Part 9.

Romance Completed 17025

Seorang doktor lelaki keluar dari bilik Irfan dirawat.

Puan Marina, Encik Halim, Ikram dan juga Qaseh meluru ke arahnya.

" Doktor macam mana dengan anak saya? " soal Puan Marina. Sisa tangisannya masih ada.

Ikram berdebar menunggu jawapan doktor itu.

" Kami minta maaf. Kami dah cuba sedaya upaya kami. Irfan tak dapat diselamatkan " .

Kata-kata doktor itu membuatkan semua jantung bagaikan terhenti. Puan Marina terus rebah.

Dia terlalu terkejut dengan kenyataan doktor itu. Encik Halim segera mengangkatnya.

Qaseh pula sudah terkedu. Air mata laju menitis. Ikram terdiam. Wajahnya kelihatan tenang. Tetapi hatinya hanya Allah yang tahu.

" Tak...tak Irfan tak boleh mati. Irfan dah janji tak akan tinggalkan Qaseh " .

" Am, tolong tengok kan Qaseh. Abah nak bawa mak pergi ni " arah Encik Halim.

Ikram mengangguk laju. Encik Halim terus mencempung tubuh isterinya itu. Dia membawa Puan Marina ke wad.

" Qaseh, bawa bertenang " pujuk Ikram.

Qaseh menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia tidak boleh terima hakikat ini.

" Tak! Irfan masih hidup. Irfan tak akan tinggalkan Qaseh! "

Ikram meraup wajahnya.

' Ya Allah kuatkan aku ' doanya di dalam hati.

Qaseh memandang jasad kaku Irfan. Pucat sahaja wajahnya. Ikram memandang dengan pilu. Adik kesayangannya kini telah tiada. Telah tinggalkannya untuk selama-lamanya.

Qaseh menghampiri jasad kaku itu.

" Irfan, bangunlah Qaseh datang ni. Janganlah tidur lagi. Bangunlah Irfan " .

Jatuh kasihan Ikram melihat Qaseh. Dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa Irfan sudah tiada lagi.

" Qaseh, tak baik macam tu. Irfan dah tak ada " pujuk Ikram.

" Tak..tak Irfan hidup lagi. Irfan bangun lah. Bangun lah Irfan. Irfan jangan tinggalkan Qaseh. Irfan janji takkan tinggalkan Qaseh kan.. Irfan bangunlah. Irfan, bangunlah. Jangan buat Qaseh macam ni " Qaseh menggoncang tubuh kaku Irfan.

" Qaseh, bawa mengucap. Irfan dah tak ada. Tak baik buat macam ni " Ikram menarik Qaseh.

" Lepas. Lepaskanlah " Qaseh menarik semula tangannya.

Dia meronta-ronta lagi.

" Irfan! Bangun! Bangunlah! Jangan lah buat Qaseh macam ni. Bangunlah Irfan " .

" Qaseh, tolonglah jangan macam ni. Qaseh Irfan dah tak ada. Bawa mengucap " Ikram cuba menenangkan Qaseh.

" Tak! Irfan hidup lagi! Irfan tak boleh meninggal " Qaseh meraung-raung di situ.

Ikram menarik nafas panjang. Qaseh sudah rebah. Dia terlalu penat menangis.

Ikram segera mengangkat Qaseh yang sudah pengsan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience