Part 8.

Romance Completed 17022

Sampai sahaja di hospital, Irfan terus dikejarkan ke wad kecemasan.

Ikram sudah berpeluh-peluh menanti di luar. Bajunya dibasahi darah merah milik Irfan.

" Kalau apa-apa jadi dekat Irfan, abang tak kan maafkan diri abang " Ikram memandang tangannya yang masih terdapat darah Irfan.

Puan Marina dan Encik Halim terkocoh-kocoh datang. Dari jauh Ikram sudah mendengar tangisan maknya.

" Am kenapa Irfan jadi macam tu? " soal Puan Marina dalam tangisan.

Dia terkejut saat Ikram menelefonnya sebentar tadi memaklumkan Irfan ditikam.

Ikram menceritakan dari awal hingga akhir. Dia juga kesal. Semua ini kerananya.

" Darah ni? Darah Irfan ke? " soal Puan Marina apabila terpandangkan baju Ikram yang dipenuhi darah itu.

Ikram mengangguk perlahan.

Puan Marina terduduk lemah. Encik Halim segera menenangkannya.

" Sabar Mar. Kita doa banyak-banyak agar Irfan selamat ya " pujuk Encik Halim.

Dia membantu isterinya bangun. Ikram hanya diam memerhati. Rasa bersalah semakin menebal di hatinya. Dia tidak sanggup melihat Puan Marina begitu.

" Am, tolong telefon Qaseh ya " arah Encik Halim.

Qaseh harus tahu.

" Baiklah abah " Ikram mengambil telefon bimbit milik Irfan yang diberikan oleh doktor sebentar tadi.

Nombor Qaseh di cari. Irfan menyimpan nombor telefon Qaseh dengan nama ' bakal isteriku ' . Ikram terus mendail nombor itu.

" Hello Irfan, ada apa call Qaseh ni? Rindu ea? " lembut sahaja suara Qaseh kedengaran.

Ikram kelu seketika. Pasti Qaseh akan teriak apabila dia memberitahu khabar buruk ini.

" Qaseh, ni Ikram. Abang nak beritahu, tapi Qaseh bawak bersabar ya " .

" Kenapa dengan Irfan? " soal Qaseh.

Hilang sudah suara lunaknya tadi. Kedengaran tegas sahaja. Ikram mengambil nafas seketika.

" Irfan ada dekat hospital. Qaseh datang sekarang ya " kata Ikram perlahan.

" Irfan? Qaseh datang sekarang " .

Qaseh terus menamatkan panggilan. Ikram mengeluh perlahan. Wajahnya nampak tenang saja. Seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Itulah Ikram. Dia tidak akan menunjukkan kesedihannya pada orang. Dia lebih suka memendam. Baginya biarlah dia yang menanggung segalanya. Tidak perlu ditunjukkan kepada orang lain. Cukup Allah yang tahu.

Qaseh berlari mendapatkan Puan Marina dan Encik Halim. Lemah sahaja Puan Marina. Qaseh segera memeluk bakal mertuanya itu.

" Makcik, Irfan " Qaseh melepaskan tangisannya.

" Kita doakan dia selamat ya " Puan Marina membalas pelukan Qaseh.

Kasihan dia melihat gadis itu. Sudahlah tidak lama lagi mereka akan bernikah.

Ikram memerhati Qaseh. Wajahnya basah dengan air mata. Ikram meraup wajahnya. Bagaimana jika Irfan pergi? Dia akan membuatkan banyak hati yang menderita.

Mata Qaseh bertaut dengan Ikram. Dia terpandangkan baju yang dipakai oleh Ikram sudah dikotori darah.

Ikram tunduk.

Tangisan Qaseh semakin kuat. Dia sebak apabila mengenangkan Irfan yang sedang bertarung nyawa di dalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience