-tiba terasa panas?
'Aku, malu?'
Dia masih menanti jawapanku. Sudahnya aku senyum saja sebelum angguk. Setuju dengan caranya.
"Bella dengan Kanda dah keluar?" tanyanya perihal sahabat baikku.
"Dah. Diorang baru je bertolak tadi."
"Oo... okay. So, dah ready? Shall we go?"
"Emm.. dah. Tapi saya baru saja bancuh nescafe... Ingat Feesa datang lambat lagi tadi... So, sementara menunggu, saya ingat boleh minum-minum dulu." Beritahuku serba salah pula. Nak tuang nescafe yang baru siap dibancuh ke sinki, rasa macam tersangat kejamlah pula. Membazir dan aku tak nak jadi saudara sepupu sepapat dengan makhluk bertanduk tu.
"Oh ye ke? Saya baru ingat nak bawa awak pekena coffee dulu sebelum gerak ke rumah Feesa." Dia pula memberitahu ku mengenai rancangannya. Sekejapan kami tergelak kecil. Sopan pula aku rasa bila aku depan Dr. Dzharif ni.
"Emm.. apa kata kalau Dr. masuk dulu, kita minum-minum. Nanti saya buatkan air untuk Dr.," pelawaku.
Walaupun kedengarannya seperti tidak manis mempelawa anak teruna orang masuk ke rumah si dara tetapi disebabkan dari tadi kami hanya berbual di muka pintu, sesekali angin sejuk menerpa masuk. Keadaan itu sedikit sebanyak membuatkan tubuhku yang masih belum dibaluti kot tebal, sedikit menggigil. Jadi tak salah rasanya kalau aku mempelawanya masuk.
"Boleh ke?" soalnya pula. Agak terkejut dengan pelawaan ku. Iya lah, sebelum ini bukannya dia tak pernah datang ke rumah sewaku cuma aku tak pernah membenarkan dia masuk kalau aku keseorangan. Kalau ada Bella dan kawan-kawanku yang lain, baru aku menjemputnya masuk. Nampak tak betapa kami menjaga jarak hubungan kami?
Aku angguk sebelum menyambung,
"Boleh. Lagipun sekejap lagi Kak Linda balik. Dia keluar sekejap pergi beli makanan," ujarku.
Selain Bella dan suaminya, rumah ini turut didiami oleh Linda dan Sofiya. Kami semua satu batch cuma berlainan fakulti sahaja. Linda satu falkuti dengan Sofiya. Manakala aku, Bella dan Kanda satu fakulti. Ya, bukan aku sahaja yang berjaya menyandang gelaran doktor. Bella dan Kanda juga berjaya dengan cemerlang. Dr. Bella dan Dr. Kanda.
Sofiya sudah selamat pulang ke tanah air sebaik sahaja tamat majlis graduasi minggu lepas. Linda pula masih di sini, menanti keluarga datang ke sini untuk sama-sama pergi bercuti ke London lagi dua hari. Aku, Bella dan Kanda pula akan berangkat pulang ke Malaysia pada minggu hadapan. Sengaja kami ambil peluang yang ada untuk bercuti dan merehatkan otak sebelum kami sama-sama terjun ke alam pekerjaan nanti.
"Oh, okay la kalau macam tu." Dia bersetuju lalu aku menguak daun pintu dengan lebih luas untuk memberinya ruang.
Dr. Dzharif membuka kot panjangnya lalu diserahkan kepadaku dan aku menyangkut di tempat yang disediakan disebelah pintu masuk. Kemudian aku mempersilakan dia duduk terlebih dahulu di ruang tamu yang kecil itu sebelum aku ke dapur untuk membancuh air untuknya. Beberapa potongan kek marble yang aku buat semalam juga aku keluarkan dari bekas kedap udara dan membawanya ke luar.
"Jemput minum Dr.," ujarku sebelum turut melabuhkan duduk ku dihadapannya.
Dia mengangguk lalu menarik sedikit muk berisi nescafe panas itu ke arahnya. Dia memandangku sejenak sebelum melarikan anak matanya. Reaksinya seperti ada banyak soalan yang ingin ditanyakan kepadaku tetapi tidak tahu harus dimulakan yang ana terlebih dahulu.
"Dah siap kemas semua barang-barang awak?" tanyanya, aku fikir itu hanya sekadar berbasi-basi sahaja.
"Alhamdulillah dah. Cuma tinggal yang mana nak pakai untuk seminggu ni je," ujarku. Sepi sekejap. Aku kemam bibir. Badan muk yang hangat itu aku terkap dengan kedua tanganku. Meminjam haba dari muk itu untuk hangatkan badanku.
"Em... awak dah tak nak pertimbangkan lagi tawaran saya hari tu?"
Terus terangkat mataku ke arahnya. Nafasku sedut perlahan. Rasanya, termasuk kali ini sudah kali keempat dia bertanyakan aku soalan yang sama. Aku pula tetap dengan keputusanku. Aku perlu balik ke Malaysia, di sini bukan tempatku. Di sini cuma tempatku untuk menimba ilmu, bukan tempat untuk ku mencurahkan baktiku.
"Rasanya saya dah bagitahu Dr. sebelum ni. Saya tetap tak boleh terima tawaran Dr., saya kena balik Malaysia. Saya dah rindukan keluarga saya sangat-sangat ni." Aku memberitahu jawapanku dengan nada bergurau.
Dr. Dzharif tersenyum nipis. Mukanya bergaris kecewa dengan jawapanku. Aku tahu dia kecewa tapi aku tidak boleh pinggirkan keluargaku di sana. Mengenai soalan Dr. Dzharif itu, sebelum ini Dr. Dzharif ada menawarkan aku untuk berkerja terus di hospital yang sama dengan tempatnya bekerja. Katanya kalau aku berminat untuk menerima tawaran itu, dia akan tolong mempermudahkan urusanku untuk masuk bekerja di sana tetapi aku memilih untuk menolaknya dengan baik. Hatiku sudah tidak sabar untuk pulang ke tanah air ku sendiri setelah 5 tahun di sini. Aku dapat merasakan ada sesuatu yang sedang menanti kepulanganku tapi apa? Aku tidak tahu. Tapi mungkin juga yang menantiku itu, along dengan angah. Kan?
"Awak betul-betul dah bersedia untuk balik?" tanyanya dengan agak berhati-hati.
Aku berkerut sedikit. Lain macam soalannya tapi aku tetap menjawabnya.
"Insya-Allah. Saya dah bersedia dan saya tak sabar nak jalani hidup saya sebagai Dr. Malihah," jawabku yakin. Bibirku tersenyum lebar.
"Alhamdulillah. Saya lega kalau itu yang awak rasa. Cuma saya harap awak tetap kuat menghadapi hari-hari awak yang akan datang bila awak balik ke sana."
Senyum dibibirku mati. Kenapa kata-katanya itu bagaikan ada maksud yang tersirat?
"Maksud Dr.?"
Dia cuma senyum. Muk diangkat dan dicicip sedikit air nescafe yang masih berwap halus. Aku cuma perhatikan saja tingkahnya.
"Dr.? Apa maksud Dr. tadi? Ada apa-apa yang Dr. tahu dan saya tak tahu ke?" ajuku lagi.
"Saya cuma berpesan. Lagipun awak pun tahu tanggungjawab kita sebagai doktor ni terlalu berat. Banyak dugaan dan cabaran yang kita kena lalui. Dan awak sebagai doktor baru, lagi banyak benda yang awak kena hadap sebelum betul-betul layak sandang gelaran doktor." Dia sambung mencicip minumannya.
Penjelasan Dr. Dzharif terus masuk ke telingaku tapi entah kenapa hatiku berbisik sesuatu selepas itu. Hatiku berdesis bahawa ada sesuatu yang cuba disampaikan oleh lelaki itu yang bukan berkaitan tentang skop pekerjaan sahaja.
Aku dan Dr. Dzharif berkenalan ketika aku ditugaskan untuk melakukan 'attachment surgery' di Lady of Lourdes Hospital, Drogheda semasa aku di tahun empat. Semester itu aku dan kawan-kawanku ditugaskan untuk bergerak dari satu hospital ke hospital yang di seluruh Ireland untuk sesi 'peripheral posting' dan 'rotation'.
Mulanya aku ingatkan dia doktor warganegara Ireland sebab rupanya lebih kurang dengan orang tempatan di sini. Tapi sekali dia lontarkan dialek melayu, habis terkedu aku dengan kawan-kawanku. Tiba-tiba terasa dah macam rupa rusa masuk kampung bila berjumpa dengan orang senegaraku di luar negara ni. Haha... Nasib baik lidah tak tergeliat nak berbahasa melayu. Itulah namanya rezeki, kan? Rezeki kami dapat berkenalan dengan doktor sehebat dia yang boleh membantu aku dan pasukanku dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Dari perkenalan kami itulah aku kenal dengan keluarga Feesa yang sudahku anggap seperti keluargaku sendiri di sini.
"Malihah?"
"Hah?" terpinga-pinga aku. Hancur semua lamunan sebentar tadi.
"Awak dengar tak apa saya cakap tadi?" soalnya dengan muka berkerut.
"Hah? Awak ada cakap apa-apa ke? Awak cakap apa tadi? Sorry... saya tak dengar apa awak cakap tadi, Dzharif..." ujarku pula, sedikit kalut. Inilah perangai aku yang tak boleh aku ubah. Aku jenis mudah kalut tapi setakat ni kelakuan aku masih lagi baik kalau melibatkan profesionku sebagai seorang pengamal perubatan.
Dia tiba-tiba tergelak. Tergelak sedikit kuat sehingga hujung matanya berair. Aku pula melopong. Tak pernah aku dengar dia ketawa sebesar ini sepanjang dua tahun perkenalan kami. Cara dia ketawa itu seperti dia baru saja menang tiket loteri berjuta-juta. Ataupun lebih tepat lagi, seolah-olah dia baru sahaja dapat sesuatu yang dia idam-idamkan selama ini.
"Oh God, I really missed it!" Tiba-tiba dia mengeluarkan kata-kata itu selepas habis tawanya. Hanya perlahan sana tapi telingaku cekap menangkapnya. Aku lihat dia mengesat sisa air mata di hujung matanya dengan jari telunjuknya.
"Apa maksud Dr.?"
Dia angkat muka memandangku. Ada garis kerutan di keningnya.
"Maksud? Maksud apa?" soalnya kemudian.
"Tadi Dr. ada bagitahu 'you really missed it', apa maksud Dr.?"
Terus tubuhnya menggeras. Dia seperti baru tersedar yang dia sudah terlepas cakap sesuatu dihadapanku. Dan aku pula tiba-tiba dapat merasakan yang dia bukan sebarangan orang dari segi bahasa tubuhnya itu.
'Mungkinkah dia juga datang dari masa lalu aku? Tapi siapa dia?'
"Kita pernah kenal ke sebelum ni Dr.?" Terdetik sesuatu dibenakku.
Senyap sekejap. Dia lihat aku dan aku lihat dia. Kami saling berbalas tenung sehingga akhirnya dia memutuskannya dengan menekur lengan tegapnya yang bersilang elok di dadanya. Dia sedang berkira-kira untuk menjawab ataupun tidak soalanku itu.
"Dr.?"
Dia angkat semula anak matanya, tenung tepat ke mataku sebelum menjawab,
"Ya. Kita dah kenal sebelum ni."
Alhamdulillah saya mampu siapkan lagi. Alhamdulillah dan sy harap syaa mampu siapkan cepat sikit stiap bab smtara idea masih ada. Tq to all the readers lebih2 lagi yang masih setia menanti sy update bab baru. Tq utk semua. AJIB 2.0.
Share this novel