Part 4.

Romance Completed 17022

Telefon pintar milik Qaseh berbunyi tanda ada mesej dari aplikasi whatsapp.

Qaseh segera membuka mesej itu.

Irfan
Qaseh, Irfan nak jumpa kat tempat biasa pukul 3.30 nanti. Tunggu Irfan ambil Qaseh sekejap lagi.

Qaseh tersenyum sendirian. Dia segera bersiap. Sudah dua hari dia tidak berjumpa tunangnya itu.

" Mak, Am nak cakap sikit boleh? " soal Ikram.

Puan Marina memandang pelik ke arah anaknya itu. Selalunya dia terus bertanya.

" Ada apa Am? " soal Puan Marina.

" Am ingat nak sambung belajar lagi " .

" Boleh Am. Mak tak kisah pun " lega hati Puan Marina mendengarnya.

" Tapi Am nak sambung dekat UK " .

Puan Marina terkejut. Tidak pernah Ikram berjauhan dengan keluarga selama ini. Kenapa tiba-tiba dia ingin membawa diri ke negara orang.

" Am, kenapa sampai UK? Kat Malaysia ni kan banyak. Am pilih jer " .

" Am nak rasa belajar dekat tempat orang. Nak bawa diri " .

" Tapi kenapa tiba-tiba jer Am? Ha? " .

" Mak, Am dah 25 tahun. Am nak rasa bawa diri sendiri. Am bukan tak suka duduk dengan mak abah tapi Am cuma nak cari pengalaman " .

" Am, mak tak nak Am jauh-jauh. Mak yakin abah pun tak akan izinkan " .

" Mak, Am minta maaf. Tapi ini keputusan Am. Am cuma nak yang terbaik untuk diri Am. Am janji akan selalu balik " tangan Puan Marina digenggam erat.

Puan Marina memandang sayu. Berat hatinya untuk melepaskan Ikram pergi.

" Am.. " .

" Mak please. Am tak pernah mintak apa-apa dari mak sebelum ni. Ni jer permintaan Am mak " rayu Ikram.

Puan Marina akhirnya akur jua walaupun hatinya tidak rela melepaskan anaknya pergi. Dia perasan sejak Irfan bertunang, Ikram banyak mendiamkan diri. Tidak seperti selalu. Dia lebih banyak berkurung di dalam bilik sahaja.

" Ada apa Irfan nak jumpa Qaseh ni? " soal Qaseh.

" Qaseh tak suka ke jumpa Irfan? " .

" Irfan ni. Bukan Qaseh tak suka lah. Cuma pelik jer tiba-tiba Irfan nak jumpa Qaseh. Dulu Irfan juga cakap tak nak selalu jumpa sebab kita ni darah manis " .

Irfan ketawa kecil.

" Iyalah tapi susahlah nak tahan rindu " .

" Mengada " .

" Ni Irfan ada benda nak bagi Qaseh " Irfan menghulurkan sebuah kotak bersaiz sederhana.

" Wah cantiknya. Untuk Qaseh ke ni? " Qaseh menyambut huluran Irfan.

Irfan mengangguk laju.

" Suka tak? " soalnya.

" Suka. Suka sangat. Kotak jer pun dah cantik. Apatah lagi isi dalam kan " Qaseh membelek kotak berwarna ungu lembut itu.

" Bukalah " .

Qaseh membuka perlahan kotak itu.

" Cantiknya! " Qaseh teruja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience