Part 12.

Romance Completed 17025

" Halim, apa khabar? " soal Encik Hafiz.

Hari ini sengaja dia mengajak Encik Halim untuk keluar minum. Ada perkara yang hendak dibincangkan.

" Baik. Alhamdulillah. Kau? " .

" Alhamdulillah sihat juga " .

" Ni kenapa tiba-tiba ajak jumpa kat luar? Kat rumah kan boleh datang " .

Encik Hafiz tersenyum kecil.

" Sebenarnya ada benda yang nak dibincangkan. Lebih selesa kalau bincang kat luar ni. Kita berdua jer " .

Encik Halim mengangguk faham.

" Oh. Macam serius jer bunyinya tu. Apa dia? " .

" Pasal anak-anak kita. Iyalah arwah Irfan kan dah 3 bulan pergi. Kita kan pernah nak jadi besan tapi takdir Allah yang menentukan. Dia lebih sayangkan arwah Irfan " .

Encik Halim mengangguk perlahan. Rasa rindu menerjah terhadap arwah anaknya itu.

" Qaseh tu sampai sekarang asyik termenung jer. Mata tu tak berhenti mengalir air mata. Badan pun dah makin kurus. Aku ni dah tak tahu nak buat apa Lim " .

" Qaseh masih belum dapat terima kenyataan lah ni? " soal Encik Halim.

Encik Hafiz menggelengkan kepalanya perlahan.

" Sebab tu aku ingat nak satukan Ikram dengan Qaseh. Mana lah tahu kalau-kalau Ikram mampu buat Qaseh bahagia. Aku dah tak sanggup tengok Qaseh macam tu " .

Encik Halim beriak tenang. Cadangan Encik Hafiz baginya cadangan yang bagus. Dia tahu Ikram sangat mencintai Qaseh. Dari dulu sehingga kini, masih tidak berubah.

" Jadi kau setuju tak? " soal Encik Hafiz.

" Aku setuju. Aku tak kisah. Tapi Qaseh tu mahu ke? Kau pun tahu kan dia tu sayang sangat dengan arwah. Aku tak nak lah kalau dia rasa terpaksa " .

" Mula-mula memanglah Qaseh tu akan rasa terpaksa. Tapi aku yakin kalau dia akan buka hati dia untuk Ikram. Aku yakin Am tu boleh bahagiakan Qaseh " .

Encik Halim mengangguk.

" Iyalah nanti aku bincangkan dengan Mar dan Am " .

Encik Hafiz tersenyum.

" Terima kasih Lim " bahu Encik Halim ditepuk perlahan.

" Sama-sama " balas Encik Halim.

' Kali ini, abah yakin Am akan jumpa kebahagiaan Am. Atas segala perngorbanan Am selama ni ' .

" Am " panggil Encik Halim.

" Ya abah " .

" Mari sini sekejap. Abah nak berbincang sikit dengan Am " .

Ikram melangkah ke arah Encik Halim. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah abah nya.

" Bincang apa abah? Macam serius jer ni " .

Encik Halim menarik nafasnya seketika.

" Pasal Qaseh " .

Ikram terus memandang wajah Encik Halim.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience