Part 24.

Romance Completed 17022

Ikram meraup wajahnya. Kali ini dia benar-benar terluka. Kesabarannya sudah tidak mampu ditahan. Kata-kata Qaseh masih terngiang-ngiang di telinganya.

" Orang macam awak ni tak layak rasa apa itu bahagia " .

Hina sangatkah dia di mata Qaseh? Dia juga manusia biasa yang ada hati dan perasaan. Entah kenapa dia rasa dari kecil hinggalah sekarang, dia tidak pernah rasa kebahagiaan itu. Hidupnya hanya asyik berkorban untuk orang lain.

" Ya Allah kau jadikan lah aku hamba yang sentiasa bersyukur. Kau kuat kan aku Ya Allah " Ikram memegang dadanya.

Air matanya jatuh jua.

Qaseh terus terduduk. Jatuh kasihan melihat suaminya itu. Bukan niatnya untuk menghina Ikram.

Pagi-pagi lagi Ikram sudah bersiap untuk ke Pahang. Dia melihat Qaseh sedang menyediakan sarapan. Tidak pernah-pernah Qaseh berbuat begitu. Mungkin kerana rasa bersalah padanya.

Qaseh serba salah untuk memanggil Ikram bersarapan. Ikram terus membawa bagasinya masuk ke dalam kereta.

" Tak nak makan dulu? " soal Qaseh.

" Takpa. Saya sarapan kat luar jer nanti. Saya pergi dulu. Lagi seminggu saya akan balik. Dan saya akan tunaikan janji saya pada awak. Assalamualaikum " tiada lagi panggilan abang.

Ikram terus masuk ke dalam keretanya. Enjin dihidupkan. Keretanya terus meluncur laju.

" Waalaikumsalam " jawab Qaseh.

Dia terasa dengan kelakuan Ikram padanya. Seharusnya dia suka kerana dia berjaya membuat Ikram benci pada dirinya. Tapi perasaan sedih yang bertandang di hatinya.

Qaseh termenung sendirian. Entah kenapa dia rasa sedih apabila Ikram akan menceraikannya nanti.

" Ni yang aku nak kan. Kenapa aku serabut nak fikir pulak " katanya sendirian.

Qaseh terus bersiap. Dia tidak boleh tinggal di rumah. Fikirannya bercelaru.

Mujur sahaja Ikram ada meninggalkannya sebuah lagi kereta. Qaseh terus menghidupkan enjin, dia pergi ke taman bunga berhampiran rumahnya.

Qaseh melabuhkan punggungnya di atas bangku yang disediakan di taman itu.

Fikirannya jauh menerawang memikirkan Ikram. Jujur di akui hatinya terusik dengan layanan baik Ikram padanya. Cuma dia sengaja buat Ikram marah padanya, agar Ikram membencinya.

" Sayang ke aku dekat dia? " air mata Qaseh mengalir perlahan.

Dia menyesal dengan kata-kata yang keluar dari mulutnya semalam. Pasti Ikram benar-benar terluka dengannya.

" Maafkan saya Ikram " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience