Part 7.

Romance Completed 17025

Qaseh membelek selendang yang dihadiahkan oleh Irfan. Dia tersenyum sendirian. Tidak sabar untuk memakainya ketika hari pernikahannya nanti.

" Senyum-senyum ni dah kenapa? " soal Puan Kamariah.

Qaseh tersentak.

" Eh ibu " dia termalu sendiri.

Puan Kamariah duduk di sisi anak bongsunya itu.

" Nak kahwin dah anak ibu ni " rambut Qaseh diusap perlahan.

Qaseh tersenyum memandang Puan Kamariah.

" Ibu, terima kasih sebab restu hubungan Qaseh dengan Irfan. Qaseh bersyukur sangat " .

Puan Kamariah mengangguk perlahan.

" Jadi isteri yang baik ya. Lepas ni tinggal lah ibu dengan ayah jer. Semua anak-anak ibu dah ikut suami " .

Qaisara dan Qistina sudah pun berkahwin 3 tahun yang lalu. Kini tiba giliran Qaseh pula. Puan Kamariah agak sedih apabila mengenangkan anak-anaknya semua akan pergi mengikut suami.

" Ibu, jangan lah cakap macam tu. Qaseh janji akan balik selalu jenguk ibu dengan ayah. Ibu Qaseh berat nak ikut suami lepas kahwin nanti " .

Puan Kamariah menggenggam erat tangan Qaseh.

" Ibu tahu Qaseh anak yang baik. Yang tak akan lupakan ibu dengan ayah walaupun dah ada suami. Ibu sayang Qaseh tau. Jadi isteri yang baik untuk Irfan " .

" Qaseh pun sayang ibu sangat-sangat. Insya Allah Qaseh akan cuba jadi yang terbaik " .

Qaseh melentokkan kepalanya di bahu Puan Kamariah. Sengaja ingin bermanja.

Ikram berjalan keluar daripada bank. Dia mengambil duit sedikit untuk persediaan ke UK.

Tanpa dia sedari ada seorang lelaki yang mengikutinya sejak dari dalam bank lagi.

Ikram terus ke keretanya. Lelaki yang mengikutnya tadi segera melangkah ke arah Ikram. Tubuh Ikram ditarik dari belakang. Pisau di tangannya di letakkan di leher Ikram.

" Bagi duit tu, kalau tak aku bunuh kau " ugut lelaki itu.

Ikram terkedu. Dia tidak dapat melawan kerana pisau itu betul-betul di lehernya.

Irfan memandang dari jauh. Seperti abangnya. Dia segera berlari ke arah abangnya. Irfan menolak lelaki itu. Ikram terkejut dengan kemunculan Irfan.

" Hey kau tak ada kerja lain ke selain merompak ha? " soal Irfan marah.

Matanya memandang tajam lelaki itu.

" Bagi duit tu! Kalau tak aku bunuh kau!! " lelaki itu mendekati Ikram sekali lagi.

Pisau yang dipegang diletakkan betul-betul di perut Ikram.

Ikram sudah mahu mengeluarkan duit dari poketnya. Tetapi pantas dihalang oleh Irfan.

" Jangan abang. Polis! Tolong! " jerit Irfan kuat.

Lelaki tadi sudah cemas. Keadaan yang sunyi tadi mula gawat. Dia ingin menusuk pisau itu di perut Ikram tetapi sempat dihalang oleh Irfan.

Perut Irfan pula yang ditusuk pisau. Lelaki itu terus melarikan diri.

Darah pekat mengalir deras.

" Irfan!! " jerit Ikram.

Irfan sudah rebah. Ikram segera memangku adiknya itu. Air mata sudah mengalir. Dia tidak sanggup kehilangan adiknya itu.

" Tolong! " jerit Ikram.

Ramai yang datang membantunya. Seorang lelaki berusia telah menelefon ambulans.

" Bertahan dik. Tolong bertahan " kata Ikram.

Irfan sudah memegang perutnya. Dia tidak berdaya menahan. Nafasnya tersekat-sekat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience