Part 5.

Romance Completed 17025

Irfan tersenyum gembira. Senang hatinya melihat Qaseh suka dengan hadiah yang diberi.

" Irfan nak Qaseh pakai shawl ni masa kita nikah nanti " .

Qaseh mengangguk laju.

" Qaseh, kalau kita ditakdirkan tak ada jodoh, Irfan nak Qaseh redha ya " .

" Irfan cakap apa ni? " soal Qaseh.

" Irfan bukan apa, Qaseh kena ingat. Kita merancang, Allah pun merancang. Tapi rancangan Allah itu lebih baik " .

" Irfan please. Jangan cakap macam tu. Qaseh tahu tapi tolonglah jangan cakap benda bukan-bukan " .

" Irfan nak pandang Qaseh lama-lama. Manalah tahu kalau ini pertemuan terakhir kita " .

" Irfan! Qaseh tak suka lah Irfan cakap bukan-bukan ni. Hantar Qaseh balik " marah Qaseh.

Dia tahu takdir Allah itu tiada siapa dapat sangka. Tetapi dia tidak suka apabila Irfan bercakap tentang hal-hal begitu.

" Maafkan Irfan. Irfan nak Qaseh tahu, Irfan cintakan Qaseh sangat-sangat. Qaseh cinta pertama dan terakhir Irfan " .

" Iya Irfan. Qaseh pun sayangkan Irfan. Sangat-sangat " .

Irfan memandang ke dalam mata Dhia. Dia tersenyum kecil. Mungkin ini adalah pandangan yang terakhir.

Mata Ikram memerhati barang-barang persiapan perkahwinan Irfan. Hatinya semakin sakit. Tapi dia cuba berpura-pura kuat.

Segalanya sudah terlambat. Silapnya juga kerana tidak pernah meluahkan perasaannya pada Qaseh dahulu.

" Am, kenapa berdiri kat situ? Mari sini " panggil Puan Marina.

Ikram melangkah perlahan ke arah maknya.

" Tengok ni, cantikkan bunga ni? " soal Puan Marina.

Ikram tersenyum tawar. Dia mengangguk perlahan.

" Am, ada masalah ke? Mak perasan Am asyik diamkan diri. Kenapa ni nak? " soal Puan Marina.

Bukan sehari dua dia kenal Ikram. Sudah 25 tahun Ikram hidup dengannya. Dia terlalu mengenali anak sulungnya itu. Apabila ada masalah pasti Ikram akan lebih banyak berdiam.
" Tak ada apa-apa lah mak. Am okay jer " .

" Jangan tipu mak Am. Mak tahu Am ada masalah. Kalau tak kenapa Am lebih banyak diam jer? " .

Ikram terdiam. Dia terperangkap. Tidak mungkin dia akan mengakui bahawa dia kecewa kerana Irfan dan Qaseh akan bernikah tidak lama lagi.

" Am okay mak. Mak jangan risau ya " .

Puan Marina mengeluh perlahan. Ikram terlalu banyak berahsia. Sukar untuk meneka isi hatinya. Tidak seperti Irfan yang suka bercerita.

" Am nak keluar sekejap ya. Jumpa Farid " .

Puan Marina mengangguk perlahan. Sebaik menyalam tangan Puan Marina, Ikram terus melangkah keluar daripada rumah.
Puan Marina hanya memerhati langkah anaknya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience