Part 16.

Romance Completed 17025

" Irfan, abang minta maaf kalau abang tak mampu nak bahagiakan Qaseh macam mana Irfan pernah bahagiakan dia dulu. Abang tahu cinta Qaseh hanya untuk Irfan. Abang janji akan cuba jadi suami yang baik untuk Qaseh. Abang akan lindungi dia " batu nesan arwah Irfan dipegang.

Esok akan berlangsungnya majlis pernikahan antara dia dan Qaseh.

" Abang balik dulu, nanti abang datang lagi ya " .

Ikram memandang seketika kubur arwah adiknya itu. Sebak di dadanya. Segala kenangan bersama Irfan bermain di fikirannya. Esok dia akan menjadi suami kepada tunang arwah adiknya.

Ikram menarik nafas perlahan. Dia terus melangkah pulang.

Qaseh merenung gambar dia bersama dengan arwah Irfan. Air matanya jatuh menitis.

" Irfan, esok Qaseh terpaksa kahwin dengan Ikram. Lelaki yang penyebab kematian Irfan. Qaseh benci dia...kenapa Irfan tinggalkan Qaseh. Irfan dah janji kan dengan Qaseh.. Irfan, Qaseh rindu.. " .

Saat-saat indah bersama Irfan bermain di mindanya. Dia terlalu cintakan lelaki itu. Tiada siapa yang dapat menggantikan tempat lelaki itu dihatinya.

" Irfan janji akan sayang Qaseh sampai Irfan mati. Qaseh, kalau Allah dah takdirkan jodoh kita tak ada. Qaseh kenaterima ya. Mungkin Allah nak bagi Qaseh yang lebih baik " .

Terngiang-ngiang suara Irfan di telinganya. Semakin lebat air matanya. Terhinjut-hinjut bahu Qaseh menangis.

Rindu kepada orang yang sudah tiada itu tersangatlah sakit. Kita tak mampu untuk buat apa-apa lagi. Hanya kenangan indah menjadi pengubat rindu.

" Aku terima nikahnya Qaseh Alia Binti Hafiz dengan mas kahwin sebanyak 150 ringgit tunai " .

" Sah? " .

" Sah " .

" Sah " .

" Sah " .

" Alhamdulillah " .

Dengan sekali lafaz kini Qaseh sudah menjadi isteri Ikram yang sah. Tiada majlis besar-besaran. Hanya akad nikah sahaja. Tetamu pula hanya saudara-mara yang terdekat. Semua ini permintaan Qaseh.

Sugul sahaja wajahnya. Jelas menunjukkan dia tidak bahagia dengan perkahwinan ini. Ikram seperti biasa. Wajahnya sentiasa beriak tenang.

Ikram mendekati Qaseh untuk menyarungkan cincin. Wajah Qaseh dipandang dengan perasaan bersalah.

" Hulur tangan tu sayang " arah Puan Kamariah.

Qaseh hanya menurut. Tiada segaris senyuman pun di bibirnya. Wajahnya juga ditundukkan. Perasaan benci menebal untuk melihat lelaki yang sudah bergelar suaminya itu.

Ikram terus menyarungkan cincin di jari manis Qaseh.

" Salam tangan suami tu " arah Puan Kamariah lagi.

Qaseh terus menyalam tangan Ikram dalam keadaan terpaksa. Tangan Ikram tidak dicium pun. Hanya diletakkan di dahinya.

Ikram hanya tersenyum kelat.

' Benci betul Qaseh pada abang kan ' katanya dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience