Part 22.

Romance Completed 17025

Ikram naik semula ke bilik Qaseh sambil membawa dulang berisi nasi putih dan sup ayam.

Sempat dia masak seketika untuk Qaseh. Walaupun jam telah menunjukkan pukul 3.30 pagi. Tetapi dia tahu Qaseh tidak makan lagi, jadi demi Qaseh dia sanggup bersengkang mata.

" Qaseh " panggil Ikram.

Mata Qaseh masih pada telefon bimbitnya. Tidak dihiraukan panggilan Ikram.

" Abang ada masakkan sup ayam untuk Qaseh. Bagus tau untuk orang demam " .

Qaseh tidak hiraukan langsung. Namun Ikram tetap sabar.

" Mari abang suapkan. Sementara panas-panas lagi ni " Ikram mengambil mangkuk sup itu.

Sesudu kuah sup diceduk lalu disuakan pada Qaseh.

" Tak nak. Saya tak nak makan dari air tangan pembunuh " .

Ikram mengeluh perlahan.

" Sikit jer, nanti perut Qaseh masuk angin " Ikram menyuakan lagi sup itu.

Dengan pantas Qaseh menepis. Semangkuk sup ayam panas itu tertumpah di atas baju Ikram.

Ikram menahan perih. Qaseh terkejut.

" Takpa lah. Nanti kalau Qaseh nak makan beritahu abang " Ikram terus bangun berlalu keluar daripada bilik.

Qaseh terdiam. Serba salah perasaannya.

Ikram membuka t-shirt yang tersarung di tubuhnya. Perutnya terasa sangat pedih kerana sup panas yang tertumpah sebentar tadi.

" Arghh " perutnya dibelek. Terdapat kesan merah di perutnya.

Tangan kanannya juga merah kerana sup panas itu.

" Besar ganjaran orang yang sabar " Ikram mengingatkan dirinya.

" Sikit jer ni. Am kan kuat " terngiang-ngiang kata-kata Puan Marina suatu masa dahulu.

Ketika Ikram terjatuh. Lututnya luka. Ikram tersenyum kecil apabila mengingat kenangan sewaktu dia kecil dahulu.

Terlupa seketika kesakitan yang melanda dirinya. Ikram melihat jam, sudah 4.15 pagi. Pukul 6 pagi nanti dia harus bangun untuk bersiap-siap ke tempat kerja.

Ikram terus membaringkan tubuhnya di atas katil. Matanya sudah berat.

" Am, kau kenapa ni? " soal Farid.

Ikram memandang Farid. Wajahnya beriak biasa sahaja.

" Tak ada apa lah. Aku okay jer " .

" Haa ni lah kau. Okay apa bendanya kalau mata tu sembab macam tak cukup tidur? Tu tangan kau tu melecur kenapa? " soal Farid.

Ikram tergelak kecil.

" Kau ni kan Farid. Dah macam girlfriend aku. Semua benda kau perasan " .

" Eh Am kau tu kawan aku tau. Mestilah aku caring. Nak kata tak cukup tidur sebab jaga anak, anak pun takda " .

" Qaseh tak sihat. Sebab tu aku jaga dia. Tangan aku pulak terkena sup panas semalam " .

" Kau ni kan, layan si Qaseh tu macam puteri raja. Tu kalau dia tak bersyukur jugak aku tak tahu lah nak cakap macam mana lagi " .

" Dia kan isteri aku. Mestilah aku jaga dia baik-baik " .

Farid menggelengkan kepalanya. Dia juga kasihan melihat Ikram. Entah kenapa orang sebaik Ikram sering berkorban untuk benda yang sia-sia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience