Part 20.

Romance Completed 17025

Ikram membiarkan Qaseh berehat di biliknya. Bilik utama diberi pada Qaseh. Manakala dia duduk di bilik tetamu. Itu permintaan Qaseh. Dia tidak mahu sebilik dengan Ikram. Ikram hanya menurut.

Dia termenung seketika. Mampukah dia bahagiakan Qaseh seperti Irfan bahagiakan Qaseh?

Ikram menulis sesuatu pada diari nya. Jarang sekali dengar lelaki menulis diari tetapi itulah Ikram. Dia meluahkan segala perasaan yang dipendam dalam hati. Hanya diari tempat dia meluahkan segalanya selain Allah.

Ujian itu tanda Allah sayangkan kita. Ikram sentiasa mengingati ayat itu.

Disaat dia tidak mampu melangkah, Allah menguatkannya untuk melangkah. Di saat dia terduduk lemah, Allah memberi dia kekuatan untuk terus bangkit.

Seandainya orang lain ada di tempatnya, pasti sudah terduduk lemah tidak mampu melangkah. Ikram lebih gemar memendamnya sendirian. Dia tidak suka orang tahu penderitaannya.

" Arghhhh!!! " .

Ikram terkejut mendengar jeritan. Pasti itu Qaseh. Di rumah itu hanya dia dan Qaseh.

Ikram pantas berlari ke bilik Qaseh.

Ikram terus menolak pintu bilik Qaseh. Luruh jantungnya melihat cermin almari solek sudah pun berderai. Qaseh telah membaling frame gambarnya di cermin itu sehingga berderai.
" Astaghfirullah al-azim. Qaseh kenapa ni ? " soal Ikram.

" Kenapa? Kenapa aku?! Kenapa bukan orang lain? Kenapa Allah ambil orang yang aku sayang? Dunia ni tak adil!! " raung Qaseh.

Mengucap panjang Ikram melihat keadaan Qaseh.

" Qaseh, mengucap Qaseh. Qaseh sedar tak apa Qaseh cakap ni? Ha? Tak baik lawan takdir Allah Qaseh " Ikram memegang bahu isterinya itu.

Qaseh meronta-ronta. Dada Ikram ditumbuk-tumbuk.

" Kau pembunuh! Kau pembunuh! Kau kejam! " .

Ikram hanya membiarkan. Dia menahan air matanya.

' Ya Allah kuatkan aku ' doa Ikram.

Apabila Qaseh penat. Dia berhenti. Tangisannya semakin menjadi-jadi.

Ikram terus melangkah membersihkan sisa-sisa cermin yang berderai itu.

Tangannya pantas mengutip kaca-kaca itu. Sehingga darah mengalir dari tangannya. Ikram tidak peduli. Yang penting dia harus segera membersihkan kaca-kaca itu. Qaseh di luar jangkaan. Dia boleh buat apa sahaja yang merbahayakan dirinya.

Farid memandang balutan di tangan Ikram.

" Ni kenapa ni? " soal Farid.

" Sikit jer luka " .

" Kalau sikit, takkanlah sampai berbalut macam ni. Qaseh? " teka Farid.

Ikram mengeluh perlahan.

" Bukan salah dia. Aku yang kutip kaca tak hati-hati semalam. Tu yang luka " .

" Kaca? Apa yang pecah? Ni mesti Qaseh mengamuk kan? " .

" Taklah. Dia tak sengaja pecahkan cermin " .

Farid tahu Ikram cuba membela Qaseh. Itulah Ikram dia tidak suka memburukkan orang lain. Dia lebih rela memberikan macam-macam alasan.

Farid menggelengkan kepalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience