Part 19.

Romance Completed 17234

Hampir 15 minit perjalanan. Masing-masing hanya mendiamkan diri. Hanya radio yang berbunyi sejak dari tadi.

" Qaseh " Ikram bersuara juga akhirnya.

Qaseh tidak menjawab. Pandangannya dihalakan ke tingkap kereta.

" Abang minta maaf. Bukan niat abang nak pisahkan Qaseh dengan ibu ayah. Tapi abang cuma nak kita berdikari " .

Qaseh hanya beriak biasa. Seperti tiada apa yang berlaku. Ikram mengeluh perlahan.

" Abang percaya suatu hari nanti, Qaseh akan buka pintu hati Qaseh untuk abang. Dan abang akan tunggu saat itu " .

Qaseh terus berpaling memandang Ikram.

" Jangan nak perasan lah. Sampai mati pun cinta saya hanya untuk Irfan. Hanya untuk Irfan. Pembunuh macam awak ni tak layak pun untuk dapat cinta sesiapa " pedas ayat yang keluar di bibir Qaseh.

Namun Ikram beriak tenang sahaja. Dia bukan jenis yang cepat melatah. Biarlah apa pun pandangan Qaseh padanya. Dia redha dengan apa sahaja tuduhan Qaseh padanya.

Dia sentiasa berpegang dengan kata-kata, setiap kesabaran akan menuai hasil yang indah. Tidak ada sabar yang sia-sia.

Tiba sahaja di hadapan rumah banglo dua tingkat itu, Qaseh terus keluar daripada kereta.

Dia pandang rumah banglo itu. Cantik!

" Inilah rumah abang. Dah setahun abang beli rumah ni. Mulai hari ini, ni rumah kita " .

Qaseh tidak peduli langsung. Dia tidak menghiraukan kata-kata Ikram.

Namun Ikram masih lagi tersenyum.

" Jom kita masuk " ajak Ikram.

Qaseh hanya mengikut langkah Ikram dari belakang. Matanya meliar memerhati rumah itu.

" Ni semua bukan abang yang design tau. Abang mintak tolong mak. Abang tak reti lah nak design rumah ni " Ikram ketawa sendiri.

Qaseh hanya beriak biasa. Tiada senyuman langsung di bibirnya.

Matanya tertarik pada frame gambar keluarga Ikram. Qaseh mengambil frame itu.

" Irfan.. " rintihnya.

Jelas terpancar kebahagiaan di wajah Irfan di dalam gambar itu.

Ikram memandang Qaseh. Dia diam.

" Qaseh, jom abang tunjuk bilik kat atas " panggil Ikram.

Dia tidak suka melihat Qaseh menangis lagi. Tapi dia tak mampu untuk membuatkan Qaseh tersenyum walaupun sedikit.

Ikram terus melangkah ke tingkat atas. Dia membiarkan Qaseh melayan perasaannya sendirian.

" Kenapa kau uji aku macam ni Ya Allah " Qaseh memegang dadanya. Terasa begitu sakit.

Perasaan yang dia tidak pernah alami. Iaitu kehilangan orang yang dicintai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience