Part 1.

Romance Completed 17025

Ikram memerhati dari jauh pasangan itu. Hatinya sakit melihat kemesraan antara mereka.

Namun dia harus menerima hakikat bahawa sampai bila-bila pun dia tidak akan memiliki gadis itu. Gadis itu milik Irfan. Milik adik kandungnya sendiri.

Suatu hari nanti gadis itu akan menjadi ahli keluarganya juga. Ikram tersenyum kelat. Peritnya untuk menerima kenyataan yang menyakitkan itu.

Demi Irfan, Ikram akan buat apa sahaja. Termasuklah melepaskan gadis yang dia cinta meskipun hatinya terluka. Dia sanggup asalkan Irfan bahagia.

4 Tahun kemudian..

Hari ini adalah hari bahagia Qaseh. Dia akan bertunang dengan lelaki yang dicintai. Sudah 4 tahun mereka menjalinkan cinta.

Kini satu langkah ke hadapan sebelum mereka bernikah. Lagi 3 bulan, Qaseh dan Irfan akan disatukan.

" Cantiknya Qaseh " puji Qaisara, kakak sulung Qaseh.

Qaseh tersenyum manis.

" Kak long, Qaseh macam tak percaya jer. Tak lama lagi Qaseh nak jadi isteri orang pulak " .

" Kak long pun macam tak percaya, yelah adik manja kak long ni kan dah besar. Dah nak kahwin dah pun. Lepas ni tak boleh manja-manja lagi ya " pipi Qaseh dicuit.

" Kak long ni kan " .

" Kak long, Qaseh jom pergi luar. Waktu sarung cincin ni " panggil Qistina, kakak kedua Qaseh.

Mereka bertiga melangkah keluar daripada bilik.

Puan Marina menyarung cincin pertunangan pada Qaseh. Qaseh terus mencium tangan bakal ibu mertuanya itu.

Mata semua tetamu tertumpu pada mereka. Lensa kamera juga tidak henti-henti merakam gambar mereka.

Disaat semua bergembira dengan pertunangan Irfan dan Qaseh, ada hati yang tersakiti. Ada hati yang perlu berpura-pura bahagia.

Ikram memerhati dari jauh. Ikutkan hatinya, dia tidak mahu datang. Tapi atas permintaan Irfan, dia hadir juga. Siapa sahaja yang sanggup melihat gadis yang kita cinta kini sudah menjadi tunangan orang.

Encik Halim menepuk perlahan bahu Ikram. Hanya dia yang memahami anak sulungnya itu.

" Abah tahu anak abah kuat. Kena redha. Tak semua yang kita suka akan terus jadi milik kita " .

Ikram tersenyum kelat. Mujur sahaja abahnya memahami. Baginya sudah cukup.

" Am redha abah. Demi kebahagiaan Irfan " balasnya perlahan.

Hakikatnya, hatinya bagai ditusuk duri tajam. Biarlah dia yang tanggung kesakitan itu sendiri.

Cinta itu apabila kita redha melihat orang yang kita sayang bahagia dengan orang lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience