Bab 15 : AJIB 2.0

Romance Series 507856

Bab 15

~Words may lie, but actions always tell the truth.~

~Athilah Humaira binti Jebat Iskandar.~

'Oh, itu nama penuh Umai rupanya. Cantik.' Hatiku berdesis.

Umai pandang aku.

"Why mummy?"

"That's your full names?" soalku kepadanya sambil menunjukkan keychain tag nama.

Dia angguk laju.

"Yes mummy. Mama give that's name to me," ujarnya, jujur.

Sepi sekejap. Aku tunduk pandang tag nama itu. Hatiku terasa panas tiba-tiba.

'Kenapa hatiku rasa terhiris bila lihat nama anak dan ayah itu bergabung? Jahatkah aku bila aku ada perasaan macam ni? Kenapa aku rasa 'sakit' bila lihat nama Umai berbintikan Encik Is ni? Eh, sekejap. Kenapa aku perlu ada perasaan iri macam ni? Aku... aku suka Encik Is ke apa ni?' Hatiku berdesis, pelik dengan perasaanku sendiri. Cepat-cepat aku menggeleng, menafikan.

Umai masih lagi memandangku.

"Umai... may I ask you something?" pintaku tiba-tiba, bimbang mahu bertanya tapi aku tak betah menanti. Ada sesuatu melonjak tangkai hatiku untuk mencari jawapan kepada setiap persoalan yang berkaitan dengan Encik Is. Entah kenapa tapi aku rasa macam ada 'something' antara kami berdua. Dan mungkin juga bertiga dengan Umai. Dan mungkin juga berempat sekali dengan Mama Umai. Dan mungkin jug berlima, berenam, bertujuh dan seterusnya. Aku tak tahu apa kaitan itu tapi aku yakin ada!

Aku pandang kiri dan kanan, cari keberadaan Encik Is. Manalah tahu kalau-kalau tiba-tiba dia muncul dekat sini dan terkantoi aku tengah mengorek rahsianya dari anaknya. Aku tersengih lebar bila line clear, Encik Is tak ada. Dah alang-alang ayah Umai tak ada dekat sini, elok sangatlah kalau aku tanya Umai apa-apa soalan berkaitan dengan ayahnya.

"Emm... sure mummy." Itu yang dijawab bersama dengan anggukan. Mulutnya masih mengunyah biskut.

"Why you call me, mummy?" soalku dengan kulit muka tebal seinci. Malu dan terasa kulit mukaku panas.

"Because you are my mummy."

Okay, jawapan yang dia bagi pada ayah dia semalam.

"But why? You know I'm not your real mummy, right?"

Laju dia menggeleng.

"No! You're my mummy. I know that!" tegasnya seperti semalam.

"How do you know I'm your mummy?" cabarku pula, geram.

Umai kemam bibir. Lihat respon Umai begitu aku tersenyum, nampak sangat Umai ni suka reka cerita yang bukan-bukan. Tak pasal-pasal timbul perasaan lain. Hish!

"Hah, I remember now!" Tiba- tiba dia menepik, mengejutkan aku. Aku lihat dia semula, menanti dia menyambung.

"Daddy always shows me your pictures and talks about you every night, like a bedtime story for me. He told me, he called you Mimo Sunshine."

Aku langsung tergemap.

'Mimo Sunshine? Mimo. Sunshine. Bukan ke itu nama yang aku dengar sebelum ini? Dan kalau tidak silap aku, Encik Is juga ada sebutkan nama itu. Dua kali.'

"Mi... Mimo... Sunshine?"

Umai angguk laju.

"Daddy told me he misses you so much, mummy." Umai menutur perlahan tapi mampu membuatkan lidahku mengeras.

"Mummy?" Tangan kecil Umai menyentuh tanganku. Aku menjatuhkan mataku ke situ.

"Are you okay, mummy?" ajunya sopan, matanya tepat menikam wajahku. Aku ukir senyuman kecil sambal menjatuhkan kepalaku perlahan.

Umai senyum lebar dengan jawapanku lalu sedut air kotaknya sehingga habis. Dia menyambung sesi luahannya.

"Daddy has been waiting for you to come home for a long time. Mummy doesn't miss dad?"

Terkebil-kebil aku memandang anak kecil itu. Apa yang cuba disampaikan oleh Umai ni? Adakah Umai ini mewakili perasaan daddynya yang merindui kehadiran mummy lalu diluahkan kepadaku? Tapi apa yang aku sedar, Umai banyak berceritakan tentang mummynya, tidak tentang mamanya? Adakah mummy dan mama orang yang sama? Pening kepala ku fikirkan kaitan semua itu tapi yang peliknya kenapa aku terlalu ingin tahu tentang mereka yang mungkin tiada kaitan pun dengan aku?

"Umai, if you don't mind, can't I I know about your mama? Mummy and mama the same person?"

Laju Umai menggeleng.

"Wait mummy. I will show you, gambar mama." Umai berubah ceria, telefon pintar di dalam beg galasnya diambil dan dibuka ikon galeri. Satu folder dibuka dan sekeping gambar dipilih.

"Mummy, ini mama."

Telefon bertukar tangan. Aku melihat skrin telefon dan ketika itu juga kepalaku makin kuat berdenyut. Jantung juga pantas berdegup. Aku... tak tahu kenapa dengan aku tapi entah, rasa macam sesuatu bila lihat wajah penuh kelembutan itu terpapar di dada skrin telefon Umai.

'Kenapa? Kenapa ni? Aku kenal dia ke?'

"Apa nama mama Umai?"

"Syarifah Amanda Humaira binti Dato Ammar."

Dum! Aku terpena hanya kerana sebaris nama itu.

'Cik Amanda!'

'Manda!'

'Amanda, she is my best friend!'

'Amanda, she's not your concern. She's not your league. Amanda itu hal aku dengan dia. Kau tak perlu ambil tahu. Kau faham?'

'Amanda... She's not one. Aku dengan dia cuma ada satu benda yang aku tak boleh nak elak iaitu tanggungjawab. Itu je.'

"Amanda... dia cuma best friend aku...."

Tiba-tiba, suara-suara itu terngiang-ngiang di telingaku. Suara lelaki dan perempuan. Siapa mereka tu?

* * *

Malamnya, aku diserang sakit kepala. Sakit yang sedikit kuat berbanding sebelum ini. Tanpa berlengah, aku telan ubat tahan sakit yang dibekalkan oleh Dr. Dzharif. Aku perlukan rehat dan tidur untuk hilangkan sakit kepala ini.

Kak Sah dan Tiara dilihat sedang bersiap untuk turun makan malam di restoran yang disediakan oleh pihak hotel. Aku minta jasa baiknya untuk bawakan Kasih sekali. Aku sudah tak ada selera untuk melantak sebaliknya dalam kepalaku sekarang cuma fikir mahu tidur dan rehat saja. Aku titipkan Kasih kepada Kak Sah untuk tengok-tengokkan dia sepanjang aku berehat. Kak Sah yang memahami kondisiku, cepat saja bersetuju dengan permintaanku. Dia juga ingatkan aku supaya berehat secukupnya. Alhamdulillah, bersyukur aku dapat rakan sebilik yang baik dan memahami seperti Kak Sah. Elok saja Kak Sah dan yang lain keluar, terus aku hilang dalam lenaku. Lena yang sangat tenang sehinggakan aku bermimpi sesuatu.

Aku bermimpi, aku melihat 'aku' berada di pantai bersama dengan seorang lelaki tapi wajahnya tidak kelihatan dengan jelas. Hanya samar-samar saja.

"Mimo..." Lelaki itu memanggil satu nama.

Aku berkerut. Macam pernah dengar suara itu. Mimo? Bukankah nama tu... nama gelaran mummy Umai?

"Emm?" 'Aku' menyahut panggilan itu.

Aku melopong. Jadi 'aku' itu Mimo?

"Kita mulakan semula hubungan kita, boleh?"

Aku tergemap. Mulakan semula hubungan? Maksudnya aku dengan lelaki itu dalam perhubungan? Perhubungan yang macam mana? Aku melihat kepada 'aku', dan laju 'aku' mengangguk.

Lelaki itu menghulurkan tangannya. Dan 'aku' tanpa segan silu menyambutnya. What? Hei, mana boleh pegang-pegang! Aku menepis kedua tangan itu dari bertaut tapi tanganku umpama laluan angin saja. Sebaliknya tangan keduanya bertaut, erat.

"Aku suami kau, Jebat Iskandar bin Ilyas." Lelaki itu menyatakan itu. Seperti salam perkenalan darinya

Aku terlopong sesaat. Su... suami? Suami siapa? Je... Jebat? Nama dia... Jebat Iskandar? Eh, bukankah itu nama Encik Is? Aku mengecilkan mataku, cuba meneliti lelaki yang dihadapan 'aku' itu tapi sayangya rupa parasnya masih tidak kelihatan jelas tapi aku yakin suara itu... macam pernah aku dengar! Terdengar 'aku' ketawa, bunyinya macam 'aku' sedang diulit perasaan bahagia.

"Saya isteri awak, Siti Nur Malihah binti Azad." 'Aku' pula membalas.

Ternganga aku. Apa semua ni? Aku mimpi apa ni?! Aku kahwin dengan siapa ni?

"Bukan." Lelaki itu bersuara lagi. Tegas.

Ya, kali ini barulah aku dapat mengcam suaranya. Betul, itu suara Encik Is.

"Bukan?" 'Aku' pula bertanya dengan matak yang sedikit membulat, muka terkedu.

"Kau Mimo aku. Mimo Sunshine Jebat Iskandar."

Mimo Sunshine lagi! Apa semua ni? Mimpi mainan syaitan mana ni! Tiba-tiba terasa nafasku sesak. Aku pegang dada. Sakitnya dada ni! Tawa 'aku' meletus sambil mengangguk.

"Ya, saya Mimo awak.' 'Aku' mengiakan itu bersama senyum yang makin melebar dibibir.

'Kami' sama-sama ketawa. Melodi yang sangat indah aku rasakan dari keduanya.

* * *

Aku tersentak, langsung tersedar dari mimpi ngeriku. Ngeri hanya kerana aku bermimpikan aku dengan Encik Is menjadi sepasang suami isteri! Entah macam mana boleh aku termimpikan si ayah Umai tu. Ini mesti sebab aku terlalu ikutkan sangat apa yang aku bualkan dengan Umai siang tadi. Aduhhh!

Pandang sebelah, Kasih sedang elok berdengkur. Umai disebelahnya juga sudah selamat berlayar ke bulan. Kak Sah dan Tiara di katil sebelah sana juga sama. Aku cari telefonku, lihat jam di penjuru skrin. Jam 1 pagi! Dan-dan itu juga perutku berkeriuk, lapar. Baru teringat kali terakhir aku makan, jam 4 petang tadi. Patutlah lapar!

'Aduh, macam mana ni. Nak tak nak aku kena makan, kalau tak makin teruk jadinya ni!' Aku menekan-nekan perutku. Terasa pedih bila asid perut mula lancarkan mogoknya. Aku bangun dan cari stok air mineral yang ada di atas kabinet tv tapi semuanya sudah kosong.

Aku sarung sweater dan bergegas ke pintu gelangsar lalu membukanya. Aku keluar ke balkoni luar, terasa angin sejuk Cameron menyapa wajahku. Aku mengintai, tercari-cari kalaulah ada kedai yang masih cerah di bawah sana tapi penglihatanku sedikit terbatas. Penglihatanku terlindung dengan sebatang pokok pain yang tumbuh meninggi di hadapan balkoni bilik ku.

Aku cuba lagi dan lagi. Menghendap selagi boleh. Dalam hati aku sangat berharap ada kedai yang beroperasi 24 jam seperti kedai 7E di sekitar kawasan sini. Kalau perlu keluar seorang diri pun, aku sanggup redah. Aku sudah tak tahan menahan lapar bila asid perut sibuk membuat konsert dalam perut! Tengah sibuk aku terkinjal-kinjal mengintai di bawah sana tiba-tiba,

"Ehem!" Ada seseorang berdeham.

Terjerit kecil aku, terkejut. Langsung aku berpaling. Berderau mukaku.

'Encik Is!'

Dia duduk bersandar di kerusi rotan yang ada di situ dengan skrin telefonnya yang bernyala. Ada sebiji muk putih di atas meja bulat di hadapannya.

'Dia buat apa dekat situ? Duduk dalam gelap pula tu. Mana tak terkejut beruknya aku?' Berkerut keningku. Aku pandang dia, dia pandang aku. Terkebil-kebil mataku. Sesaat dua, aku baru sedar. Macam mana boleh aku terlupa yang bilik kami bersebelahan dan berkongsi balkoni? Balkoni yang cuma dipisahkan dengan satu penghadang sahaja. Nak kata jauh sangat tu tidaklah, dekat sangat tu pun tidak. Tapi boleh la kalau nak bersembang, nak bertanya khabar tu.

"Apa?" sergahku geram dengan dia masih lagi tengok aku. Tak berkerdip pula tu. Seram pula aku bila dia tengok aku macam aku ni alien comel yang baru mendarat di bumi Cameron. Telefon ditangan kirinya yang tadi bernyala, kini sudah gelap.

Cepat-cepat dia meletakkan jari telunjuk ke bibirnya dengan mata sedikit terbuntang. Aku segera perkup mulut, cepat-cepat aku intai ke dalam bilik. Risau juga kalau ada yang terjaga mendengar aku menyergah Encik Is tadi. Aku kembali pandang Encik Is bila tiada tanda-tanda mereka yang sedang enak diulit mimpi itu terjaga. Telefon di tangan kiri lelaki itu diangkat lalu ditayangkan kepadaku manakala tangan kanannya mengisyaratkan 'call'.

Aku angguk lalu masuk ke bilikku dan mengambil telefonku. Aku kembali semula ke balkoni. Tak lama, telefonku berdering.

'Ayah Umai.'

Nama yang aku save ketika kami di pasar Kea Farm tengahari tadi menghiasi dada skrin telefon. Ini kami pertama kami berhubung di talian telefon, tentulah aku rasa berdebar-debar. Perasaan berdebar tu macam kali pertama nak bertemu kekasih pun iya juga! Lambat-lambat aku lekapkan telefon di telinga. Mata aku talakan kepada Encik Is yang masih tidak berganjak dari tempat duduknya. Dia turut memandangku.

"Hello."

"Emm..." Hanya itu yang dijawab, dia menghela nafas selepas itu. Berpandangan lagi kami. Melalui cahaya suram itu aku dapat melihat matanya yang sedang menatapku itu berubah sayu.

"Encik, kenapa?" ajuku. Tiba-tiba rasa tidak senang dengan diamnya. Dia nampak seperti mahu berkata sesuatu kepadaku tetapi tidak diluahkan. Aku nampak dia sedang 'kerapuhan'. Aku nampak dia dalam 'kesuraman'. Sama seperti yang aku lihat ketika di dalam bas tempoh hari. Mungkin ada cerita sedih ataupun kisah suram disebalik mata itu. Apa dia?

'Kenapa... kenapa dengan dia sebenarnya?' Hatiku berbisik. Sesungguhnya aku tidak terlepas dari terus bertanya-tanya mengenai keadaannya.

"Kenapa, apa?" Dia pula menyoalku tanpa memberikan jawapan kepada soalanku.

Aku berdecit kecil, entah lah. Aku punya firasat yang Encik Is sengaja lari dari di soal olehku. Mungkin itu caranya. Malas lama-lama fikirkan itu, aku alihkan perhatianku kepada deretan bangunan yang ada di hadapan sana. Hampir terlupa apa tujuaanku ke balkoni.

"Kenapa encik tak tidur lagi?" Aku menukar soalan. Mata melilau, meneruskan misiku mencari kedai yang masih beroperasi di kala jam 1 pagi.

"Tak tenang hati nak tidur."

Aku berpaling semula ke arahnya.

"Kenapa?"

Dia diam. Cuma nampak bibirnya melekung nipis disebalik kesuraman cahaya yang terbias.

"Tadi saya nampak awak menghendap, awak cari apa?" tanyanya perlahan, mengubah topik lagi.

Berderau balik mukaku.

'Dia nampak aku menghendap tadi? Alamak!' Malu dengan tingkah sendiri sudahnya aku diam.

"Awak intai kedai makan ke?" tebaknya.

"Mana encik tahu?"

Dia diam, tapi selepas itu dia bergumam perlahan.

"Masih tak berubah."

"Hah? Encik cakap apa tadi?"

"Tak ada apa pun. Awak lapar?" Ubah topik lagi.

Dengar saja perkataan lapar, asid perutku buat hal lagi dengan menyucuk dinding perutku sehingga membuatkan mukaku berkedut seribu menahan sakit. Tak dapat menahan lagi, tanganku pegang perut. Sedikit membongkok posisiku sekarang ini.

"Aduh!" Terlepas juga dari ulas bibirku.

Semerta dia berdiri tegak. Aku juga menegak, terkejut dengan reaksinya.

"Awak lapar? Awak tak makan sejak dari petang tadi kan? Sekarang ni awak masuk dalam dulu, pakai tudung dan pakai baju elok sikit nanti tunggu saya depan pintu bilik awak. Sekejap lagi saya datang."

Klik! Talian dimatikan dan dia hilang disebalik pintu gelongsar biliknya. Aku pula terkebil-kebil disitu. Satu persatu arahannya aku imbas semula.

'Pakai tudung? pakai baju elok sikit? Apa maknanya tu?' Tanpa ternanti aku meraba kepalaku.

'Alamak aku... aku tak bertudung?'' Membulat mataku dan pakaiku pula, segera aku tunduk pandang tubuhku. Aku memakai baju set pijamas kapas berseluar dan berlengan pendek. Aku hanya sarung sweater dibahagian luar.

'Ya Allah, apa... apa aku buat ni? Tapi kenapa aku tak rasa pelik walaupun aku tak menutup aurat dengan sempurna depan dia tadi?' Bingung sekejap aku.

'Malihah, aku rasa kau dah angau dengan dia!' Hatiku membalas.

"Cepatlah!" Bunyi suara Encik Is disebalik pintu gelangsar. Dia muncul semula setelah siap menukar pakaiannya.

Aku pandangnya, blur. Gaya macam nak keluar tapi dia nak ke mana?

"Cepatlah? Nak... nak pergi mana?"

Dia hembus nafas.

"Awak masuk tukar baju dulu. Nanti tunggu saya depan pintu bilik awak. Jangan risau, saya bukannya nak culik awak..."

Bila dia cakap macam tu, makin tak senang duduk aku dibuatnya. Aku pandang semula ke dalam bilik, pandang setiap wajah yang tengah lena diulit mimpi. Timbul perasaan teragak-agak untuk mengikut arahannya.

"Malihah... please, awak tak kesian ke dengan perut awak tu? Awak tengah lapar kan?"

Kali ni perutku berbunyi sedikit kuat berbanding tadi. Aku lihat dia semula, dia sembunyi senyum.

"Ha, tengok... perut awak tu, dia dah bagi warning. Jom saya temankan awak cari makanan."

Akhir kata, terima kasih banyak2 kpd yg sentiasa menyokong dan mluangkan masa membaca karya2 saya. InsyaAllah nti kita jmpa lagi. Doakan segala urusan sy dipermudahkan. Kisah ini masih belum menemui titik penamat. Sama2 lah kita menantikannya, ya? Tulip_Haura.

Share this novel

norsila
2023-08-08 08:39:00 

maksudnya tk ado lah dlm ni lagi..folow fb or intrgm?

Ct Akma
2023-08-08 08:11:16 

lama lg ke sambungan nya....

norsila
2023-07-15 08:32:45 

aduhhh!! napo kenangan nikah joo dio ingat..kenangan derita dana tk muncul lak..hehehe..


NovelPlus Premium

The best ads free experience