Part 2.

Romance Completed 17025

" Irfan gembira sangat Qaseh. Lagi 3 bulan, kita kahwin pulak kan " Irfan tersenyum memandang Qaseh.

" Alhamdulillah. Qaseh pun happy sangat " .

" Irfan janji akan jaga Qaseh sebaik mungkin dan akan jadi suami yang bertanggungjawab untuk Qaseh " .

Qaseh tersenyum gembira mendengar kata-kata Irfan.

" Insya Allah. Qaseh pun akan cuba jadi yang terbaik untuk Irfan " .

" Terima kasih sebab hadir melengkapi hidup Irfan " .

Qaseh mengangguk perlahan. Irfan memang seorang lelaki yang sangat romantis. Kata-katanya membuatkan mana-mana gadis akan cair. Paras wajahnya juga sudah memikat apatah lagi kata-katanya.

Ketika di universiti, Irfan dan Ikram dikenali ramai kerana kepandaian mereka dan juga rupa paras mereka yang kacak. Ramai gadis-gadis menggilai mereka.

" Terima kasih sebab pilih Qaseh " .

Qaseh beruntung kerana Irfan memilihnya di antara gadis-gadis yang lain. Ikram sehingga kini tidak membuka pintu hatinya untuk sesiapa.

Baginya biarlah hanya Qaseh dihatinya. Biarpun Qaseh akan menjadi milik adiknya.

Ikram mengelamun sendiri sambil mengambil angin malam. Fikirannya menerawang jauh memikirkan Qaseh dan Irfan.

Lebih kurang 3 bulan lagi Qaseh akan menjadi isteri adiknya. Mana mungkin dia kuat untuk melihat mereka berdua disatukan.

Dia bukan malaikat yang tidak punya perasaan. Sekuat manapun dia, dia rebah jua.

" Abang " panggil Irfan.

Ikram tersentak dari lamunannya.

" Eh Irfan, duduklah " .

Irfan melabuhkan punggungnya di sebelah Ikram.

" Termenung kan apa ni? " soal Irfan.

" Tak ada apa lah. Saja ambil angin malam " .

" Abang okay? Ada masalah ke? " .

Ikram mengangguk.

" Okay jer " .

" Abang kalau ada masalah, share lah dengan Irfan. Janganlah pendam seorang-seorang jer " .

" Abang okay lah. Takda apa pun. Lebih baik Irfan fikirkan pasal Irfan. Dah nak kahwin tak lama lagi kan " .

" Abang bila lagi? " soal Irfan.

Ikram diam seketika.

" Abang belum jumpa yang sesuai " .

Irfan ketawa kecil.

" Abang, bukan tak jumpa. Tapi abang tu memilih sangat. Padahal ramai yang nak kan abang " .

' Tapi abang cuma cintakan Qaseh ' kata Ikram di dalam hati.

" Nantilah. Abang nak fokus kerja dulu " .

" Abang, terima kasih tau sebab dah satukan Qaseh dengan Irfan " .

Ikram tersenyum kelat. Ya memang dia yang membantu Irfan mendapatkan Qaseh.

" Sama-sama. Irfan jaga dia baik-baik. Jangan sia-siakan dia. Abang tahu Irfan boleh jadi suami yang terbaik untuk Qaseh. Abang happy tengok Irfan dengan Qaseh " bahu Irfan ditepuk perlahan.

Irfan mengangguk.

" Insya Allah abang. Irfan akan cuba jadi yang terbaik " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience