Part 10.

Romance Completed 17025

Tanah perkuburan dipenuhi orang ramai. Saudara mara Irfan dan sahabat-sahabatnya hadir.

Setelah membaca talkin, semuanya pulang. Hanya tinggal Qaseh, ibu bapa Qaseh, Ikram dan kedua-dua ibu bapa Irfan.

Qaseh tersedu-sedu menangis. Matanya sembab dan bengkak. Puas Puan Kamariah dan Encik Hafiz memujuk. Sukar untuknya menerima kenyataan Irfan sudah pergi buat selamanya.

" Jom balik Qaseh " ajak Puan Kamariah.

Qaseh menggelengkan kepalanya.

Puan Kamariah mengeluh perlahan.

" Marilah balik. Nanti kita datang lagi ya " pujuk Encik Hafiz pula.

" Taknak. Qaseh taknak balik. Qaseh nak Irfan " .

" Astaghfirullah. Sayang, Irfan dah tak ada. Balik ya. Nanti kita datang ziarah dia lagi " .

Qaseh memejamkan matanya. Berharap semua ini hanya mimpi. Tapi inilah realiti. Realiti yang harus diterima. Irfan sudah kembali kepada ilahi.

Air matanya mengalir laju. 2 minggu lagi dia akan bernikah. Tetapi Irfan sudah tiada.

" Mari sayang " ajak Encik Hafiz.

Setelah puas dipujuk akhirnya Qaseh mengikut juga Encik Hafiz dan Puan Marina pulang.

" Am jom balik " ajak Encik Halim.

" Takpa abah. Abah bawak mak balik dulu. Am nak duduk sini sekejap. Sekejap lagi Am balik " .

" Iyalah. Jangan lama sangat ya. Abah balik dulu " Encik Halim memimpin isterinya pulang.

Puan Marina hanya diam. Dia juga seperti Qaseh masih belum menerima hakikat bahawa Irfan sudah tiada.

" Irfan, kenapa Irfan pergi cepat sangat ? Semua tengah bersedih tangisi pemergian Irfan. Abang pun sedih jugak. Tapi abang tak nak tunjuk. Abang sayang sangat sangat Irfan. Maafkan abang. Sebabkan Irfan nak selamatkan abang, Irfan meninggal.. Maafkan abang sebab tak jadi abang yang baik untuk Irfan. Abang tahu Irfan baik, sebab tu Allah lebih sayangkan Irfan. Abang janji akan jaga mak dengan abah sebaik mungkin. Abang janji. Semoga Irfan tenang di sana " .

Ikram mengelap air matanya yang menitis. Memang tadi tiada setitik pun air matanya yang menitis. Mukanya kelihatan tenang sahaja. Tapi apabila dia bersendirian, air matanya jatuh tanpa dipinta.

Ikram bangun dari duduknya.

" Nanti abang datang ziarah Irfan lagi. Assalamualaikum " Ikram melangkah perlahan pulang.

Berat hatinya ingin meninggalkan kubur arwah adiknya. Kehilangan adiknya membuatkan dia hilang separuh jiwanya. Namun dia harus kuat. Dia harus redha dengan ketentuan Allah.

Jika dia lemah juga, bagaimana dia hendak membantu Puan Marina untuk kuat semula. Dia juga yakin, Irfan tidak akan tenang jika terus menangisi pemergiannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience