Part 14.

Romance Completed 17025

Tok tok..

Puan Kamariah mengetuk perlahan pintu bilik Qaseh.

" Masuk " jawab Qaseh dengan suara serak nya.

Puan Kamariah melangkah masuk. Sayu hatinya melihat Qaseh. Matanya bengkak akibat terlalu banyak menangis.

" Boleh ibu cakap sikit? " soal Puan Kamariah.

Qaseh hanya mengangguk.

" Ayah dengan pakcik Halim dah berbincang. Dia nak satukan Qaseh dengan Ikram " .

Qaseh kaget.

" Apa ni ibu? " .

" Qaseh, sampai bila Qaseh nak macam ni? Murung. Asyik menangis. Dah 3 bulan arwah pergi. Qaseh kena terima hakikat " .

" Habis tu sampai nak kena kahwinkan Qaseh dengan pembunuh tu ke? " soal Qaseh.

Sakit telinganya mendengar nama lelaki itu. Jika tidak disebabkan lelaki itu pasti dia dan Irfan sudah bahagia.

" Astaghfirullah al-azim. Qaseh cakap apa ni ha? Qaseh nak salah kan takdir ke? " soal Puan Kamariah.

Mengucap panjang dia apabila mendengar Qaseh menggelar Ikram sebagai pembunuh.

" Dia memang pembunuh ibu. Kalau tak disebabkan dia, Irfan takkan mati. Qaseh dah bahagia dah dengan Irfan sekarang ni. Dia memang sengaja nak Irfan mati. Dia memang pembunuh " .

" Qaseh! Qaseh ni dah kenapa? Qaseh ingat Ikram tu nak ke Irfan tu meninggal? Kalau Qaseh rasa Qaseh kehilangan Irfan, Ikram tu lagi lah. Irfan tu adik dia. Tak mungkin dia nak adik dia meninggal. Ini ketentuan Allah. Qaseh tahu tak, Qaseh seolah salahkan takdir " marah Puan Kamariah.

Qaseh tersenyum sinis.

" Qaseh benci dia. Ibu tengoklah masa dekat kubur arwah Irfan, muka dia selambe jer. Macam tak ada apa-apa yang jadi. Nampak sangat dia tu tak kisah. Entah-entah memang dia dah rancang semua ni " .

" Qaseh, bawa mengucap. Apa yang Qaseh cakap ni? Qaseh tahu ke apa yang terpendam dalam hati dia? Qaseh ada kat tempat dia? Qaseh jangan nak pandai-pandai buruk sangka dekat dia. Kalau tak betul apa yang Qaseh cakap ni, boleh jatuh fitnah tahu tak " .

" Qaseh tak nak bersuamikan pembunuh " .

Dada Puan Kamariah turun naik menahan geram. Ikutkan hatinya mahu saja ditampar pipi Qaseh. Anaknya itu sudah melampaui batas.

" Qaseh nak jadi apa ni? Terkurung 24 jam dalam bilik. Kerja entah kemana. Ibu rindu Qaseh yang dulu. Ibu rindu anak ibu yang dulu. Tolonglah Qaseh, redha dengan apa yang dah jadi. Terima hakikat Irfan dah takda " .

Qaseh telah diberhentikan kerja kerana sudah 3 bulan dia tidak datang ke office. Tapi sedikit pun Qaseh tidak peduli.

" Qaseh yang dulu dah mati. Dah mati macam jiwa Qaseh. Qaseh benci dengan hidup Qaseh " .

Puan Kamariah menggelengkan kepalanya. Air matanya laju mengalir.

" Ibu tak peduli, ibu nak Qaseh kahwin juga dengan Ikram walau apapun yang jadi Qaseh kena kahwin dengan dia jugak. Ibu keluar dulu " Puan Kamariah terus berlalu meninggalkan Qaseh.

" Tak! Qaseh tak nak kahwin dengan pembunuh tu! Arghhh! " jerit Qaseh sekuat hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience